Thursday 15 November 2018

HARI PERTAMA PERKHEMAHAN MERIAH!

Pada 12 -14 November yang lepas, SK Lubok Teras telah mengadakan Perkhemahan Tahunan TKRS SK Lubok Teras dan Ujian Kenaikan Pangkat Lans Koperal Tahun 2018. Perkhemahan ini merupakan acara penutup penting bagi tahun ini dalam memastikan kelestarian kecemerlangan murid-murid dalam Unit Beruniform.

Apa yang menariknya, perkhemahan kali ini turut melibatkan ibu bapa, di mana terdapat acara khusus yang disediakan untuk mereka oleh PIBG dan pihak sekolah.

Acara Kukur Kelapa dan Masakan Meriah! Perkhemahan TKRS 2018

Hari pertama perkhemahan dimulakan dengan acara khas untuk ibu bapa yang disediakan oleh pihak PIBG dan sekolah. Ibu bapa dibahagikan kepada platun-platun tertentu mengikut kepada platun anak masing-masing. Berikut adalah gambar-gambar aktiviti ibu bapa yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera kami.

Acara dimulakan dengan pertandingan mengopek buah kelapa menggunakan parang yang kemudiannya disambung pula dengan acara mengukur kelapa. Pelbagai aksi dapat dilihat dengan masing-masing menunjukkan kehebatan menggunakan pengukur kelapa tradisional.

Sesudah itu, pertandingan masakan memasak makanan berasaskan santan pula dimulakan. Kali ini golongan ibu pula menunjukkan kepakaran masing-masing dalam memasak.

























0 comments:

Post a Comment