We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Thursday 25 October 2018

FARISYA GONDOL EMAS PERTAMA, ALLY CEMERLANG PINGAT PERTAMA



TAHNIAH TEAM OLAHRAGA LUBOK TERAS!
Emas 200m P11 Nur Ain Farisya
Perak 400m P14 Intan Shafika
Perak 100m L10 Ally Iskandar
Perak Lompat Jauh P14 Nur Izzati Balqis
Perak Medley Relay B14 Intan Shafika

Hari ini, 23 Oktober 2018 telah diadakan Karnival Mini Event Olahraga Setiu Strike 25 di Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas. Kejohanan pembangunan olahraga peringkat daerah ini telah diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan dalam bidang olahraga.

SK Lubok Teras telah menghantar 5 orang atlet ke kejohanan kali ini iaitu Nor Syamimie Munirah, Intan Shafika, Nur Ain Farisya, Ally Iskandar dan Nur Izzati Balqis. Syamimie, Intan dan Balqis bertanding dibawah kategori Sekolah Menengah memandangkan sekolah rendah hanya untuk yang berumur 11 tahun dan ke bawah.

Pingat pertama telah diperolehi oleh Nur Izzati Balqis dalam acara lompat Jauh P14. Manakala, sejurus selepas itu, Intan Shafika pula menghadiahkan pingat perak kedua dalam acara 400m. Beliau hanya kalah kepada atlet MSS Terengganu yang sudahpun berada di tingkatan 2. Tidak berapa lama kemudian, Nur Ain Farisya menghadiahkan pingat Emas kepada team SKLT apabila muncul johan dalam acara 200M P11. Ally Iskandar pula mencatat pencapaian terbaik peribadi apabila berjaya mendapat Perak dalam acara 100m L10.

Tahniah semua atas kejayaan di Karnival Mini Event Setiu Strike 25 di Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas!







Saturday 13 October 2018

FARISYA LAKAR SEJARAH MUNCUL JOHAN LARIAN TIEP

Nur Ain Farisya hari ini mencipta satu lagi kejayaan terbaru apabila muncul sebagai Johan dalam Kejohanan Larian Merentas Desa Sempena Sultan Mizan Cup Endurance di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong.

Nur Ain Farisya yang menyertai larian 4.5km itu telah berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori P11 dengan catatan masa 20 minit. Beliau jauh meninggalkan pesaing terdekat beliau yang berada di kedudukan kedua dan mencatatkan masa 21 minit.

Turut sama mendapat pingat pada hari ini ialah Ally Iskandar Fakrulloh yang menamatkan larian pada kedudukan ke-10. Manakala, atlet baru SKLT, Ain Nur Annisa yang baru pertama kali beraksi di kejohanan luar turut mendapat sijil pencapaian apabila berjaya menamatkan larian pada kedudukan ke-17.

Kejohanan yang disertai oleh kebanyakkan sekolah di Negeri Terengganu ini turut menemukan murid-murid SKLT dengan bekas Tokoh Murid SKLT 2017, Aini Najwa Aznan. Apa yang lebih membanggakan, Aini yang sekarang belajar di SM Imtiaz Setiu turut mendapat sijil pencapaian apabila berjaya menamatkan larian pada kedudukan ke-15 bagi kategori P14. Ini membuktikan murid SKLT tetap hebat walaupun selepas meninggalkan SKLT.