We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Saturday 27 February 2016

KE-4 LARIAN BERGANTI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Murid-murid kami terus menempa nama di persada Negeri. Pada hari ini, pasukan Running Team SK Lubok Teras telah mencipta nama lagi apabila dinobatkan sebagai pasukan keempat terpantas di Negeri Terengganu. Pasukan ini telah menyertai Pertandingan Larian Berganti 2.4KM yang dianjurkan oleh Kesatuan Olahraga Amatur Negeri Terengganu. Tahniah kepada Running Team SK Lubok Teras. Berikut adalah senarai nama ahli pasukan ini:

  1. Intan Shafika bt Abdullah
  2. Nur Syamimie Munirah
  3. Wan Nur Natasha Atiqah
  4. Nur Iman Izzatti Asyiqin
Pasukan ini telah diasaskan dan dilatih oleh Encik Hafiz Abdullah.


Tuesday 23 February 2016

PERARAKAN APRESIASI KO-KURIKULUM

Hari ini kami adakan Perarakan Apresiasi Ko-Kurikulum. Perarakan kami bukan perarakan biasa, tapi kami berkawad di kampung murid-murid ini. Kami gunakan peluang ini untuk masyarakat sekitar melihat sendiri kecemerlangan anak-anak mereka dalam badan beruniform.

Bukan setakat itu sahaja, kami adakan persembahan kawad kaki bagi menonjolkan kemahiran anak-anak ini. Malah, anak-anak ini juga telah menghabiskan masa selama satu jam bergotong-royong membersihkan Masjid Kampung Bukit Aman bersama-sama dengan ibu-bapa, JKKK dan penduduk sekitar. Matlamat kami, kami mahi aktiviti ko-kurikulum di sekolah dimasyarakatkan dan lebih banyak penglibatan oleh komuniti setempat, demi kecemerlangan anak-anak ini.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak terutamanya PIBG SK Lubok Teras dan juga Pengerusi J3K Kampung Bukit Aman yang telah memberikan kerjasama dengan baik sekali.

Tahukah anda, walaupun SKLT sebuah sekolah yang kecil, tetapi kami mempunyai bilangan kadet berpangkat Koperal teramai di daerah Setiu.








Monday 8 February 2016

HAPPY CHINESE NEW YEAR!

We would like to wish everyone a Happy Chinese New Year! May this year brings you happiness, good health and prosperity!

We brought few of our kids to Kampung Cina, which is located at the heart of Kuala Terengganu, to learn few things related to Chinese New Year. Although in SKLY we do not have students from other races, we try out best to include multi ethnicity and racial harmony in our lessons.


Friday 5 February 2016

INTAN TERUS HARUM NAMA SEKOLAH

Hari ini adalah hari Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Terengganu. Selain daripada bertugas sebagai Urusetia Hadiah, SKLT juga ada wakil tersendiri, iaitu adik Intan Shafika yang merupakan Naib Johan Daerah. Adik Intan Shafika telah mengejutkan ramai pihak kerana walaupun baru berusia 10tahun, beliau telah berjaya merangkul tempat ke 12 daripada 48 peserta dari seluruh pelusuk negeri. Kejayaan ini juga telah memungkinkan Daerah Setiu untuk dinobatkan sebagai Tempat ke-3 Keseluruhan Merentas Desa Negeri Terengganu.

Siapa sangka, di awal tahun begini, SKLT sudah mampu mencipta nama di peringkat negeri. Kami yakin, dengan usaha dan semangat yang tinggi, lebih banyak kejayaan dan sejarah akan dapat dicipta pada tahun ini.

Tahniah kepada adik Intan Shafika dan semoga menjadi inspirasi kepada ahli keluarga yang lain di SK Lubok Teras.


Intan Shafika dan pasukan Setiu bergambar dengan Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu serta Ketu Pegawai Pendidikan Daerah Setiu ketika majlis penutup Kejohanan Merentas Des Peringkat Negeri Terengganu.