We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Friday 26 May 2017

SELAMAT BERCUTI & SALAM RAMADHAN!





SELAMAT BERCUTI SEMUA dan SALAM RAMADHAN!!!
Salam Ramadhan 1438 / 2017 diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia, dari kami di SK Lubok Teras.
Kepada anak-anak kecil kami, terutama yang berada di darjah 1, 2 dan 3 yang baru belajar berpuasa, selamat maju jaya kami ucapkan!
Kepada anak-anak yang lain, jom meriahkan bulan puasa dengan pelbagai amal jariah. InshaAllah, pelbagai aktiviti bersempena bulan Ramadhan akan dijalankan di sekolah apabila habis cuti nanti.

Seperti biasa, cuti di SK Lubok Teras akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang akan kami anjurkan! 


Wednesday 24 May 2017

JOHAN PERTANDINGAN BUNTING & ANUGERAH GURU CEMERLANG AKADEMIK




SK Lubok Teras terus unggul di Daerah Setiu apabila kali ini berjaya merangkul Johan Pertandingan Bunting sempena Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Setiu. Tidak cukup dengan itu, salah seorang guru kami juga, Encik Muhammad Hafiz Abdullah telah dipilih sebagai Guru Cemerlang Akademik Sekolah Rendah Daerah Setiu. Sambutan Hari Guru peringkat daerah telah diadakan pada 23 Mei 2017 di Dewan PPD Setiu Lama. Sambutan ini telah dirasmikan oleh YB Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

Tahniah diucapkan kepada pereka bentuk bunting, Ustaz Wan Muhd Nur Hisyam atas kejayaan ini. Dikatakan, bunting SKLT muncul johan kerana berjaya menggabungkan hasil-hasil kemenjadian murid dalam bunting tersebut. Tahniah juga kepada Encik Hafiz atas anugerah yang diberikan.

Thursday 18 May 2017

NAIB JOHAN RELAY JEMPUTAN 4X200M P11


SKLT NAIB JOHAN RELAY 4X200M!!!
Tahniah Intan Shafika, Nur Syamimie Munirah, Nur Ain Farisya dan Nur Izzati Balqis yang muncul Naib Johan Relay 4x200M Jemputan di SMK Bukit Nenas, Sekolah Sukan Terengganu.

Kejohanan ini diadakan bersempena dengan Kejohanan Balapan dan Padang SMK Bukit Nenas dan juga Fiesta KL 2017. Kejohanan ini telah disertai oleh sekolah dari seluruh Negeri Terengganu antaranya SK Tok Dir, Kuala Terengganu dan SK Jelapang, Setiu.

Apa yang membanggakan, kita dapat melihat dua orang atlet pelapis yang belum pernah menyertai mana-mana kejohanan, tapi masih mampu memberikan saingan kepada sekolah yang lebih besar. Tahniah atas semangat juang yang tinggi!.






Sunday 14 May 2017

SELAMAT HARI IBU



Kaum ibu adalah pendukung utama program transformasi kami di SK Lubok Teras. Sokongan yang tidak berbelah bahagi kaum Ibu lah yang membolehkan program transformasi kami berjaya!

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di SK Lubok Teras, jasa dan pengorbanan kalian tidak akan dilupakan. InshaAllah, janji kami, kami akan terus mendidik anak-anak kalian menjadi manusia yang tidak akan pernah lupa pada jasa ibu dan ayah mereka,

Thursday 11 May 2017

KARNIVAL KESIHATAN KOSPEN


Pada Rabu, 10 Mei yang lepas, SKLT sekali lagi telah dipilih sebagai venue untuk Karnival Kesihatan Sepanjang Hayat anjuran Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Bukit Aman. Karnival ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai penjagaan kesihatan. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang karnival, antaranya senaman aerobik, sukaneka, cabutan bertuah, pemeriksaan kesihatan, pameran aedes dan denggi, penerangan mengenai tabung PTPTN SSPN-i serta pelancaran komuniti bebas asap rokok. 

Majlis telah dirasmikan oleh ADUN Langkap, YB Dato' Haji Sabri bin Hj Mohd Noor. Dalam ucapan perasmian beliau, beliau sempat menyelitkan pujian yang amat tinggi terhadap anak-anak SK Lubok Teras. Beliau mendedahkan bagaimana anak-anak SK Lubok Teras, walaupun jauh di pedalaman,namun diberi tunjuk ajar menggunakan silibus sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah premier. Hasilnya, beliau mengatakan anak-anak SKLT mempunyai daya keyakinan yang amat tinggi, berdisiplin dan tampak begitu hebat berbanding sekolah biasa. Pihak KOSPEN dan Pejabat Kesihatan turut melemparkan pujian atas disiplin yang tinggi ditunjukkan oleh murid-murid SKLT sepanjang karnival. 

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang disediakan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.



















Wednesday 10 May 2017

FARIESA NAJWA KETIGA SAHIBBA ZST

Tahniah diucapkan kepada adik Fariesa Najwa yang berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan Sahibba sempena Karnival Ko-Akademik Bahasa Melayu peringkat Zon Setiu Timur. Karnival yang diadakan pada 9 Mei itu dianjurkan oleh SK Bukit Mundok dibawah mandat Majlis Guru Besar Zon Setiu Timur. 

Tahniah juga diucapkan kepada seluruh pasukan Karnival Bahasa Melayu yang menunjukkan peningkatan mendadak dalam acara bercerita dan syarahan. Untuk pertandingan bercerita, sekolah telah diwakili oleh adik Ally Iskandar Fakrulloh dari kelas 3 Makwa dan adik Alif Aiman dari kelas 4 Naim. Manakala, syarahan pula telah diwakili oleh bakat baru iaitu adik Aina Adyriana bt Abu Bakar. Walaupun gagal mendapat tempat tiga terbaik, adik Aina telah membuktikan beliau mampu bersaing apabila berjaya menjadi lima pemidato terbaik sepanjang kejohanan. 

Tahniah diucapkan kepada pasukan kejurulatihan, Puan Norhayatie dan Encik Nasir serta turut membantu, Encik Zulfadli, Encik Hafiz Abdullah dan Tuan Guru Besar, En Zuhaidi Othman.