We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Thursday 22 February 2018

KARNIVAL LITTLE ATHLETICS

Bersempena dengan SUKTER yang akan diadakan tidak lama lagi, SKLT telah mengadakan Karnival Little Athletics sebagai salah satu persiapan menghadapi SUKTER. Karnival Little Athletics ini mengguna pakai formula yang sama yang diterapkan oleh IAAF dalam mengenalpasti bakat kanak-kanak dalam bidang olahraga.

Karnival ini telah diadakan pada 22 Feb 2018, dan disertai oleh semua murid tahun 2 - 6.












LATIHAN KAWAD MINGGUAN









Tuesday 20 February 2018

KEM ATLET CUTI TAHUN BARU CINA

Walaupun sekolah sedang bercuti, komitmen para atlet kami tetap seperti biasa. Untuk cuti pendek sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini, atlet-atlet kami yang turut disertai oleh bekas atlet seperti Wan Nurnatasha dan Amirrudin Ali telah menyertai kem 4 hari di sekolah. Kem ini memberi tumpuan kepada persediaan secara umum atlet-atlet ini dalam menghadapi kejohanan-kejohanan yang akan bermula pada Mac nanti.








Monday 19 February 2018

RIVER CLEANING

Doing our part in making sure our river stays clean! We spent half an hour cleaning our beloved Sungai Nerus.












Tuesday 13 February 2018

PERLAWANAN AKHIR BARU SAHAJA TAMAT, LUBOK TERAS JOHAN LAGI!



PERLAWANAN AKHIR BARU SAHAJA TAMAT!

SK LUBOK TERAS MUNCUL JOHAN BOLA BALING PEREMPUAN 2 TAHUN BERTURUT-TURUT!

Sekolah kecil di pedalaman dengan hanya 59 orang murid berjaya mengekalkan Johan Bola Baling Zon Setiu Timur. Para puteri SK Lubok Teras mengalahkan pasukan tuan rumah dengan jaringan 6 berbalas 2. Lagi berita akan menyusul.


SOKONGAN KUAT KOMUNITI HASILKAN KEJAYAAN



Sesuatu yang mungkin sukar untuk dicari di semua sekolah, namun kami mampu melakukannya.
Hari ini anak-anak SK Lubok Teras sekali lagi melakar sejarah apabila muncul JUARA BERTAHAN dalam arena Bola Baling di peringkat zon. Sekolah dengan hanya 59 murid bersaiz kecil berjaya mengalahkan sekolah-sekolah yang lebih besar dan menjadi Johan 2 tahun berturut-turut. Mengharungi kesemua 7 perlawanan tanpa kalah, dengan 48 jaringan gol bukanlah highlight kali ini. Namun apa yang lebih membanggakan adalah melihat begitu hebatnya komuniti SK Lubok Teras bergabung tenaga menyokong anak-anak SKLT pada kali ini. Lihatlah betapa ramainya ibu bapa SK Lubok teras yang hadir ke SK Sungai Tong, sanggup meninggalkan tugasan harian mereka, mengambil cuti daripada bekerja semata-mata untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Malahan, ada juga yang mungkin anaknya belum lagi bermain dalam pasukan utama tetapi turut serta datang memberikan sokongan. Tidak terkecuali, bekas-bekas murid SKLT yang sebahagiannya turut menjalankan tugas sebagai pembantu jurulatih, mengorbankan masa cuti daripada pengajian mereka membantu adik-adik berlatih setiap hari.
Warga Kampung Bukit Aman dan Bukit Lawang sememangnya sangat hebat. Kami mungkin tidak pernah memenangi anugerah PIBG terbaik peringkat negeri atau kebangsaan, tetapi, bagi kami, inilah komuniti terbaik yang perlu diberikan contoh dalam dunia pendidikan di MALAYSIA!.

Saturday 3 February 2018

KEM PEMANTAPAN ASAS BOLA BALING

Pada 2 Februari yang lepas, SK Lubok Teras telah mengadakan Kem Pemantapan Asas Bola Baling. Kem ini dianjurkan dan dikendalikan sepenuhnya oleh GPK Ko-Kurikulum SK Lubok Teras, Encik Zairani b Mansor. Kem ini bertujuan memantapkan kemahiran-kemahiran asas murid dalam bola baling memandangkan mereka bakal menghadapi kejohanan peringkat Zon Setiu Timur tidak lama lagi.