Friday 23 November 2018

HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN 2018

22 November 2018 merupakan Hari Terakhir di SK Lubok Teras untuk sesi persekolahan 2018.
Bahagian pertama penuh dengan keseronokkan. Selepas berakhirnya Pilihanraya Kelab Murid, kami bermain pelbagai permainan bersama. Kemudiannya, sama-sama makan Happy Meals dari Mcdonalds yang ditaja oleh Kelab Murid SKLT dan Mr Hafiz Abdullah.
Turut memeriahkan hari terakhir kami adalah semua staff, kakitangan swasta serta guru Kelas KAFA.


Manakala, bahagian kedua Hari Terakhir Persekolahan 2018 menyaksikan suasana yang begitu berlainan sekali. Bahagian kedua dimulakan dengan pengumuman mengejut oleh Mr Hafiz Abdullah kepada semua murid yang beliau akan berpindah ke sekolah lain mulai 2019. Ini diikuti dengan Mr Hafiz memberikan amanat terakhir kepada setiap seorang murid SKLT bermula dari Tahun 1 hinggalah ke Tahun 5.

Hati mana yang tidak sayu melihat anak-anak ini menangis bercucuran air mata. SK Lubok Teras yang awalnya dipenuhi keceriaan jamuan kini bertukar menjadi suasana penuh kesayuan. Bagi murid-murid Tahun 6 pula, memori indah 6 tahun bersama guru-guru dan rakan seperjuangan, sama-sama mendaki gunung, menggapai puncak kejayaan dan kini, semuanya bakal berakhir.

Anak-anak Tahun 6 Salam, Class of 2018 ini tentunya tidak mampu menahan hiba yang dirasakan.
This is Lubok Teras, we are not just only a school, we are a family. A ONE BIG FAMILY!
Gambar dirakam oleh Ustaz Wan Muhd Nur Hisyam.























0 comments:

Post a Comment