We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Saturday 30 June 2018

KEM PUSAT LATIHAN PERKHEMAHAN NEGERI

Pada hari ini, 30 Jun 2018, seramai 7 orang kadet TKRS SK Lubok Teras mula bertolak ke Kem Pusat Latihan Perkhemahan Negeri di SMK Lembah Bidong, Setiu. Kem yang dianjurkan oleh Sekretariat KRS Daerah Setiu itu bertujuan memberi pendedahan dan latihan terakhir kepada kadet-kadet yang akan mewakili Setiu ke Perkhemahan KRS TKRS Peringkat Negeri Terengganu.

Apa yang menariknya, SK Lubok Teras, walaupun sebuah sekolah kecil, menjadi sekolah dengan bilangan kadet teramai yang berada dalam kem ini. Ini membolehkan budaya TKRS yang dijalankan disekolah dapat diterapkan juga dikalangan kadet-kadet dari sekolah lain. Ini termasuklah berkawad dua-dua apabila bergerak ke sesuatu tempat dan amalan makan bersama.

Kem ini akan dijalankan sehinggalah kepada hari pertama perkhemahan peringkat negeri. Semoga kadet-kadet SKLT akan dapat meneruskan kecemerlangan yang ditunjukkan di daerah untuk membantu Kontinjen Setiu dalam misi meraih Johan buat pertama kalinya.

Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa terutamanya NYDP PIBG Puan Azilah, Encik Izaman, Encik Sapie dan lain-lain lagi atas segala bantuan yang diberikan.




















Wednesday 27 June 2018

SYAMIMIE NAIB JOHAN SAHIBBA ZST


Nor Syamimie Munirah hari ini mengulangi kejayaan Aina Nabila pada tahun 2015 apabila muncul sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Sahibba Peringkat Zon Setiu Timur. Pertandingan tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada aktiviti ko-akademik Bahasa Melayu. Ianya telah dijalankan secara ringkas di SK Kg Tayor, Setiu. Nor Syamimie yang sibuk dengan aktiviti sukan sebelum ini hanya sempat mengadakan latihan bersama Tuan Guru Besar sehari sebelum pertandingan. Namun, atas kesungguhan serta kebijaksanaan Tuan Guru Besar sendiri yang melatih beliau, beliau mampu untuk memperoleh kejayaan pada hari ini.

Pasukan SK Lubok Teras juga turut disertai oleh 3 orang pelapis iaitu Arisya Manisya dan Ally Iskandar dari 4 Naim serta Alif Aiman dari 5 Adnin.

Syamimie seterusnya akan mewakili Zon Setiu Timur ke peringkat daerah pula pada minggu hadapan. Semoga Syamimie dapat melakukan yang terbaik!.






LUBOK TERAS SEKOLAH KADET TERAMAI KE NEGERI




Pada 27 Jun 2018, seramai 10 orang kadet SK Lubok Teras telah mengikuti Ujian Pemilihan kadet-kadet KRS TKRS Daerah Setiu ke Perkhemahan Peringkat Negeri. Ujian yang diadakan pada jam 9:30 pagi sehingga ke jam 3 petang ini bertujuan memilih kadet-kadet terbaik dari seluruh daerah bagi mewakili daerah ke Perkhemahan Perdana KRS TKRS Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan pada awal Julai nanti.

Seramai 9 orang kadet sahaja yang dipilih bagi setiap platun. Apa yang menarik, seramai 7 orang kadet SK Lubok Teras telah berjaya dipilih untuk memasuki pasukan daerah. Bilangan ini merupakan bilangan kadet teramai dalam mana-mana sekolah yang mewakili daerah. Sekalung Tahniah diucapkan kpd kadet-kadet berikut yang telah berjaya melayakkan diri ke Perkhemahan KRS TKRS Peringkat Negeri Terengganu:
1. KOPERAL (TKRS) AFIQ AIMAN

2. SARJAN (TKRS) NURAIN FARISYA

3. SARJAN (TKRS) IZZATI BALQIS
4. SARJAN (TKRS) ALISAH MAISARAH
5. KOPERAL (TKRS) FARIESA NAJWA 
6. KOPERAL (TKRS) ASYIRAH NADIHAH
7. KOPERAL (TKRS) AMIZA NAFISA

Pemilihan kali ini turut mentemukan kembali kadet-kadet SKLT yang sudah pun berada di sekolah menengah. Apa yang lebih membanggakan, mereka masih lagi berkaliber dalam bidang kawad dan sepanjang pemilihan, mereka telah mencurahkan bakti mereka dengan mengajar kadet-kadet baru sekolah menengah yang masih kurang dalam bidang kawad. Tahniah kami ucapkan kepada mereka juga!.








Thursday 7 June 2018

TEMU MURNI DAN PENYERAHAN RAYA HOMEWORK MODULE

Pada hari ini, 7 Jun 2018 satu Majlis Temu Murni dan Penyerahan Raya Homework Module telah dijalankan untuk murid-murid Tahun 6 bersama dengan ibu bapa mereka. 

Raya homework module mengandungi latihan berfokus yang disediakan oleh guru-guru UPSR untuk mengisi masa terluang sepanjang cuti persekolahan penggal pertama yang juga bertembung dengan cuti Aidilfitri. Guru Kelas, Encik Muhammad Hafiz turut menyediakan jadual lengkap sepanjang cuti kali ini untuk membantu murid-murid Tahun 6 membahagikan masa mereka dengan baik. Kerja latihan yang disediakan oleh guru-guru juga adalah mengikut potensi dan kemampuan setiap individu, maka tiada murid yang mendapat pakej kerja yang sama.

Majlis kali ini telah disempurnakan oleh tuan Guru Besar, Encik Mohd Jamka bin Harun berserta dengan guru-guru lain, Encik Nasir bin Yakub, Puan Norazlina Zakaria, Encik Zairani Mansor serta Pk HEM, Encik Marzuky Mohamad.