Thursday 22 November 2018

PILIHANRAYA KELAB MURID MERIAH



KHAMIS 22 NOVEMBER - Pilihanraya Kelab Murid SK Lubok Teras kali ke-4 pada hari ini telah berlangsung dengan penuh ringkas tetapi meriah. Pilihanraya tahunan yang diadakan semenjak tahun 2015 ini merupakan satu-satunya pilihanraya yang diadakan di sekolah. Proses pilihanraya ini didedahkan kepada murid-murid bagi mengetahui sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita. Ianya juga bertujuan memupuk daya kepimpinan dan keyakinan diri dikalangan murid-murid SKLT.
Pilihanraya kali ini dimulakan dengan ucapan oleh Mr Hafiz Abdullah selaku penasihat Kelab Murid SKLT. Proses seterusnya diambil alih sepenuhnya oleh murid-murid Tahun 6 yang bertindak sebagai pegawai pemilih.

Proses pencalonan diadakan dengan dua orang penyokong bersama calon yang dipilih ke hadapan bagi diperkenalkan kepada semua murid. Seramai 5 orang calon telah mengambil bahagian. Calon-calon tersebut adalah:1)      Afiq Aiman2)      Syed Alif Shaqir3)      Nur Ain Farisya4)      Nur Asyirah Nadihah5)      Amiza Nafisa
Selepas itu, murid Tahun 6 akan memanggil seorang demi seorang calon bagi memberi ucapan dan membacakan manifesto masing-masing. Suasana gamat dapat dilihat sepanjang proses ini berjalan.
Selepas selesai, maka pemilihan pun diadakan. Sebanyak 2 saluran telah dibuka bagi memastikan proses berjalan dengan lancer. Semua murid termasuklah para guru, staff dan pekerja swasta terlibat dalam pemilihan ini.

Keputusan Pilihanraya diumumkan oleh saudari Alisah Maisarah bt Sapie, selaku Presiden Kelab Murid 2018 dan dibantu oleh saudari Nor Syamimie Munirah bt Idham Halimi, selaku Naib Ketua Pelajar 1.

Keputusan kali ini memihak kepada saudari Amiza Nafisa binti Aznan, yang juga merupakan CFO Kelab Murid 2018. Beliau telah mendapat undi majoriti mengalahkan empat lagi calon yang lain. Buat pengetahuan semua, Amiza Nafisa juga merupakan adik kepada Aini Najwa, CFO Kelab Murid 2016 dan Aina Nabila, Presiden Kelab Murid 2015.

Selepas diumumkan keputusan, maka tibalah masa untuk Presiden memilih AJK Kelab Murid yang bakal menjalankan tugas pada tahun hadapan. Presiden Amiza telah memilih murid-murid berikut sebagai AJK 2019:
1)      Ally Iskandar Fakrulloh2)      Siti Nureisya Idayu3)      Siti Saidatul Alia4)      Afiqzal Hakim5)      Ain Nur Annisa6)      Aleesya Damia7)      Arif Daniel
Semoga Amiza Nafisa akan dapat memimpin Kelab Murid dengan cemerlang pada tahun akan datang.


PRESIDEN KELAB MURID SEBELUM INI

2015 - AINA NABILA BINTI AZNAN
2016 - ANIS FARISHA BINTI SAIDOM
2017 - NUR AISYAH SOFIA BINTI AZMAN
2018 - AMIZA NAFISA BINTI AZNAN










0 comments:

Post a Comment