We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Saturday 30 July 2016

TEMU MURNI 4 (PERCUBAAN UPSR)

Bukan sekadar membentangkan markah, temu murni kali ini menyaksikan murid-murid dan ibu bapa diberi penerangan secara one-to-one, face-to-face oleh para guru mereka untuk setiap subjek. Tuan Guru Besar, Encik Zuhaidi Othman, Guru Penolong Kanan 1, Ustaz Wan Shamsukardi, Guru Penolong Kanan HEM, En Marzuky dan Guru Penolong Kanan Ko, En Afnizam turut sana-sama berbincang dengan ibu bapa yang hadir. Tahniah kepada semua ibu bapa yang sekali lagi menyaksikan kehadiran 100%. Tahniah juga kepada semua calon UPSR yang telah membuat lompatan saujana untuk Percubaan UPSR kali ini!
Gambar oleh adik Siti Nuruldiana Alya & adik Aina Adyriana, Tahun 5 Adnin.










Wednesday 20 July 2016

BERBAKTI KEPADA TANAH

Selama dua kali berturut-turut, perjumpaan Ko-Kurikulum pada hari Selasa dikhaskan kepada pembelajaran menanam hasil tanaman yang boleh dijual. Tahun ini menyaksikan anak-anak kami meyediakan tanaman sawi dan bendi. Program tahunan ini bertujuan mendedahkan murid kepada asas-asas dalam pertanian yang boleh menambah sumber ekonomi kepada mereka suatu hari nanti. Program ini diketuai oleh GPK Ko, Encik Mohd Afnizam dan disertai oleh semua guru SK Lubok Teras. 






PENDIDIKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Salah satu program kami di SK Lubok Teras adalah menjemput ibu bapa untuk melihat sendiri gelagat anak-anak di dalam kelas. Program khas untuk murid-murid tahun 1 ini bertujuan mendedahkan ibu bapa terhadap silibus pembelajaran dan cara betul pengajaran kepada anak-anak mereka.
Alhamdulillah kerana program ini mendapat sambutan dan maklum balas yang baik daripada ibu bapa penjaga. 



Thursday 14 July 2016

SAMBUTAN AIDILFITRI SKLT

Sambutan yang sangat-sangat meriah! Tanpa disangka kehadiran ibu bapa amat memberangsangkan, ditambah pula dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh AJK PIBG, Para Ibu bapa dan guru-guru sendiri. Walaupun sekolah kami kecil, tapi sambutan kali ini menunjukkan betapa eratnya hubungan kerjasama antara warga komuniti SK Lubok Teras sekalian. Tahniah diucapkan!








Sunday 10 July 2016

KEM 60HARI UPSR

Di kala sekolah-sekolah lain mengadakan program 40 hari menjelang UPSR, kami pula bermula lebih awal dengan mengadakan Kem 60 Hari UPSR. Pada hari ini, bermulalah Kem 60 Hari UPSR, sebuah program khas yang amat unik bagi kami dalam membantu murid-murid menghadapi UPSR.

Mungkin tidak sama dengan kebanyakkan sekolah lain, Kem 60 Hari mengkehendaki kepada murid berada di sekolah dari jam 7.30 pagi sehingga ke jam 10 malam. Selain daripada PdP seperti biasa pada waktu pagi, kami juga menjalankan kelas intensif waktu petang dan malam. Selain itu, ada juga masa di mana mereka dikehendaki menyiapkan kerja secara berkumpulan, riadah, makan bersama, solat berjemaah dan menyiapkan kerja sekolah. Keseluruhan hari murid dipantau sepenuhnya oleh guru yang bertugas. Tujuannya, tidak lain tidak bukan untuk memaksimumkan masa pembelajaran murid-murid.


Sepanjang Kem 60 Hari juga, hari Sabtu turut digunakan oleh guru untuk mengadakan kelas tambahan. Malahan, kami juga membawa murid keluar ke tempat lain seperti perpustakaan negeri untuk belajar pada hari Sabtu.


Semoga usaha ini berjaya meningkatkan prestasi murid-murid dalam mengejar kecemerlangan UPSR.



















Tuesday 5 July 2016

SALAM AIDILFITRI DARI KAMI

Kami warga SK Lubok Teras ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga guru dan staff SK Lubok Teras, murid-murid, para ibu-bapa dan penjaga, penduduk Kampung Bukit Aman dan Bukit Lawang, bekas-bekas murid SKLT (X-LubokTeras), warga Pejabat Pendidikan Daerah Setiu, warga Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Pengarah Tuan Haji Shafruddin Pengarah JPN Terengganu, dan yang tentunya SEMUA LIKERS dan PENYUMBANG Kelab Murid Lubok Teras kami! 

Kami doakan agar Aidilfitri kali ini memberi seribu pengertian kepada anda sekeluarga. Teruskan sokongan anda terhadap kami dalam merubah nasib anak bangsa! 


Monday 4 July 2016

SELAMAT PULANG PERANTAU

Kami difahamkan bahawa ramai anak-anak Kampung Bukit Aman dan Kampung Bukit Lawang, bekas-bekas murid SK Lubok Teras yang mula pulang ke kampung halaman pada malam ini. Oleh itu, dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Pulang kepada anak-anak perantau sekalian, dan kami di SKLT mendoakan agar perjalanan anda lancar dan selamat!.


Saturday 2 July 2016

IFTAR JAMA'IE 2016

Meriah! Majlis Berbuka Puasa SK Lubok Teras tahun 2016 mencatatkan antara paling ramai kedatangan ibu-bapa, bekas murid, dan seluruh warga komuniti SKLT.
TERIMA KASIH yang tidak terhingga kami ucapkan kepada penduduk Kampung Bukit Aman dan Bukit Lawang yang menyumbangkan lauk pauk untuk majlis kali ini. Hidangan kampung yang amat-amat menyelerakan! Terima kasih kepada semua guru dan AJK PIBG yang telah memberikan komitmen tinggi dalam menjayakan majlis kali ini. Tahniah juga kepada Kelab Murid Lubok Teras atas kejayaan penganjuran bersama dan turut membantu untuk majlis kali ini.







Friday 1 July 2016

PENUTUP PROGRAM IHYA RAMADHAN

Penutup program Ihya Ramadhan pada hari Khamis yang lepas dimulakan dengan Tazkirah Aidilfitri oleh Guru Penolong Kanan 1, Ustaz Wan Shamsukardi bin Wan Aziz. Seterusnya adalah ucapan dari Tuan Guru Besar dan majlis bersalaman dengan semua warga SKLT. Tuan GB juga telah bermurah hati memberi duit raya awal kepada semua murid!
Buat pengetahuan semua, pelbagai aktiviti Ihya Ramadhan telah kami jalankan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Antaranya adalah:
  1. Bacaan Al-Quran setiap pagi
  2. Solat Dhuha waktu rehat
  3. Bacaan Al-Quran sebelum kelas KAFA
  4. Tazkirah Ramadhan pada setiap hari
  5. Sambutan World Refugee Day Pray for Syria
  6. Melukis Poster Sempena World Refugee Day
  7. Homework Class di Masjid Kampung Bukit Aman
  8. Ifar Jama'ie

Kemuncak penutup Program Ihya Ramadhan 2016 adalah Majlis Berbuka Puasa pada sebelah petangnya yang dihadiri oleh seluruh komuniti SK Lubok Teras