We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Sunday 29 April 2018

ALYA AMALIA MUNCUL NAIB JOHAN BERCERITA TAHAP 1 ZON SETIU TIMUR



TAHNIAH ADIK ALYA AMALIA, NAIB JOHAN BERCERITA TAHAP 1!
Tahniah diucapkan kepada adik Alya Amalia yang berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan bercerita Tahap 1 sempena Karnival Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah Zon Setiu Timur bagi tahun 2018. Karnival tersebut telah diadakan di SK Kg Tayor, Setiu. Tahniah diucapkan kepada Puan Norhayati selaku jurulatih Ko-Akademik BM SK Lubok Teras!



Wednesday 25 April 2018

PERTANDINGAN MASAKAN

Pada 24 April 2018, SK Lubok Teras telah mengadakan Pertandingan Masakan antara rumah sukan di bawah unit Badan Beruniform TKRS. Program ini diadakan bagi memenuhi keperluan perancangan modul keusahawanan yang telah dirangkan dalam perancangan tahunan TKRS. Untuk pertandingan kali ini, murid dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing dengan murid yang berpangkat Sarjan serta Koperal bertindak sebagai ketua kumpulan.

Setiap kumpulan diberikan beberapa biji telur, sardin dan juga roti. Mereka dikehendaki membuat 2 jenis masakan yang berbeza dan boleh dipasarkan. Aktiviti kali ini DIKENDALIKAN SEPENUHNYA OLEH MURID-MURID dengan guru hanya bertindak sebagai pemantau dan hakim.

Antara komen para guru selepas pertandingan ini tamat:

"Sepenuhnya hasil kerja murid..Kump effa yg preparation terbaik..Cepat n tersusun..diorg pdi agihkn tugas..tugas potong sayur n prepare roti..nak2 wawa yg cengeng dok maroh ahli kump yg nakal." Puan Norhayati, Guru BM

"Rasanya sedap...lebih sedap dr sandwich kt petron tu.." Ustaz Hisyam, Guru Bahasa Arab.

















Sunday 22 April 2018

INTAN DAN MIMI KE KEBANGSAAN



SKLT MUNCUL SEKOLAH RENDAH DENGAN BILANGAN ATLET OLAHRAGA TERAMAI KE KEBANGSAAN, NOR SYAMIMIE MUNIRAH DAN INTAN SHAFIKA DIPILIH MEWAKILI NEGERI TERENGGANU KE KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM PERINGKAT KEBANGSAAN!
Kejayaan demi kejayaan terus dilakar oleh anak-anak SKLT. Siapa sangka, sekolah yang berstatus Kurang Murid ini mampu mempunyai 2 orang wakil ke peringkat kebangsaan. SKLT muncul sebagai satu-satunya sekolah rendah yang mempunyai 2 orang wakil, dengan sekolah rendah lain hanya mempunyai satu wakil. Tahniah kami ucapkan kepasa Syamimie dan Intan kerana usaha mereka selama ini telah pun berjaya memperoleh hasil. Jutaan dan penghargaan juga kami ucapkan kepada En. Khairul Azman atas segala tunjuk ajar yang diberikan sebagai jurulatih mereka.
Tahniah kepada seluruh warga SKLT. Berkat kerjasama semua, herkat usaha semua, kita berjaya kekalkan pencapaian ini yang ditempa semenjak tahun lepas lagi. Tahniah tuan GB Encik Mohd Jamka, PK Ko En Zairani Mansor, PK1 En Nasir Yakub PK Hem, En Marzuky, PT EN Zulfadli serta seluruh warga SKLT.
Hari ini, kami tampilkan gambar yang menjadi antara saat-saat pertama penglibatan Mimi dan Intan dalam bidang olahraga 3 tahun lepas. Yang mana ketika itu, bakat mereka di kesan dan di asuh oleh En Zairani, En Afnizam dan En Hafiz Abdullah. Semoga Mimi dan Intan akan dapat mengharumkan nama Negeri Terengganu di bumi Selangor nanti.





Thursday 19 April 2018

EN ZAIRANI MANSOR TERIMA ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN KO-KURIKULUM SEKOLAH RENDAH



TAHNIAH GPK KO SK LUBOK TERAS, EN ZAIRANI MANSOR, ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN KO-KURIKULUM SEKOLAH RENDAH sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Setiu Tahun 2018.




Tuesday 17 April 2018

SKLT JOHAN KAWAD KAKI PUTERI KETIGA KAWAD KAKI PUTERA BOLOT ANUGERAH KETUA PLATUN TERBAIK PUTERA & PUTERI DI PERKHEMAHAN TKRS DAERAH SETIU


Anak-anak SKLT terus mencipta nama dengan kali ini muncul Johan Kawad Kaki Puteri dan Ketiga Kawad Kaki Putera. Tidak cukup dengan itu, Ketua Platun Putera dan Puteri Lubok Teras, Afiq Aiman dan Ain Farisya turut mencatatkan markah tertinggi dan muncul sebagai Ketua Platun Terbaik.

Semua anugerah dan kejayaan ini diperolehi ketika kadet-kadet TKRS SK Lubok Teras menyertai Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Daerah Setiu. Perkhemahan 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Kem Merbau Menyusut pada 11-13 April 2018. SK Lubok Teras telah menghantar 21 orang kadet yang terdiri daripada murid-murid Tahun 6, 5, 4 dan juga 3. Kontinjen Lubok Teras diketuai oleh adik Nur Izzati Balqis binti Izaman yang juga telah dilantik sebagai penghuluwati bagi kesemua 16 kontinjen sekolah yang menyertai dari seluruh Daerah Setiu.


Tahniah kami ucapkan kepada semua kadet yang menyertai!.


KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERKHEMAHAN:

TKRS PUTERI:

1. SK LUBOK TERAS (465)
2. SK SG LEREK (363)
3. SK KG BUKIT (234)

TKRS PUTERA:
1. SK SG LEREK (451)
2. SK BARI PANTAI (444)
3. SK LUBOK TERAS (432)

KETUA PLATUN (L)
1. SK LUBOK TERAS (380)
2. SK SG LEREK (367)
4. SK BARI PANTAI (354)

KETUA PLATUN (P)
1. SK LUBOK TERAS (436)
2. SK SG LEREK (277)
3. SK KG BUKIT (234)

















Saturday 7 April 2018

LATIHAN SIMPULAN DAN IKATAN

Latihan intensif ke arah Perkhemahan Perdana TKRS Peringkat Daerah Setiu diteruskan lagi dengan latihan simpulan dan ikatan pula. Bagi perkhemahan kali ini, setiap kadet diwajibkan mahir dalam 5 jenis ikatan iaitu Tindih Kasih, Simpul Manuk, Pengail, Bunga Geti dan Buku Sila. Pada akhir latihan, diadakan pula satu pertandingan ikatan berkumpulan antara kadet lelaki dan perempuan.





Tuesday 3 April 2018

LATIHAN PEMANTAPAN PERMASANGAN KHEMAH

Pada 3 April 2018, Pasukan TKRS SK Lubok Teras telah mengadakan Latihan Khas Pemantapan Permasangan Khemah untuk ahli-ahlinya. Latihan ini telah dikendalikan oleh Guru Penyelaras Badan Beruniform Sekolah, Leftenan (KRS) Muhammad Hafiz Abdullah.

Latihan yang diadakan selama 2 jam ini bertujuan memberikan pendedahan kepada kadet-kadet SKLT tentang cara-cara yang betul dalam pemasangan serta pemeliharaan khemah. Ini penting memandangkan kadet-kadet SKLT akan menyertai Perkhemahan Perdana TKRS Peringkat Daerah Setiu pada minggu hadapan. 

Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya.






LATIHAN KAWAD KAKI KADET PUTERI DI BUKIT LAWANG



Pada 2 April 2018, Pasukan Kadet Puteri TKRS SK Lubok Teras telah mengadakan latihan khas kawad kaki di Kampung Bukit Lawang. Ini merupakan kali pertama kadet-kadet puteri mengadakan latihan di luar kawasan sekolah. Latihan ini diadakan bertujuan memberi suasana lain kepada kadet-kadet puteri ini supaya mereka tidak hanya terbiasa dengan kawasan sekolah. Latihan ini juga merupakan sebahagian daripada siri latihan intensif kadet TKRS SKLT sebelum ke Perkhemahan Perdana TKRS Peringkat Daerah Setiu.

Terima kasih kami ucapkan kepada Puan Siti Zubaidah (ibu Effa) yang menyediakan tempat berehat di kedai beliau juga kepada Puan Siti Saudah (ibu Idayu) atas penajaan minum petang untuk latihan kali ini.