We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Saturday 26 May 2018

KADET LUBOK TERAS & KELAB MURID RECYCLING DAY

Berpuasa tidak menghalang kadet-kadet SK Lubok Teras ini untuk menjalankan hari Kitar Semula. Kali ini, Sarjan (TKRS) Ain Farisya dan Koperal (TKRS) Asyirah Nadihah mengetuai program kitar semula di mana mereka membawa buku-buku yang sudah tidak digunakan lagi ke pusat kitar semula. Program ini turut disertai oleh Koperal (TKRS) Afiq Aiman dan Lans Koperal (TKRS) Syed Alif Syaqir.

Pada minggu sebelumnya, seluruh sekolah telah pun sama-sama mengumpulkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula untuk dibawa oleh mereka. Kali ini, mereka akan membawa bahan-bahan ini ke Pusat Kitar Semula RD Papers di Pulau Musang, Kuala Terengganu.

Selain memberi kesedaran kepada kepentingan kitar semula, program ini turut bertujuan mengumpul dana tambahan Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Kelab Murid. Dana tambahan ini akan digunakan untuk Program Mega Iftar Kelab Murid SK Lubok Teras.







































Saturday 19 May 2018

PROGRAM IHYA RAMADHAN



Pada 16 Mei yang lepas, SK Lubok Teras telah mengadakan Program Ihya Ramadhan peringkat sekolah. Program Ihya Ramadhan diadakan bersempena bulan Ramadhan yang akan kunjung tiba. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada murid-murid mengenai amalan-amalan serta kaifiat berpuasa.

Apa yang menariknya, program ini tidak tertumpu kepada ceramah semata-mata. Namun, kami membuat sedikit kelaian dengan memberi kepada peluang kepada murid-murid sendiri untuk mencari serta membentangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan puasa, seperti niat, amalan sunat, syarat puasa, perkara yang membatalkan dan sebagainya. Pada akhir program, murid membuat pembentangan tentang tugasan yang diberi kepada murid-murid yang lain.