Sunday 25 November 2018

SYAMIMIE TOKOH KOKURIKULUM 2018




Syamimie pada Mac 2018 ketika menerima Anugerah Olahragawati P12 Terbaik MSS Terengganu 2018
Bersempana dengan Hari Anugerah Kecemerlangan 2018, Nor Syamimie Munirah telah diumumkan sebagai Tokoh Ko-Kurikulum SK Lubok Teras untuk tahun ini. Atlet premier SKLT ini telah dipilih bukan sahaja atas pencapaian beliau dalam bidang sukan, malah turut menyerlah dalam bidang ko-akademik, badan beruniform, kepimpinan serta akademik.

Berikut adalah biodata diri beliau yang dibacakan kepada umum semasa penganugerahan baru-baru ini.

Nama penuh beliau ialah Nor Syamimie Munirah binti Idham Halimi. Penerima tokoh ini merupakan seorang anak yang begitu aktif dalam bidang sukan.. Beliau yang dilahirkan pada 16 Januari 2006 jam 4.25 pagi ini merupakan anak kesayangan kepada pasangan Encik Idham Halimi dan Puan Norfazura. Anak ini membesar menjadi seorang murid yang begitu aktif, samada di sekolah mahu pun di rumah. Semenjak dari kecil lagi, anak ini boleh dilihat begitu aktif berlari di sekeliling kampong atau berenang di sungai nerus tercinta.

Memasuki alam persekolahan rendah, anak ini terus sahaja muncul sebagai murid yang begitu cemerlang, samada dalam bidang kokurikulum mahupun akademik. Beliau secara konsisten sentiasa mendapat tempat tiga terbaik di dalam kelas dari Tahun 1 sehinggalah ke Tahun 6.

Memasuki Tahun 4, bakat beliau dalam bidang sukan mula terserlah dengan begitu cemerlang. Murid yang pernah menangis teresak-esak kerana kalah kepada murid yang lebih tua daripada beliau dalam acara 100m 2 tahun lepas, kini merupakan Pemegang Rekod 100m p12 daerah Setiu, memecahkan rekod yang dipegang oleh atlet Malaysia, Azreen Nabila bt Alias sebelum ini.

Malah, pencapaian beliau kerap kali diiktiraf di peringkat daerah mahu pun negeri, Ini terbukti apabila beliau 2 tahun berturut-turut dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Perempuan Sekolah Rendah olahraga peringkat daerah Setiu dan lebih membanggakan, pada tahun ini, beliau dipilih sebagai Olahragawati Balapan dan Padang Negeri Terengganu bagi perempuan sekolah rendah.

Naib Ketua Pelajar 1 SK Lubok Teras ini juga turut cemerlang dalam bidang ko-akademik apabila muncul Naib Johan Sahibba Zon Setiu Timur, Johan Sahibba Zon Setiu Timur dan Top 5 Sahibba peringkat negeri Terengganu.

0 comments:

Post a Comment