We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Monday 30 November 2015

Tuisyen Khas AJK Kelab Murid

Dipilih sebagai AJK Kelab Murid mempunyai banyak keistimewaan. Namun kami juga sedar yang mereka antara golongan paling sibuk kerana selalu terlibat dengan pengurusan majlis, aktiviti luar serta aktiviti menambah dana kelab. Oleh itu, perlu bagi kami menjaga prestasi akademik mereka agar tidak terjejas.

Selain pemantauan berterusan pencapaian mereka dalam peperiksaan, cuti ini juga, kami adakan tuisyen khas untuk AJK Kelab Murid. Kami memberi fokus khas kepada tiga subjek utama, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains



Saturday 28 November 2015

Tokoh Ko-Kurikulum 2015: Nurizzati binti Izaman

Sedikit latar belakang penerima anugerah Tokoh Ko-Kuriukulum 2015 kami, adik Nurizzati binti Izaman.

Beliau dilahirkan pada 27 Februari 2003, dan merupakan anak sulung kepada pasangan En Izaman & Pn Nor Narawati. Teriak nangis permata sulung kedua mempelai ini kedengaran pada jam 1.35 petang di Hospital Besar Kuala Terengganu.

Anak comel ini asalnya begitu kecil jika dibandingkan dengan rakan-rakan seusianya, namun terus membesar menjadi seorang anak yang begitu aktif dalam bidang sukan dan kokurikulum. Beliau kerap kali dipilih mewakili sekolah dalam pelbagai bidang sukan dan badan beruniform. Beliau juga merupakan Kapten Pasukan Bola Jaring dan Bola Baling sekolah yang telah membawa pasukan sekolah mendapat Naib Johan Zon. Ketiadaan beliau dalam pasukan pada tahun hadapan akan menjadi satu kehilangan besar kepada pasukan ini. Selain daripada itu, beliau kerap menjadi wakil dalam acara larian seperti Merentas Desa Daerah, Larian Jambatan Sultan Mahmud, Kuartet 4x4 Sekolah dan lain-lain. Pada awal tahun ini, beliau berjaya membawa pasukan merentas desa perempuan memenangi tempat ketiga keseluruhan Kejohanan Merentas Desa Daerah, mengalahkan 40 sekolah yang lain.

Pada tahun ini, beliau mencipta sejarah apabila menjadi peserta pertama di sekolah dipilih mewakili daerah Setiu dalam badan beruniform. Beliau terus mengharumkan nama sekolah apabila mendapat Johan dalam Perkhemahan Badan Beruniform peringkat Negeri Terengganu dan kemudiannya menempa sejarah apabila dipilih mewakili Negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan seterusnya menjadi wakil pertama SK Lubok Teras di peringkat kebangsaan sepanjang 30 tahun penubuhan sekolah. Jasa dan bakti beliau telah melayakkan beliau dipilih sebagi salah seorang penerima Anugerah Ko-Kurikulum Daerah Setiu.

Memperkenalkan kepada ramai, penerima, Anugerah Tokoh Ko-Kuriklum Sekolah Kebangsaan Lubok Teras 2015, Nurizzati binti Izaman.

Sekalung penghargaan dan tahniah kami ucapkan kepada Encik Izaman bin Abdullah dan Puan Nor Narawati binti Mat Hassan atas pencapaian cemerlang anak ini. Terima kasih kerana telah banyak mengharumkan nama sekolah di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan.






Pembelian Buku Perpustakaan oleh Murid

Seperti tahun lepas juga, kami di SKLT memberi peluang kepada murid-murid untuk memilih sendiri buku-buku yang akan diletakkan di perpustakaan sekolah. Murid-murid akan dibawa ke keda-kedai buku sekitar Terengganu untuk mencari buku yang mereka rasakan sesuai serta menarik untuk dijadikan koleksi perpustakaan.
Terima kasih kepada SMO Bookstores yang memberi kerjasama kepada kami dalam menjalankan projek ini.

Wednesday 25 November 2015

Kursus Pengurusan Fail Peribadi dan Sijil

Kami telah mengadakan Kursus Pengurusan Fail Peribadi dan Sijil kepada murid-murid tahun 6. Kursus yang julung-julung kali diadakan ini adalah bagi memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun 6 mengenai cara yang betul dalam menguruskan fail peribadi serta menyusun dengan baik sijil-sijil yang diterima.

Kursus ini kami rasakan amat penting bagi murid-murid membuat persiapan menghadapi alam persekolahan menengah, Malah, ianya bagi memudahkan lagi urusan murid-murid kami yang akan menghadapi beberapa siri temuduga kemasukan ke sekolah menengah.

Selamat maju jaya kami ucapkan dan diharapkan dengan adanya kursus ini dapat membantu serba sedikit mereka yang bakal meninggalkan SK Lubok Teras.

Friday 20 November 2015

Latihan Kebaran dan Demonstrasi Memadam Api

Pada hari akhir persekolahan yang lepas, kami telah mengadakan latihan kebakaran dan demonstrasi memadamkan api dengan kerjasama AR Fire and Services.








Thursday 19 November 2015

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi 2015

Kami telah mengandakan Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi pada 18 November 2015. Majlis ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Setiu yang juga merupakan Pegawai Perhubungan SK Lubok Teras, Encik Shansuddin bin Ahmad 

Hari yang penuh gilang-gemilang di SK Lubok Teras memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah menunjukkan prestasi akademik yang konsisten sepanjang tahun. Majlis ini turut memberi penghargaan kepada murid yang membuat lompatan saujana dalam bidang akademik serta murid-murid yang telah banyak menyumbang jasa dan bakti kepada sekolah. Penutup yang cukup meriah ini bersesuaian sebagai menghargai jasa murid-murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

Turut memeriahkan majlis adalah apabila ibu-bapa murid Tahun 6 dan AJK PIBG sanggup bersengkang mata pada malam sebelumnya untuk menyediakan pulut kuning sebagai tanda tamat persekolahan murid-murid tahun 6.

Terima kasih kepada ibu-bapa yang sanggup mengambil cuti untuk hadir ke majlis ini. Kehadiran ibu-bapa merupakan antara kehadiran terbaik yang pernah kita ada dalam sejarah penganjuran Hari Anugerah Kecemerlangan.

Terima kasih dan tahniah kami ucapkan kepada semua pihak!.






untuk lebih banyak gambar, kunjungi Page Facebook kami atau klik link ini.

Friday 13 November 2015

KEMBARA SEJARAH PASCA UPSR 2015








Pada 10 hingga 12 November yang lepas, murid-murid Tahun 6 telah berpeluang untuk menyertai Kembara Sejarah anjuran unit Sejarah dan unit Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Lubok Teras. Kembara selama 3 hari 2 malam ini bertujuan meningkatkan lagi kefahaman kami mengenai sejarah dan temapat-tempat bersejarah di Negeri Terengganu.

Kembara kami dimulakan dengan lawatan ke Muzium Negeri Terengganu. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, muzium ini merupakan muzium terbesar di Negeri Terengganu. Kami mengambil masa kira-kira 2 jam untuk menghabiskan lawatan sekitar muzium, itu pun belum semua tempat yang sempat kami lawati.

Kami juga dibawa ke Kampung Cina, untuk melihat sendiri kawasan yang telah menjadi penempatan asal kaum Cina di Negeri Terengganu ini. Apa yang uniknya, kami dapati kaum Cina lama di sini menggunakan bahasa Melayu dengan loghat Terengganu sebagai bahasa perbualan mereka. Berdasarkan maklumat yang diperolehi juga, kami dapati kaum Cina di sini mengamalkan adat dan budaya Terengganu.

Tempat-tempat lain yang kami lawati termasuklah Bukit Puteri, di mana kami melihat tinggalan kubu pertahanan tentera Istana Negeri Terengganu suatu ketika dahulu. Yang paling menarik di sini adalah 2 buah meriam, satu besar dan satu kecil, yang dinamakan meriam beranak. Kami juga sempat melawat Bukit Keledang untuk melihat sendiri makam Sultan Pertama di Negeri Terengganu, Sultan Zainal Abidin 1.

Di samping itu juga, kami dibawa menaiki kayak di Lagoon Kuala Ibai. DI sini, kami belajar bagaimana orang-orang pada zaman dahulu menggunakan pengangkutan air sebagai pengangkutan utama mereka. Hasil kajian kami juga menunjukkan Terengganu merupakan sebuah negeri yang sangat terkenal dengan pelabuhan dan pelayar-pelayarnya suatu ketika dahulu.

Tempat terakhir yang kami kunjungi ialah Pura Tanjung Sabtu. Pura tanjung sabtu menempatkan istana-istana lama pada zaman dahulu. Dukacitanya, kami tidak dapat masuk kerana tempat itu telah pun ditutup.

Natijahnya, saya dapat simpulkan dari Kembara Sejarah ini bahawa masih banyak tinggalan dan tempat bersejarah di negeri Terengganu yang belum dikaji dan dipelihara dengan baik. Malahan, dari perbincangan kami juga, kami dapati masih banyak misteri Negeri Terengganu yang belum dapat diselesaikan. Kami harap suatu hari nanti kami dapat membantu dalam mengkaji sejarah negeri Terengganu.

AINA NABILA BT AZNAN—KETUA PROGRAM

 




















Monday 9 November 2015

Kenyir Water Park Trip

As a way to show our appreciation to the students, we organised a half-day trip to Kenyir Water Park on Nov 9th. It was a short, simple and full of fun trip which also act as a reward to our kiddos who have made tremendous achievement this year. 

We would like to thank all of our sponsors, including PPD Setiu and Kelab Murid SKLT for making this trip a success!

Sorry, we do not have much pictures to show, as we were too busy enjoying ourselves! :D









Tuesday 3 November 2015

Majlis Asyura

Hari yang meriah di SK Lubok Teras pada 3 November lepas. Hari para ibu-bapa dan guru serta warga komuniti bersama-sama bergotong-royong mengacau bubur Asyura. Seperti biasa. segala apa aktiviti yang kami jalankan adalah peluang untuk proses pembelajaran berlaku. Oleh itu kami libatkan murid-murid kami dalam proses pembuatan bubur Asyura agar mereka tahu dan merasai sendiri pengalaman memasak bubur Asyura secara bergotong-royong. Terima kasih kepada semua ahli PIBG, guru-guru, serta warga Komuniti SK Lubok Teras atas kerjasama yang sangat mengagumkan ini. Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita.

Gambar-gambar ini diambil sepenuhnya oleh murid-murid SK Lubok Teras, dibawah Kelab Murid SKLT.