We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Friday 24 March 2017

LATIHAN ATLET CUTI SEKOLAH

Ketika anak-anak lain seusia mereka sedang mandi sungai, memancing, bermain motor, mereka pula abadikan keseluruhan cuti mereka untuk latihan dan persiapan menghadapi kejohanan balapan dan padang peringkat negeri. Siti Nuruldiana Alya, Amirrudin Ali, Intan Shafika, Nur Syamimie Munirah dan Wan Nurnatasha Atiqah merupakan lima atlet premier SK Lubok Teras yang telah banyak mengharumkan nama sekolah.

5 Atlet Premier sekolah yang akan mewakili Daerah Setiu ini begitu tekun menjalani latihan daerah sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu. Misi kami, mahu meningkatkan lagi pencapaian satu emas pada tahun lepas kepada sekurang-kurangnya 2 Emas dan 1 Perak daripada mereka. Mereka berlima juga sebenarnya mencipta sejarah apabila menjadi kumpulan teramai dalam sekolah-sekolah daerah Setiu yang mewakili daerah.







Friday 17 March 2017

LEBIH 2000 KOLEKSI MEWARNA UNTUK DIMUAT TURUN


Cuti sekolah datang lagi dan walaupun kami telah merancang banyak aktiviti untuk anak-anak anda, tetapi kebanyakkan aktiviti hanya melibatkan murid tahap 2. Tentu sekali ibu bapa yang mempunyai anak-anak di tahap 1 mencari aktiviti-aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan di rumah. Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi kepada anda LEBIH 2000 COLOURING SHEETS atau koleksi mewarna yang anda boleh cetak dan beri kepada anak-anak anda.







Koleksi ini adalah hasilan carian di internet, telah dikumpul oleh guru-guru kami dan disusun oleh Encik Hafiz Abdullah, Ketua Panitia Bahasa Inggeris.

Anda boleh klik link berikut untuk muat turun.

2000 KOLEKSI MEWARNA

IBU BAPA ANJUR SAMBUTAN HARI JADI ANAK

Semalam, 16 Mac 2017, pihak sekolah merasa amat bertuah kerana ibu bapa kepada adik Faris Aqashah dan Adiezul Asyraf telah berkenan mengadakan sambutan Hari Jadi anak mereka di sekolah dan turut sama menjamu semua guru, staff serta murid-murid.

Majlis ini juga turut disertai oleh ibu bapa para Atlet Premier Sekolah yang turut menyediakan kek dan Pulut Kuning sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran di atas kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh atlet-atlet ini.

Turut diadakan sama ialah majlis apresiasi ringkas untuk Puan Che Rosnida Hashim, bekas pekerja kebersihan swasta yang tidak lagi menyambung kontraknya pada tahun ini. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Che Rosnida atas khidmat dan sumbangan beliau kepada pihak sekolah selama ini. Dedikasi dan kesungguhan beliau tentu sekali sukar untuk dicari ganti.

Terima kasih kepada Puan Nor Sahalai dan Puan Azilah yang menjadi penganjur untuk majlis kali ini. Juga jutaan terima kasih kepada ibu bapa para atlet premier sekolah serta semua ibu bapa yang terlibat.







Thursday 16 March 2017

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA



Selamat Bercuti kami ucapkan kepada semua murid-murid SK Lubok Teras!
Walaupun cuti, namun SK Lubok Teras akan beroperasi seperti biasa. Untuk makluman, berikut adalah beberapa aktiviti yang telah kami rancang sepanjang cuti persekolahan:

1) Kem Bestari Solat pada hari Sabtu, 18 Mac 2017, melibatkan semua murid Tahun 1 - 5
2) Kem Balapan dan Padang Daerah akan dijalankan pada 19 - 22 Mac 2017, 5 Atlet Premier Sekolah terlibat untuk persiapan ke MSST.
3) Jom Main Bola Baling pada setiap petang bermula Sabtu - Selasa, dari jam 4:00pm.
4) Kelas Tahun 6 akan bermula pada hari Selasa hingga Khamis dari jam 8:30am - 12:00pm
5) Kelas Bahasa Inggeris Tahun 6 pada Isnin dan Selasa malam dari jam 8:00pm - 10:00pm
6) Program Rekreasi Tahun 6 pada hari Khamis 23 Mac
7) Program Menonton Tayangan Cerita Bahasa Inggeris pada hari Jumaat anjuran Panitia BI dan Kelab Murid pada 24 Mac(Jumaat) jam 8:00 malam. Semua murid dan warga Kampung Bukit Aman Bukit Lawang dijemput hadir!

Bekas-bekas murid kami juga dijemput datang ke sekolah pada hari-hari kelas untuk sama-sama menyiapkan homework di sekolah. Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu anda!
Gambar oleh adik Asyirah Nadihah, diambil oleh beliau pada tahun lepas, ketika beliau masih di Darjah 3.

Tuesday 14 March 2017

LEBIH 400 KOLEKSI LEMBARAN KERJA BAHASA INGGERIS



Musim peperiksaan tiba lagi. Ramai ibu bapa yang buntu bagaimana untuk menyediakan anak-anak mereka dalam menghadapi peperiksaan. Ramai juga yang tidak tahu bagaimana mahu mencari bahan terutama bahan Bahasa Inggeris untuk diberi kepada anak-anak. Oleh itu, Panitia Bahasa Inggeris kali ini menyediakan bahan-bahan lembaran kerja yang amat sesuai untuk murid-murid Tahap 1 serta murid-murid Tahap 2 yang masih lemah dalam penguasaan vocabulary asas. Anda boleh download dan print terus lembaran kerja ini dan beri kepada anak-anak anda.



Sila klik link dibawah untuk download lebih 400 lembaran kerja Bahasa Inggeris.



Lembaran kerja ini adalah hasil pengumpulan oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris kami, Encik Muhammad Hafiz Abdullah.

Semoga memberi manfaat kepada semua.

Saturday 11 March 2017

DAH MACAM KENDURI!

DAH MACAM KENDURI!

AJK Kelab Murid Lubok Teras bersama Puan Norhayati dan Encik Hafiz menggunakan masa hujung minggu untuk mengemas dan membersihkan barangan kelab murid. Tuan Guru Besar pada tahun ini telah berbesar hati memberi kebenaran kepada Kelab Murid untuk menggunakan sebahagian daripada bilik SPBT sebagai bilik operasi Kelab Murid. Dengan ini, Kelab Murid akhirnya mempunyai ruang sendiri untuk menjalankan aktiviti serta menyimpan barang-barang.






Friday 10 March 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG 2017 CATAT KEHADIRAN 100%


Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2017 sekali lagi mengekalkan rekod kehadiran 100% oleh ibu bapa dan penjaga murid. Walaupun pada tahun ini, pihak sekolah membuat keputusan untuk tidak mengadakan sebarang majlis penyampaian bantuan seperti bantuan KWAPM dan Bantuan Awal Persekolahan 1 Malaysia, namun ibu bapa dan penjaga tetap memberikan komitmen dan masa mereka demi kecemerlangan anak-anak.

Mesyaurat Agung pada kali ini sekali lagi telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Sabri b Haji Mohd Noor, ADUN Kawasan Langkap. Dalam ucapan beliau, beliau melahirkan rasa kagum dan teruja terhadap kejayaan-kejayaan yang telah ditempa oleh sekolah sepanjang tahun 2016 dan awal tahun 2017. Beliau juga turut menyatakan SK Lubok Teras merupakan sekolah yang telah banyak mengangkat nama Adun Langkap sehingga dikenali diseluruh Negeri Terengganu. Beliau menggesa agar pemuafakatan ibu bapa dan guru yang ada pada masa sekarang dikekalkan untuk memastikan anak-anak di sini terus cemerlang dalam pelbagai bidang.

Tersentuh dan puas dengan kejayaan sekolah, YB Dato' telah berjanji menaikkan sumbangan tahunan kepada PIBG daripada RM2000 kepada RM5000. Beliau juga berjanji akan menaikkan sumbangan kepada pembinaan pentas baharu di SKLT dari RM10000 kepada RM15000. Malahan, untuk setiap murid yang mendapat 6A dalam UPSR, beliau akan memberikan ganjaran sebanyak RM500. Untuk membantu proses PdPc guru di dalam kelas pula, beliau berjanji akan menyumbangkan 2 buah LCD Projector dan mengusahakan projek gajah menyusur ke perpustakaan. Kami warga SKLT amat gembira dengan sumbangan-sumbangan ini dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato' atas keprihatinan Dato' terhadap anak-anak kami di sini.

Turut menghadiri mesyuarat adalah Encik Abd Rawaida b Adi, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Setiu merangkap Pegawai Perhubungan SK Lubok Teras. Dalam ucapan beliau, beliau telah menyatakan bahawa beliau sudah menjadi pegawai perhubungan dibanyak sekolah, dan ini merupakan sekolah yang terbaik beliau pernah lawati. Beliau juga memuji komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan oleh ibu bapa di sini walaupun sekolah terletak jauh di pedalaman.

Mesyuarat Agung diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Khas PIBG untuk kecemerlangan Sukan kepada 6 orang atlet premier sekolah yang telah banyak menempa kejayaan pada awal tahun ini.

Seterusnya, mesyuarat diteruskan dengan agenda pemilihan Jawatankuasa Baru AJK PIBG bagi sesi 2017/2018. Encik Wan Ramli bin Wan Ismail sekali lagi diberi kepercayaan oleh para ibu bapa sebagai Yang Dipertua PIBG, manakala Puan Azilah bt Abu Bakar telah dipilih sebagai Naib Yang Dipertua PIBG. Antara ibu bapa yang dipilih sebagai AJK pula adalah Encik Saidom b Wahab, Encik Izaman b Abdullah, Puan Hidayu Ali, Puan Sahalai bt Ibrahim, Puan Nazilawati bt Chik, dan Puan Azilah bt Abu Bakar.

Diharapkan agar AJK Baru untuk sesi 2017/2018 ini dapat meneruskan lagi kecemerlangan AJK sebelum ini untuk bersama-sama bergerak dengan pihak sekolah sebagai tunjang utama kemenjadian murid.












Saturday 4 March 2017

TIEP CROSS COUNTRY 2017

Bersama Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu dan Penyelia Kanan Sukan PPD Setiu

TIEP Cross Country 2017 telah selamat diadakan pada 4 Mac 2017 di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu. Kejohanan Cross Country ini diadakan bersempena dengan Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala YAB Menteri Besar Terengganu. Seramai 14 orang atlet terdiri daripada atlet pelapis Tahun 2 - 5 dan juga Running Team SKLT telah menyertai pertandingan ini.

Running Team SK Lubok Teras sekali lagi membuktikan bahawa mereka tidak boleh dipandang rendah. Walaupun terpaksa berhadapan dengan pasukan Merentas Desa Negeri Terengganu serta pasukan Daerah, mereka tetap memberikan saingan sengit. Nur Syamimie Munirah sekali lagi menjulang nama SKLT apabila berjaya mendapat tempat Ke-6 keseluruhan. 

Buat pengetahuan, Pasukan Running Team yang baru sahaja habis kejohanan balapan dan padang daerah tidak mempunyai masa untuk latihan larian jarak jauh. Malahan, mereka pergi sebagai salah satu aktiviti "memanaskan badan" sebelum bermulanya kem olahraga daerah. 

Tahniah kepada semua atlet yang menyertai larian kali ini. Pasukan SK Lubok Teras juga telah menjadi tumpuan ramai termasuk Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu sendiri, malahan beliau telah membuat permintaaan khas mahu mendengar "War Cry" atau cheer pasukan SKLT.

Terima kasih kami ucapkan kepada Pengerusi J3K Bukit Aman, Encik Saidom b Wahab yang menjadi penaja makanan atlet kami hari ini, terima kasih juga kepada Tuan Haji Kepayatu Allah, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu yang sudi memberi sumbangan kepada atlet-atlet kami.

Semoga hari ini menjadi inspirasi kepada atlet-atlet pelapis untuk menjadi hebat sepertimana senior-senior mereka.

Keputusan Keseluruhan Atlet SKLT:

Nur Syamimie Munirah - ke-6
Wan Nurnatasha Atiqah - ke-10
Intan Shafika Abdullah - ke-12
Nur Iman Izzatti - ke-13

Senarai Atlet Pelapis Yang Menyertai:

Muhammad Alif Aiman - Tahun 2
Nurul Dania - Tahun 2
Ally Iskandar Fakrulloh - Tahun 3
Muhammad Afiqzal Hakim - Tahun 3
Ain Farisya bt Abdullah - Tahun 4
Nur Asyirah Nadihah Azman - Tahun 4
Syed Alif Shaqir - Tahun 4
Muhammad Saiful - Tahun 5
Alisah Maisarah - Tahun 5
Nur Izzati Balqis - Tahun 5












Friday 3 March 2017

HIDDEN CURRICULUM: KURIKULUM TERSEMBUNYI


hidden curriculum is a side effect of an education, "[lessons] which are learned but not openly intended" such as the transmission of norms, values, and beliefs conveyed in the classroom and the social environment. Any learning experience may teach unintended lessons.

Kalau perasan, team SK Lubok Teras ke Kejohanan Balapan dan Padang baru-baru ini tidak hanya terdiri daripada atlet-atlet. Team kami ada atlet, ada photographers, dan ada chaperone.
Ya, chaperone yang terdiri dari kalangan murid-murid sendiri. Ada yang memanggil mereka dengan panggilan pengiring atlet, peneman atlet, malahan ada yang menggelar mereka sebagai “Pengurus Cilik”.

Apa Tugas Mereka ?
Bukan semua murid mempunyai bakat hebat dalam bidang sukan. Namun, ada antara mereka yang mempunyai daya kepimpinan dan pengurusan yang hebat. Oleh sebab itulah, semenjak dari awal lagi, kami ajar anak-anak kami dengan kemahiran pengurusan dan kepimpinan ini. Pengurus Atlet yang kami bawa bertugas memastikan atlet-atlet yang akan bertanding dalam keadaan baik dengan memastikan diet mereka dipatuhi, air sentiasa cukup, keperluan dan alatan sentiasa dijaga. Malahan, bukan setakat itu sahaja, mereka juga diajar untuk mengambil masa pesaing-pesaing lain, mengambil masa dan jarak atlet-atlet kami, memberi sedikit “feedback” tentang prestasi semasa atlet-atlet yang bertanding serta memastikan mereka “right-on-track”. Mereka juga sentiasa alert dengan rekod-rekod kejohanan, keputusan saringan dan catatan terkini atlet-atlet kami. Tidak hairanlah jika ada guru-guru dari sekolah lain yang menggelarkan mereka sebagai “Jurulatih Cilik”. Stopwatch, measuring tape, pen, notebooks, camera, phone, markers dan sebagainya sentiasa berada di sisi mereka!.
Ini HIDDEN CURRICULUM KAMI!

Melalui pengalaman sebegini, mereka belajar kemahiran berkomunikasi, kemahiran mengurus, kemahiran kepimpinan, nilai bantu-membantu, tidak berputus asa serta kemahiran menyusun strategi dalam pertandingan.

Menggunakan peluang BnP Daerah untuk mengajar, untuk menjalankan proses pembelajaran secara tidak langsung!. Kami akan pastikan, setiap murid yang pergi ke kejohanan, samada sebagai atlet atau tidak, BELAJAR SESUATU dari kejohanan ini.


LEPASAN 2016: 70% TERIMA TAWARAN SEKOLAH KAWALAN

Keputusan UPSR 2016 membuktikan bahawa SK Lubok Teras adalah sebuah sekolah yang cemerlang dalam semua bidang. Kejayaan menjadi 5 terbaik Negeri Terengganu merupakan antara kejayaan terbesar SKLT dalam bidang akademik.

Kini, memasuki Mac 2017, kami amat berbangga dengan prestasi anak-anak UPSR 2016 di mana sehingga kini, 70% daripada mereka mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran peringkat menengah ke sekolah-sekolah kawalan. Umum mengetahui bahawa kemasukan ke sekolah-sekolah kawalan amatlah ketat dan hanya yang betul-betul cemerlang dalam semua bidang sahaja yang diterima masuk. 

Ahmad Iskandar Zulkarnain telah mendapat tawan ke Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, manakala Sharifah Shaqirah Nadyrah pula mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu. Nadyrah juga telah mendapat tajaan biasiswa sepenuhnya dari Yayasan Peneraju melalui Program Tunas Geliga.

Manakala, Presiden Kelab Murid 2016 dan Ketua Pengawas PSS 2016, Anis Farisha dan Nurul Asyirah telah mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pelong, iaitu Sekolah Premier berstatuskan asrama penuh. Afiq Asyraf dan Faiz Haziq pula mendapat tawaran ke Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus, sebuah sekolah pondok kerajaan Negeri yang dikawal ketat kemasukkanyya. Mereka berdua telah berjaya menjadi antara 60 murid terpilih daripada 400 calon keseluruhan. Tidak dilupakan juga, Mohd Lutfillah yang turut mendapat tawaran ke Kelas Rancangan Khas untuk murid cemerlang di SMK Sungai Tong.

Tahniah kami ucapkan kepada murid-murid Class of 2016. Kami harapkan agar kecemerlangan anda akan diteruskan lagi di peringkat sekolah menengah pula!.

Tahun 6 2016

Thursday 2 March 2017

SEKOLAH KECIL MUNCUL JOHAN KESELURUHAN BALAPAN & PADANG MSSD SETIU

PENCAPAIAN LUAR BIASA!

SK LUBOK TERAS MUNCUL JOHAN KESELURUHAN, CATAT PENCAPAIAN LUAR BIASA DI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD SETIU,


Siti Nuruldiana Alya - Emas 100m, Emas Lompat Jauh (RBK)
Nur Syamimie Munirah - Emas 100m (RBK), Emas Lompat Jauh (RBK), Peserta Terbaik P11
Amirrudin Ali - Perak Lompat Jauh, Perak 80M Berpagar (RBK)
Wan Nurnatasha Atiqah - Emas 200m
Nur Iman Izzatti Asyiqin - Perak 200m
Intan Shafika - Perak 100m

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Setiu 2017 menyaksikan atlet SK Lubok Teras berjaya meraih 5 Emas, 4 Perak serta berjaya memecahkan 4 rekod kejohanan dan dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi kategori sekolah rendah. Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari di SMK Bukit Nenas itu menyaksikan seramai 6 atlet utama dan 4 atlet pelapis dihantar untuk menyertai pertandingan.

Emas pertama telah diperoleh oleh Atlet Premier sekolah, saudari Siti Nuruldiana Alya melalui acara Lompat Jauh Perempuan 12. Nuruldiana telah mengejutkan semua pihak apabila berjaya membuat lompatan dengan jarak 4.24m seterusnya mencipta rekod baru kejohanan MSSD. Manakala, di venue sebelah, adik Nur Syamimie Munirah memecahkan rekod lompat jauh yang dicipta oleh Nuruldiana pada tahun lepas dengan jarak 3.79m seterusnya merangkul emas kedua kontinjen.

Hari pertama juga menyaksikan Nuruldiana dan Nur Syamimie sekali lagi mencipta kejutan apabila berjaya merangkul emas ketiga dan keempat melalui acara 100M P11 dan 100M P12. Nur Syamimie juga berjaya mencipta rekod baru kejohanan dalam acara tersebut dengan catatan masa 15.12saat. Nuruldiana juga mengejutkan semua pihak melalui catatan masa 14.65 saat yang hampir menyamai rekod Azreen Nabila pada tahun 2012 iaitu 14.30 saat. Azreen Nabila merupakan atlet Malaysia yang diiktiraf sebagai pelari pecut terpantas di Asia Tenggara.

Amirrudin Ali juga tidak ketinggalan menyumbang pingat kepada kontinjen sekolah melalui acara Lompat Jauh dan 80M Berpagar. Beliau berjaya meraih pingat Perak dalam kedua-dua acara. Amirrudin juga telah berjaya mencipta sejarah baru apabila berjaya memecahkan rekod 23 tahun dalam acara 80M Lari Berpagar apabila mencatatkan masa 13.40 saat ketika saringan separuh akhir. Ini telah melayakkan beliau diiktiraf sebagai Peserta Terbaik L12 Kejohanan. Nur Syamimie pula diiktiraf sebagai Peserta Terbaik P11.

Hari kedua juga menyaksikan Wan Nurnatasha dan Nur Iman Izzatti mengagumkan ramai pihak apabila berjaya merangkul Emas dan Perak dalam acara 200m. Kedua-dua mereka berjaya menjarakkan diri dengan peserta ketiga dengan jarak yang amat signifikan.

Keseluruhan, kontinjen SK Lubok Teras telah mendapat pujian ramai pihak apabila berjaya mencipta sejarah baru di Setiu dengan menjadi SKM pertama di dalam sejarah Negeri Terengganu yang berjaya mendapat Johan Keseluruhan dalam Balapan dan Padang MSSD.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua atlet yang bertanding. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat, terutama Encik Khairul Azman, Jurulatih Separuh Masa dan juga PK Ko SK Kg Bukit yang telah banyak membantu atlet-atlet kami dalam latihan sebelum ini. Coach Khairul Azman juga merupakan jurulatih Amirrudin Ali dalam acara 80M Lari Berpagar.

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar, Encik Zuhaidi Othman atas sumbangan dana yang begitu banyak untuk program atlet kali ini, juga kepada Penyelia Sukan Daerah, Tuan Khalil atas sumbangan spike kepada anak-anak atlet kami, para ibu bapa dan penjaga atas sumbangan tenaga, wang, masa dan komitmen, para penyumbang Kelab Murid SKLT terutama saudara Amir Fadhli, saudara Anaqi Amran, saudari Izzah Farhani atas sumbangan kepada Program Pembangunan Atlet kami, para guru yang bekerjasama memastikan latihan dan kejohanan serta pengurusan atlet berjalan dengan lancar, PK Ko, Encik Zairani Mansor, dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak.

Semoga lebih banyak kejayaan akan diperoleh selepas ini.


Phorographer Cilik! SKLT ditugaskan untuk membuat dokumentasi kejohanan dan kami gunakan peluang ini untuk mengajar murid-murid serba sedikit mengenai fotography.

Nuruldiana selepas upacara penyampaian pingat acara 100m


Selesai hari pertama! Atlet Utama Sekolah, dari kiri, Nuruldiana Alya, Aini Najwa, Intan Shafika, Wan Nur Natasha dan Nur Syamimie

Chaperone/Pembantu Atlet/Pengurus Cilik sepanjang kejohanan. Mereka adalah tulang belakang kepada kejayaan kali ini. Terima kasih Aina Adyriana, Aini Najwa dan Aisyah Sofia.