We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Friday 26 January 2018

PASUKAN P12, INTAN & MIMI KEKAL PENGUASAAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD SETIU


Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Setiu telah selamat dijalankan pada 25 Januari 2018. Kejohanan ini diadakan di tempat dan trek yang sama seperti tahun lepas, iaitu di SK LTKP Chalok Barat. 

Kejohanan kali ini menyaksikan Nur Syamimie Munirah dan Intan Shafika, dua orang atlet premier SKLT berjaya mengekalkan Johan dan Naib Johan individu bagi kategori P12. Nur Syamimie dan Intan Shafika masing-masing membuat catatan yang lebih baik berbanding pada tahun lepas. Nur Syamimie mencatatkan masa 21 minit 8 saat berbanding tahun lepas 22 minit 33 saat manakala Intan Shafika menamatkan larian pada 21 minit 11 saat berbanding 23 minit pada tahun 2017. Manakala, atlet pelapis utama SKLT, Nur Ain Farisya mendapat tempat ke-9 dengan catatan masa 23 minit 17 saat. Seorang lagi atlet pelapis utama SKLT, Nur Asyirah Nadihah @ Effa mencipta kejutan apabila berjaya mendapat tempat ke -10 dengan catatan masa 23 minit 19 saat. Ini merupakan pencapaian terbaik effa dan penampilan pertama beliau di kejohanan daerah. Dua lagi atlet P12 SKLT turut membuat Personal Best  apabila berjaya menamatkan larian pada tempat ke-22 (Nur Izzati Balqis) dan ke-23 (Alisah Maisarah).

Walaupun tanpa pasukan asal Running Team SKLT, pasukan P12 masih lagi berjaya mengekalkan Johan Keseluruhan Sekolah Rendah Kategori P12. Malahan, apa yang lebih membanggakan ialah, mata yang diperolehi oleh pasukan SKLT jauh berbeza dengan tempat kedua dan juga dengan johan pasukan L12 sekolah rendah. SKLT selalu Johan P12 mendapat 44 mata berbanding 145 mata yang diperolehi oleh Johan L12. 

Kejohanan kali ini turut menampilkan buat pertama kalinya atlet pembangunan SK Lubok Teras yang terdiri daripada murid-murid Tahun 1, 2, 3 dan 4. Walaupun gagal mendapatkan tempat yang terbaik, namun pendedahan ini penting bagi memberi pengalaman kepada atlet-atlet yang akan menggantikan tempat atlet utama satu hari nanti. Atlet pembangunan yang dipilih adalah, Ally Iskandar Fakrulloh (Tahun 4, 42), Asraf Iskandar Rosli (Tahun 1, 182), Amirul Najmain Aznan (Tahun 2, 183), Ahmad Faris Aqashah (Tahun 2, 225), Muhammad Danish Dinzly (Tahun 3, 226). 

Sekalung penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak atas kejayaan ini terutamanya Tuan GB, Encik Mohd Jamka bin Harun, Guru Penolong Kanan Ko, Encik Mohd Zairani bin Mansor, Pembantu Jurulatih, Encik Ahmad Zaini b Zalik dan Encik Zulfadli Ghani serta jurulatih luar merangkap PT Olahraga Daerah Setiu yang banyak membantu dalam aspek pembangunan atlet di SKLT, Encik Khairul Azman b Adenan.

Keputusan Penuh Atlet SKLT

JOHAN KESELURUHAN P12 - 44 Mata
  • Nur Syamimie Munirah - Johan
  • Intan Shafika - Naib Johan
  • Nur Ain Farisya - 9
  • Nur Asyirah Nadihah - 10
  • Nur Izzati Balqis - 22
  • Nur Alisah Maisarah - 23

L12 - Tempat ke 22/44 Sekolah
  • Ally Iskandar Fakrulloh - 42
  • Muhammad Saiful - 169
  • Asraf Iskandar - 182
  • Amirul Najmain - 183
  • Ahmad Faris Aqashah - 225
  • Danish Dinzly - 226



















Friday 19 January 2018

KEJOHANAN MERENTAS DESA & FUN RUN 2018




Kejohanan Merentas Desa dan Fun Run 2018 telah selamat diadakan pada 18 Januari 2018. Apa yang menariknya, kejohanan kami tidak hanya melibatkan guru dan murid, tetapi seluruh komuniti SK Lubok Teras.

Selain daripada acara tetap yang diadakan, kami turut mengadakan Comunity Fun Run di mana ibu bapa dan ahli keluarga murid boleh turut serta berlari bersama anak-anak. Malahan, kejohanan kami turut mendapat bantuan daripada anggota RELA yang juga terdiri daripada keluarga murid-murid kami.



Tuan Guru Besar dalam ucapan beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Beliau juga turut menzahirkan kekaguman beliau dengan semangat anak-anak di sini, memandangkan 100% murid terlibat dengan aktiviti merentas desa dengan tiada yang berkecuali.

Pada kejohanan tahun ini, Rumah Laksamana telah muncul johan keseluruhan. Rumah Laksamana yang diketuai oleh Nor Syamimie Munirah telah berjaya mengumpul 124 mata keseluruhan. Rumah Bendahara pula berada di tempat kedua dengan 100 mata manakala Temenggung di tempat ketiga dengan 97 mata. Mata keseluruhan juga dikira berdasarkan penglibatan ibu bapa murid dalam kejohanan kali ini.




Intan Shafika, atlet premier sekolah telah berjaya muncul sebagai Johan Perempuan 12 untuk kali ketuga berturut-turut. Manakala, untuk kategori Lelaki 12 dimenangi oleh Muhammad Saiful. Kategori Tahap 1 pula dimenangi oleh adik Nor Syamina Arisya dan adik Mohd Fairuz Hazim.

Berikut adalah keputusan keseluruhan Kejohanan Merentas Desa 2018:

PEREMPUAN 12
1 B01 INTAN SHAFIKA BINTI ABDULLAH BENDAHARA
2 L01 NOR SYAMIMIE MUNIRAH LAKSAMANA
3 B04 NUR AIN FARISYA BINTI ABDULLAH BENDAHARA
4 T02 NUR IZZATI BALQIS BINTI IZAMAN TEMENGGUNG
5 T04 NUR ASYIRAH NADIHAH  TEMENGGUNG

LELAKI 12
1 T03 MUHAMMAD SAIFUL  TEMENGGUNG
2 B08 ALLY ISKANDAR FAKRULLOH  BENDAHARA
3 T05 ALIF AIMAN BIN ZULKIFLI TEMENGGUNG
4 L09 MUHAMMAD ADAM HAIKAL LAKSAMANA
5 B06 SYED ALIF SHAQIR  BENDAHARA

PEREMPUAN 9
1 L16 NOR SYAMINA ARIYSA  LAKSAMANA
2 B10 NURUL DANIA BINTI CHE A RAHMAN BENDAHARA
3 L11 ALYA AMALIA BINTI ZUKIFLI LAKSAMANA
4 T10 ALEESYA DAMIA BINTI ABU BAKAR TEMENGGUNG
5 B09 SITI NUR SHAFIQA BINTI MOHD NOR BENDAHARA
LELAKI 9
1 L15 FAIRUZ HAZIM BIN MOHD RAMLAN LAKSAMANA
2 L13 MUHAMMAD DANISH DINZLY  LAKSAMANA
3 T15 MUHAMMAD AIDIL MUQRIZ  TEMENGGUNG
4 T14 AMIRUL NAJMAIN BIN AZNAN TEMENGGUNG
5 B16 AHMAD FARIS AQASHAH  BENDAHARA














Tuesday 16 January 2018

LATIHAN MERENTAS DESA 2018

Bersempena dengan kejohanan merentas desa yang akan diadakan tidak lama lagi, kami telah mengadakan latihan merentas desa yang disertai oleh semua murid SK Lubok Teras.

Latihan ini diadakan pada hari Selasa 9 Januari & 16 Januari 2018. Latihan ini bertujuan memastikan fizikal murid berada dalam keadaan bersedia dalam menghadapi kejohanan yang dijadualkan pada 18 Januari 2018. 

Walaupun telah lama bercuti, namun kami dapati fitness anak-anak murid SKLT masih lagi dalam keadaan baik. Tiada kecederaan atau perkara yang tidak diingini terjadi sepanjang dua siri latihan ini.

Untuk tahun 2018 ini, kami telah memilih trek menghala ke Kampung Bukit Lawang memandangkan trek ini adalah yang paling mirip dengan trek pertandingan di peringkat daerah dan negeri.












Wednesday 10 January 2018

SK LUBOK TERAS RANGKUL ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG AKADEMIK CEMERLANG SUKAN

Mesyuarat Pengurusan Guru Besar dan Pengetua Sekolah-Sekolah Daerah Setiu hari ini menyaksikan SK Lubok Teras mendapat 3 penghargaan khas daripada PPD SETIU. SK Lubok Teras telah dinobatkan sebagai Sekolah Rendah Cemerlang Akademik, Sekolah Rendah Cemerlang Sukan dan juga mendapat Penghargaan Khas Kehadiran Murid Mencapai KPi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Penghargaan ini membuktikan bahasa SK Lubok Teras merupakan sekolah yang cemerlang dalam pelbagai bidang selaras dengan usaha KPM melahirkan murid yang holistik.

Tahniah kepada semua pihak!



Monday 8 January 2018

LAWATAN PELAJAR CEMERLANG KE SK LUBOK TERAS


SK Lubok Teras pada hari ini menerima lawatan dari dua bekas murid SKLT, iaitu saudari Aini Najwa binti Aznan dan juga saudari Siti Nuruldiana Alya binti Mohd Rosdi. Mereka berdua datang ke sekolah bagi berkongsi sedikit tips pelajar cemerlang dengan murid-murid Tahap 2 serta mengadakan ramah mesra dengan murid-murid Tahap 1.
Mereka turut berjumpa dengan semua guru dan staff SK Lubok Teras bagi memohon restu ilmu buat kali yang terakhir,

Kedua-dua mereka setakat ini menerima tidak kurang daripada 4 tawaran ke sekolah-sekolah kawalan dari dalam dan juga luar Terengganu. Siti Nuruldiana Alya dan Aini Najwa bakal mendaftarkan diri di sekolah pilihan mereka bermula pada minggu ini.

Semoga mereka menjadi inspirasi kepada adik-adik generasi seterusnya di SK Lubok Teras.




Friday 5 January 2018

MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN BERJALAN LANCAR

Minggu pertama sesi persekolahan 2018 berjalan dengan begitu lancar sekali. Hari pertama persekolahan, Isnin, 1 Januari 2018, kami telah pun menerima kunjungan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Kami juga menerima lawatan daripada Pegawai Perhubungan Sekolah PPD Setiu, Encik Rawaida.

Hari pertama dimulakan dengan murid-murid bersarapan pagi RMT dan juga makanan yang dibawa sendiri untuk murid yang tidak menerima RMT di kantin sekolah. Seterusnya, seperti biasa, pada jam 730 pagi aktiviti murid diteruskan lagi dengan tadarus Al-Quran. GPK Hem, Encik Marzuky turut mengambil kesempatan 10 minit sebelum kelas bermula untuk satu taklimat ringkas bersama murid.

Manakala, bagi murid Tahun 1 pula, tidak ada sebarang masalah timbul sepanjang minggu pertama persekolahan. Konsep "We Are a Family" yang diterapkan dikalangan murid-murid membolehkan adik-adik Tahun 1 ini begitu cepat sekali mengadaptasi diri mereka dengan budaya sekolah. Oleh itu, anda tidak akan dapat melihat ibu bapa murid Tahun 1 menemani anak-anak mereka sepanjang persekolahan seperti sekolah-sekolah lain. Anak-anak di Tahun 1 telah pun diajar berdikari dengan bantuan guru-guru serta senior-senior mereka.

Aktiviti waktu rehat juga berjalan seperti biasa dengan semenjak hari pertama lagi, murid-murid Tahun 6 telah pun mengadakan aktiviti seperti nyanyian, chanting, bacaan war cry sekolah dan lain-lain bersama murid-murid. Murid Tahun 6 dapat mengawal dan memastikan aktiviti-aktiviti ini berjalan dengan lancar.

Kelas KAFA juga telah pun bermula semenjak hari pertama lagi. Waktu tengah hari di SK Lubok Teras dimulakan dengan waktu makan tengah hari, seterusnya disambung pula dengan solat Zohor berjemaah. Murid-murid Tahun 2, 3, 4 dan 5 seterusnya memasuki kelas mengaji yang dikendalikan oleh ustaz dan ustazah KAFA sebelum sesi pembelajaran rasmi bermula jam 230 petang. Waktu pulang pula menyaksikan anak-anak seperti biasa menggunakan 15 mini terakhir untuk sesi pembersihan kelas, sebelum sama-sama mengerjakan solat Asar berjemaah,

Latihan Balapan dan Padang bagaimanapun tidka dapat dijalankan sepenuhnya pada minggu ini memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.