We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Tuesday 21 February 2017

RUNNING TEAM MUNCUL JOHAN MERENTAS DESA, KUASAI TEMPAT 1-4 INDIVIDU


RUNNING TEAM LUBOK TERAS TERUS MENCIPTA SEJARAH!

Hari ini, pasukan Running Team SK Lubok Teras mengekalkan penguasaan mereka sebagai pelari long-distance terpantas di Daerah Setiu apabila berjaya menguasi empat tempat teratas di Kejohanan Merentas Desa MSSD Setiu 2017.

Kejohanan yang diadakan di SK LKTP Chalok Barat itu telah mendapat penyertaan daripada 44 buah sekolah rendah dari seluruh Daerah Setiu dengan bilangan penyertaan mencecah 176 peserta untuk kategori P12. Kejohanan telah dimulakan seawal jam 8:30 pagi dengan pelepasan dilakukan sendiri oleh Tuan Haji Kipayatu Allah bin Dato' Ahmad Said, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu.

Keempa-empat pelari SKLT, iaitu Nur Iman Izzatti, Wan Nurnatasha Atiqah, Intan Shafika dan Nur Syamimie Munirah telah bermula dengan baik sekali dan telah mendahului peserta-peserta lain semenjak awal pertandingan lagi.

20 Minit selepas dilepaskan, Nur Syamimie mendahului peserta lain dengan diikuti rapat oleh Intan Shafika, Nur Iman Izzatti dan Wan Nurnatasha Atiqah. Mereka berempat telah berjaya mengekalkan kedudukan itu sehingga ke penamat tanpa memberi peluang langsung kepada peserta lain untuk mendahului.

Dengan itu, pasukan SK Lubok Teras telah dinobatkan sebagai pasukan terbaik kategori P12 dan ramai pihak amat teruja dengan kejayaan ini. Semoga pasukan ini akan mencipta lebih banyak kejayaan pada tahun ini.

KEPUTUSAN KESELURUHAN:

JOHAN - NUR SYAMIMIE MUNIRAH BT IDHAM HALIMI
NAIB JOHAN - INTAN SHAFIKA BT ABDULLAH
KETIGA - NUR IMAN IZZATTI ASYIQIN BT ASPAWI
KEEMPAT - WAN NURNATASHA ATIQAH BT WAN RAMLI











Monday 13 February 2017

TEMU MURNI & AKUJANJI UPSR 2017

Sekitar Program Temu Murni TOV 2017 dan Akujanji UPSR 2017.

Program Temu Murni TOV 2017 dan Akujanji UPSR telah selamat diadakan pada 13 Februari 2017. Program yang dihadiri oleh semua ibu bapa dan penjaga murid ini turut diteruskan dengan solat zohor berjemaah dan solat hajat UPSR. Turut hadir pada majlis kali ini ialah Naib Yang Dipertua PIBG SK Lubok Teras, Puan Azilah bt Abu Bakar.

Tentatif Majlis:

1) Program Motivasi Keibubapaan oleh Guru Kelas, Mr Hafiz Abdullah
2) Ucapan Tuan Guru Besar
3) Pembentangan Keputusan Keseluruhan TOV 2017
4) Ulasan subjek oleh Guru Mata Pelajaran
5) Pembentangan Target UPSR 2017
6) Penetapan Target: Perbincangan Murid, Ibu Bapa dan Guru
7) Akujanji UPSR 2017 dengan Ibu Bapa
8)Akujanji UPSR 2017 Keseluruhan
















Wednesday 8 February 2017

PENCARIAN BAKAT OLAHRAGA

Program Pencarian Bakat dan Pemilihan Atlit Olahraga Sekolah
Sempena dengan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD yang akan diadakan tidak lama lagi, kami mengadakan program pencarian bakat ini bagi mengenalpasti murid-murid yang berkelayakan dan berkemampuan untuk dilatih sebagai atlet utama sekolah.

Program pencarian bakat ini dibahagikan kepada 4 stesen iatu stesen acara pecut, stesen lompat jauh, stesen lompat tinggi dan stesen lontaran. Program yang bermula pda jam 2.30 petang ini dihadiri oleh semua murid Tahun 3 hingga Tahun 6 serta dipantau oleh guru-guru SKLT.

Gambar oleh GPK Ko-Kurikulum SKLT, En Mohd Zairani Mansor