We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Friday 24 June 2016

HOMEWORK CLASS RAMADHAN

Antara program kami ketika bulan Ramadhan ini, yang mungkin sukar untuk dicari di tempat lain. Homework Class Ramadhan adalah satu program di mana murid-murid kami bersama-sama belajar di masjid kampung mereka selepas selesai solat terawih. 


Aktiviti ini akan dibantu oleh seorang guru yang akan bersama dengan mereka. Program ini telah berjalan sejak awal Ramadhan lagi dan merupakan inisiatif kecil kami untuk memastikan anak-anak ini dapat memanfaatkan masa di bulan mulia ini.



Program ini turut menarik minat bekas-bekas murid SKLT. Oleh itu, anda akan dapat melihat bekas murid kami turut sama-sama belajar dan menyiapkan kerja yang diberi bersama-sama kami.



Pada tahun ini, kami turut bertuah apabila salah seorang penyumbang Kelab Murid telah berbesar hati menyumbangkan 4 meja belajar untuk kegunaan anak-anak kami. Terima kasih diucapkan dan semoga anak-anak ini mendapat manfaat yang banyak dari program kecil kami ini.






















Tuesday 21 June 2016

WORLD REFUGEE DAY DI SKLT

Bersempena dengan #WorldRefugeeDay dan sebagai pengisian Ihya Ramadhan, kami bawa murid-murid kami menyelami suasana dan keadaan kanak-kanak di negara yang dilanda konflik, terutamanya di Syria dan Palestin melalui beberapa siri tayangan video dan taklimat ringkas.



Anak-anak kami ini tidak dapat menahan sebak sehinggakan ada yang menitiskan air mata serta menangis apabila menonton video-video tersebut. Mereka sangat sedih melihat nasib rakan-rakan mereka di negara-negara yang dilanda peperangan. Mereka juga amat tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan realiti yang sedang menimpa kanak-kanak di negara yang dilanda peperangan.



Program yang dijalankan selama seminggu ini juga turut menyaksikan anak-anak ini terlibat dengan kempen sumbangan kepada tabung Aman Palestine dan juga aktiviti mencipta poster keamanan. 
Kami harap program ini dapat memberi motivasi kepada anak-anak ini untuk menjadi yang terbaik dan merubah keadaan dunia ini suatu hari nanti.









Thursday 16 June 2016

TEMU MURNI CATAT REKOD BARU

Pada hari ini kami adakan Majlis Temu Murni Perdana yang mana kami kumpulkan kesemua ibu bapa penjaga murid untuk menerima Slip Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Kami juga menggunakan kesempatan ini untuk berbincang mengenai akademik dan pencapaian semasa anak-anak ini dengan ibu bapa mereka. Alhamdulillah, temu murni kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan mencatatkan 100% KEHADIRAN oleh ibu bapa penjaga. Ramai antara mereka yang sanggup mengambil cuti semata-mata mahu mendengar sendiri prestasi dan kemajuan anak-anak mereka dari guru-guru kami.

Tahniah kepada semua atas kecaknaan yang tinggi ini. Semoga SKLT terus maju membina masa hadapan yang lebih baik kepada anak-anak kampung di sini.









Tuan GB turut serta dalam dialog prestasi di kelas tahun 5 Adnin.






Wednesday 15 June 2016

TEMU MURNI & DIALOG PRESTASI UPSR ke-3

Majlis Dialog Prestasi dan Temu Murni UPSR 2016 siri ke-3 telah diadakan pada 15 Jun 2016. Dialog Prestasi kali ini membincangkan prestasi murid dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lepas. Perjumpaan kali ini juga amat penting kerana ini merupakan peluang terakhir guru dan ibu bapa bersua muka sebelum Peperiksaan Percubaan UPSR bermula. Antara agenda majlis lkali ini adalah:
  • Dialog Prestasi berdasarkan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016
  • Pennyerahan Slip Keputusan
  • Penyampaian Insentif Peningkatan Gred dan Insentif A kepada murid
  • Pembaharuan Ikrar dan Akujanji 
  • Penetapan Target Peperiksaan Percubaan UPSR 2016 oleh ibu bapa
  • Penyerahan Doa UPSR kepada murid
  • Diskusi Program Kecemerlangan

Terima kasih kepada semua ibu bapa atas kehadiran 100% dan komitmen yang tinggi yang ditunjukkan.






Thursday 2 June 2016

KEM BI CUTI PERTENGAHAN TAHUN

Cuti Persekolahan Pertengahan Penggal kali ini juga diisi dengan Kem Bahasa Inggeris, Kem ini dikendalikan oleh Guru Bahasa Inggeris kami, iaitu Encik Hafiz Abdullah dan disertai oleh murid-murid tahun 5 dan 6. Kem kali ini memfokuskan kepada items grammar yang sukar difahami dan dikuasai oleh murid-murid.