We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Sunday 25 September 2016

SKLT LAKAR PENCAPAIAN BARU DI LARIAN JAMBATAN



Komuniti SK Lubok Teras yang hadir


Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud semalam menyaksikan sekali lagi betapa kami adalah sebuah sekolah kecil yang berjiwa besar. 100% murid kami yang menyertai larian berjaya menamatkan larian dalam masa yang ditetapkan dan seterusnya berjaya mendapat medal dari pihak penganjur. Lebih membanggakan lagi, lima atlet kami berada dalam kelompok 100 terbaik dan ini merupakan julung-julung kali kami mencapai ke tahap ini. Bergema pentas utama Pantai Batu Burok dengan sorakan padu murid-murid kami.

Seawal jam 5 pagi lagi murid-murid kami beserta guru-guru dan ibu bapa berkumpul di Pantai Baru Burok. Sokongan para ibu bapa yang hadir tentunya menaikkan lagi semangat anak-anak SKLT untuk melakar kejayaan. Acara 5KM Primary School dilepaskan tepat pada jam 7 pagi oleh YAB Menteri Besar Terengganu.

Kami pada mulanya agak gusar kerana bilangan peserta yang amat ramai, iaitu mencecah 50,000 orang!. Kami takut sekiranya murid-murid kami tidak dapat bersaing dengan peserta yang datang dari seluruh negara untuk bertanding. Namun, kegusaran kami itu ternyata sia-sia kerana murid-murid hebat ini berjaya melakar kejayaan dan memecahkan rekod tahun lepas.

Berikut adalah nama murid-murid kami yang berjaya mendapat tempat dalam kelompok 100 terbaik:

   1. INTAN SHAFIKA BINTI ABDULLAH - TEMPAT KE 42/576
   2. AMIRUDIN BIN ALI - TEMPAT KE 42/813
   3. NUR SYAMIMIE MUNIRAH BT IDHAM HALIMI - TEMPAT KE 60/576
   4. NUR IMAN IZZATTI ASYIQIN BINTI ASPAWI - TEMPAT KE 72/57
   5. WAN NUR NATASHA ATIQAH BT WAN RAMLI - TEMPAT KE 74/576

Pencapaian ini merupakan pencapaian terbaik kami setakat ini. Malahan, pada tahun lepas, tiada langsung murid kami yang berjaya menempatkan diri di kelompok 100. Kedudukan terbaik pada tahun 2015 adalah pada 184. Murid-murid di atas telah menerima RM100 sebagai hadiah beserta dengan sijil dan pingat,

Tidak cukup dengan itu, murid-murid lain juga berjaya menamatkan larian dalam masa satu jam seterusnya berjaya mendapatkan finisher's medal. Berikut adalah senarai murid kami yang berjaya mendapat finisher's medal.

6 . MUHAMMAD LUTFILLAH BIN MOHD RAMLAN 190
7 . MUHAMAD AFIQ ASYRAF BIN SAPIE 286
8 . MUHAMMAD SAIFUL BIN CHE A RAHMAN 289
9 . MUHAMMAD AZRIN BIN MUSTAFA 524
10 . MUHAMMAD FAIZ HAZIQ BIN ABDUL RAHMAN 658
11 . AFIQ AIMAN BIN MOHD SAAD 663
12 . WAN NUREZRENA NASUHA BINTI WAN RAMLI 229
13 . NUR AISYAH SOFIA BINTI AZMAN 255
14 . ANIS FARISHA BINTI SAIDOM 270
15 . NUR AIN FARISYA BINTI ABDULLAH 353
16 . NUR ALISAH MAISARAH BINTI SAPIE 371
17 . SITI NURULDIANA ALYA BINTI MOHD ROSDI 380
18 . NUR IZZATI BALQIS BINTI IZAMAN 407
19 . AINI NAJWA BINTI AZNAN 408
20 . AINA ADYRIANA BINTI ABU BAKAR 463
21 . NURUL SHATIQA NAJWA BINTI SHAFIE 464
22 . NURUL ASYIRAH BINTI MOHD YUSOF 492
23 . AMIZA NAFISA BINTI AZNAN 495



Manakala peserta ke 24, adik ALLY ISKANDAR FAKRULLOH berjaya menamatkan larian sepanjang 12KM selepas masalah teknikal dalam masa 1 jam 40 minit.

Yang ini pula adalah senarai murid-murid kami dari Tahun 1 yang telah berjaya menamatkan larian sepanjang 3KM


      25. ADIEZUL ASYRAF BIN SUHAIDI
      26. ALEESYA DAMIA BINTI ABU BAKAR
      27. MUHAMMAD BILAL HARIS BIN ABDUL RAHMAN

TAHNIAH diucapkan kepada semua pihak, terutamanya GPK KO SKLT, Encik Afnizam yang bersusah payah mendaftar setiap peserta dan memastikan kelancaran program pada hari ini.

TAHNIAH kepada ibu bapa penjaga atas sokongan kuat terus menerus kepada kami dalam usaha membentuk generasi terhebat. Sanggup bangun awal-awal pagi demi anak-anak kita. Dan hari ini kita telah buktikan, SKLT tidak lagi boleh dipandang remeh, dipandang rendah, dipandang enteng!

TERIMA KASIH kepada semua penyumbang Kelab Murid Lubok Teras, seperti mana yang diketahui, program pembangunan atlet kami ditaja sepenuhnya oleh Kelab Murid SK Lubok Teras.


Saksikan rakaman Larian Jambatan Sultan Mahmud oleh Ustaz Wan Muhd Nur Hisyam di bawah!












Sunday 18 September 2016

SARINGAN 2 LINUS: MENULIS

Untuk makluman ibu-bapa penjaga sekalian, Saringan 2 Linus, Item Menulis akan bermula pada 19 September dan berakhir pada 29 September 2016 . Saringan ini melibatkan semua murid tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3). Saringan akan melibatkan subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik. Oleh itu, mohon jasa baik ibu-bapa penjaga memastikan anak-anak anda hadir ke sekolah sepanjang dua minggu ini.

Ibu-bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Saringan LINUS, boleh lah berjumpa dengan guru kelas atau guru subjek masing-masing. 

LINUS SARINGAN 2

Murid Tahun 1, 2 dan 3
19 September - 29 September 2016

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai LINUS, bolehlah klik pada link di bawah:




Thursday 15 September 2016

ICE-THERAPY SESSION

Hari ini kami rendam atlet-atlet kami dalam ais selepas hampir 2 minggu latihan secara berterusan. Tujuannya bukanlah untuk meningkatkan prestasi, tapi hanya untuk mengurangkan kesakitan. Kami sedar akan latihan yang berterusan ini telah menyebabkan atlet-atlet kami "sore" pada bahagian tertentu badan. Ice-Therapy merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh atlet untuk mengurangkan sore dan kesakitan.









Sunday 11 September 2016

SALAM AIDILADHA

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua, dari kami di SK Lubok Teras. Selamat bercuti dan bersama keluarga, semoga hari bermakna ini memberi seribu pengertian kepada anda dan keluarga.

Kepada anak-anak kami, kami harap anda semua menjaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang cuti ini. Gunakan masa yang ada sebaiknya, dan sekali lagi kami ingin berpesan supaya semua murid perlulah ke Masjid menunaikan solat raya pada hari raya ini.

Gambar lama gotong-royong membuat lemang di SK Lubok Teras, Siap
a ada dalam gambar ni ?

LATIHAN ATLET CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah bulan September telah pun bermula. Kali ini, kami penuhi cuti dengan latihan kepada para atlet sekolah sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Atlet. Latihan ini akan dijalankan selama 6 kali sepanjang cuti ini.









Sunday 4 September 2016

RESTU ILMU 2016

Sehari sebelum melangkah ke medan perang, SKLT dibasahi dengan air mata calon-calon UPSR kami. Anak-anak ini tidak dapat menahan sebak taktala memohon restu dan kemaafan daripada ibu bapa, guru-guru serta seluruh warga sekolah pada hari ini. Pada hari ini kami mengadakan Majlis Restu Ilmu. Majlis ini dimulakan dengan bacaan perutusan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu. Seterusnya, murid-murid diberi set alat-tulis lengkap untuk menghadapi UPSR. Majlis diakhiri dengan sesi bersalaman memohon restu perjuangan dari seluruh warga SK Lubok Teras.
Semoga kejayaan menjadi milik anak-anak hebat ini, demi agama, bangsa dan negara

























Thursday 1 September 2016

MAJLIS SOLAT HAJAT UPSR

Majlis Solat Hajat UPSR 2016 telah selamat diadakan pada hari Khamis, 1 September 2016. Majlis ini diadakan di Masjid Bukit Aman tanda sokongan kuat warga kampung kepada anak-anak SKLT yang akan menghadapi peperiksaan. Majlis kali ini juga turut mendapat kehadiran Penghulu Mukin Hulu Nerus 2. Terima kasih kepada ibu bapa murid tahun 6, AJK PIBG, AJK Masjid, J3K Kampung Bukit Aman dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.