We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Saturday 14 July 2018

KADET SKLT JALANI LATIHAN KHAS PERSEDIAAN KE KEBANGSAAN

Pada 10-13 Julai yang lepas, Nur Ain Farisya, Amiza Nafisa, Nur Asyirah Nadihah, Nur Izzati Balqis dan Nur Alisah Maisarah sedang menjalani latihan persediaan ke Perkhemahan Peringkat Kebangsaan, Latihan tersebut terbahagi kepada dua fasa. Fasa pertama adalah pada 10-11 Julai dan dianjurkan oleh Sekretariat Daerah Setiu, manakala fasa kedua adalah pada 11-13 Julai dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu,

Kadet-kadet SK Lubok Teras telah bermalam selama 3 malam di Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu ketika menjalani latihan fasa 2. Latihan ini termasuklah latihan ikatan, kawad kaki, masakan, hafazan dan lain-lain lagi. Ianya turut disertai oleh 36 kadet-kadet TKRS dan KRS terbaik Negeri Terengganu.










Tuesday 10 July 2018

5 MURID SKLT DIPILIH MEWAKILI NEGERI KE KEBANGSAAN

5 Kadet SK Lubok Teras telah melakar sejarah baru pada tahun ini apabila berjaya dipilih untuk mewakili Negeri Terengganu ke Perkhemahan KRS TKRS Peringkat Kebangsaan di Tangok, Kelantan. Kadet-kadet tersebut adalah:

  1. Sarjan (TKRS) Nur Ain Farisya binti Abdullah
  2. Sarjan (TKRS) Nur Izzati Balqis binti Izaman
  3. Sarjan (TKRS) Nur Alisah Maisarah binit Sapie
  4. Koperal (TKRS) Amiza Nafisa binti Aznan
  5. Koperal (TKRS) Nur Asyirah Nadihah binti Azman 


Pemilihan ini merupakah satu pencapaian baru memandangkan ini adalah bilangan teramai murid SKLT dipilih ke peringkat kebangsaan pada satu-satu masa. Apatah lagi, bilangan ini merupakan bilangan majoriti daripada keseluruhan 9 kadet yang diplih dari seluruh Negeri Terengganu.

Majlis send-off kadet-kadet ini telah diadakan pada jam 12 tengah hari 10 Julai 2018. Majlis kecil-kecilan yang turut dihadiri oleh ibu bapa kadet-kadet tersebut yang turut menyediakan nasi kunyit dan gulai ayam pencen sebagai tanda kesyukuran. Terima kasih ibu bapa sekalian.





Monday 9 July 2018

SYAMIMIE KE UJIAN TID KEBANGSAAN

Nor Syamimie Munirah hari ini melakar satu lagi sejarah baru di SK Lubok Teras apabila beliau menjadi murid pertama yang berjaya melayakkan diri ke Ujian Identifikasi Bakat Sukan atau TID Peringkat Kebangsaan.

Nor Syamimie Munirah yang bertolak pada pagi ini dengan pihak Majlis Sukan Sekolah Terengganu (MSST) akan berkampung di Universiti Putra Malaysia (UPM) Selama 4 hari 3 malam. Beliau akan menjalani pelbagai ujian bagi menguji tahap kecergasan beliau dan kelayakkan beliau untuk ke Sekolah Sukan Malaysia. Buat pengetahuan semua, Syamimie adalah antara hanya 3 murid perempuan dari seluruh Negeri Terengganu yang berjaya melayakkan diri ke ujian ini.

Semoga Nor Syamimie Munirah dapat membuat yang terbaik di sana nanti!


Sunday 8 July 2018

KADET SKLT MELAWAT TAPAK KOROBORI PENGAKAP

Pada 7 Julai 2018, beberapa orang Kadet TKRS SK Lubok Teras telah dibawa ke Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail bagi melawat Tapak Perkhemahan Korobori Peringkat Kebangsaan. Lawatan ringkas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada kadet-kadet SKLT yang terpilih untuk lebih mengetahui mengenai badan-badan beruniform yang lain.









Friday 6 July 2018

NUR AIN FARISYA DINOBATKAN KETUA PLATUN TERBAIK NEGERI

NUR AIN FARISYA hari ini melakar satu lagi sejarah baru di SK Lubok Teras apabila beliau dinobatkan sebagai Ketua Platun TKRS Puteri Terbaik di Negeri Terengganu!. Anugerah itu datang selepas beliau berjaya membawa pasukan TKRS Puteri Daerah Setiu yang diwakili oleh kebanyakkannya murid SK Lubok Teras menjadi johan negeri di Perkhemahan KRS TKRS Peringkat Negeri Terengganu.

Nur Ain Farisya juga mendapat markah yang jauh meninggalkan persaing terdekat beliau dari Dungun dan satu-satunya Ketua Platun yang mendapat pujian para hakim atas kehebatan beliau dalam kawalan litar.

Selepas ini, beliau akan menabur bakti pula sebagai Ketua Platun Negeri Terengganu, meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Aina Adyriana pada tahun lepas. Semoga beliau akan mencipta sejarah pula di peringkat kebangsaan nanti.


LUBOK TERAS BANTU SETIU JOHAN KESELURUHAN PERKHEMAHAN NEGERI



Seperti sudah dijangka, Kontinjen Setiu muncul Johan Keseluruhan dalam Perkhemahan KRS TKRS Peringkat Negeri Terengganu bagi tahun 2018. Walaupun pada asalnya kontinjen Setiu dijangka menghadapi persaingan sengit daripada kontijen Dungun, namun 3 kemenangan dalam kategori kawad kaki terus meletakkan Setiu jauh ke hadapan. Apatah lagi kadet SKLT menyumbang pelbagai kejuaraan antaranya Johan Kawad Kaki TKRS Puteri, Johan Kawad Kaki TKRS Putera dan Ketua Platun Terbaik TKRS Puteri.

Tahniah kami ucapkan kepada seluruh kontinjen Setiu, terutamanya kepada 7 kadet SKLT yang sama-sama membantu menjulang kejuaraan kali ini.

Berikut adalah keputusan penuh :






Thursday 5 July 2018

TKRS SK LUBOK TERAS JOHAN KAWAD KAKI PERKHEMAHAN NEGERI




KEKAL JOHAN KAWAD KAKI PERKHEMAHAN (TKRS PUTERI) BUAT TAHUN KEDUA BERTURUT-TURUT!



AFIQ AIMAN RANGKUL 3 KEJUARAAN! MUNCUL JOHAN KAWAD KAKI PERKEHAMAHAN, JOHAN HAFAZAN DAN JOHAN GERAK WAJA




Perkhemahan KRS TKRS Peringkat Negeri Terengganu kali ini menyaksikan kontinjen Setiu yang majoritinya adalah murid SK Lubok Teras telah mencipta satu lagi kejayaan buat daerah pada tahun ini!. Kadet SK Lubok Teras telah berjaya membantu Kontinjen Setiu menggondol pelbagai kejuaraan dalam kategori Sekolah Rendah.




Kontinjen TKRS Setiu dibarisi oleh 7 orang murid SK Lubok Teras iaitu:




1. Sarjan Nur Ain Farisya

2. Sarjan Izzati Balqis
3. Sarjan Alisah Maisarah
4. Sarjan Fariesa Najwa
5. Koperal Afiq Aiman
6. Koperal Asyirah Nadihah
7. Koperal Amiza Nafisa



PENCAPIAN KADET-KADET SK LUBOK TERAS:




PUTERI:


- Ketua Platun Terbaik (Nur Ain Farisya bt Abdullah)

- Johan Kawad Kaki Perkhemahan

- Naib Johan Kerohanian



PUTERA

- Johan Kawad Kaki Perkhemahan
- Johan Gerak Waja
- Johan Kerohanian


TAHNIAH kami ucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan pada hari ini!








Sunday 1 July 2018

SKLT RANGKUL JOHAN SAHIBBA DAERAH SETIU

Satu lagi pencapaian baru dicipta oleh murid SK Lubok Teras pada hari ini. Nor Syamimie Munirah yang sebelum ini mendapat Naib Johan Sahibba di peringkat zon telah mengejutkan ramai pihak apabila berjaya mencul sebagai Johan di peringkat daerah. Ini merupakan pencapaian tertinggi yang pernah dicapai oleh murid SKLT dalam arena Ko-Akademik Bahasa Melayu.

Nor Syamimie yang mendapat tunjuk ajar daripada Tuan Guru Besar sendiri berjaya mengalahkan 7 peserta terbaik lain yang sama-sama merebut peluang untuk bergelar johan. 

Tahniah diucapkan kepada Nor Syamimie! Beliau akan mewakili daerah ke Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan di SK Pulau Serai, Dungun pada hari esok.