We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Saturday 8 September 2018

SKLT CATAT PENCAPAIAN BARU DI LAJSM 2018

SATU PENCAPAIAN BARU DI LARIAN ANTARABANGSA JAMBATAN SULTAN MAHMUD 2018!!!
31 orang atau 91% murid yang hadir berjaya menamatkan larian dalam masa yang ditetapkan dan membawa pulang pingat!
Penglibatan dan sokongan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa, bilangan keseluruhan ibu bapa murid, bekas murid dan komuniti setempat yang hadir adalah melebihi 70 orang!
Tahniah kepada semua yang menyertai! Sekalung tahniah diucapkan kepada PK Ko, Encik Zairani Mansor yang juga bertindak sebagai pengurus untuk kejohanan kali ini! Tidak lupa juga kepada guru-guru pengiring yang lain terutamanya En Zulfadli, Ustaz Wan Muhd Nur Hisyam, Ustazah Norahan, En Hafiz dan Puan Norazlina Zakaria.
Walaupun SK Lubok Teras sekolah kecil, namun jiwa dan semangat semua pihak menampakkan kemegahan sekolah ini!




Sunday 2 September 2018

KM Dance Team "Princess" Terima Undangan Lagi

Pasukan Tarian Kelab Murid SK Lubok Teras atau lebih dikenali sebagai KM Dance Team "Princess" kali ini mendapat sekali lagi jemputan untuk memeriahkan majlis perkahwinan seorang anak penduduk Kampung Bukit Aman.

Untuk kali ini, pihak tuan rumah telah memilih pakej penuh yang merangkumi bunga maggar, pengiring penganting, pengapit, tarian serta sesi bergambar bersama princess-princess tarian. Majlis utama telah diadakan pada 31 Ogos di rumah pihak perempuan, manakala sesi bergambar bersama pengantin pula diadakan pada keesokkan harinya di sekitar Muzium Negeri Terengganu. 

Pasukan ini telah diuruskan sepenuhnya oleh Encik Hafiz Abdullah dan Puan Rosma Nabila serta dibantu oleh Puan Norhayati Mohamad. 

Terima kasih diucapkan kepada saudari Nurul Nadiah dan pasangan yang sudi menjemput pasukan kami untuk memeriahkan majlis perkahwinan dua mempelai ini. Kami mendaoakan agar pasangan ini dikurniakan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.

Diharapkan juga dengan adanya undangan sebegini dapat meningkatkan lagi keyakinan murid-murid SK Lubok Teras apabila berhadapan dengan orang luar.