We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Monday 31 July 2017

AINA ADYRIANA, AISYAH SOFIA DAN AINI NAJWA KE PERINGKAT KEBANGSAAN



SK Lubok Teras sekali lagi mencipta sejarah baru pada tahun ini apabila Riana, Aisyah dan Aini layak ke Perkhemahan KRS TKRS Peringkat Kebangsaan di Perlis. 3 orang kadet ini menunjukkan prestasi yang amat cemerlang ketika perkhemahan Negeri yang lepas sekaligus melayakkan mereka menjadi 9 yang terbaik dari keseluruhan 72 kadet seluruh Negeri Terengganu.

Ketiga-tiga kadet ini mula menjalani Latihan Pusat Kebangsaan pada hari Rabu 26 Julai sehingga Jumaat 28 Julai di Kem Seri Menerong. Mereka akan bertolak ke Perlis bersama-sama dengan 36 kadet kontinjen Negeri Terengganu dan akan berada di Perlis sehingga 1 Ogos 2017.

Tahniah dan Selamat Berjaya kami ucapkan kepada mereka. Tahniah kepada jurulatih TKRS, Encik Hafiz Abdullah dan seluruh warga kerja SK Lubok Teras atas pencapaian yang amat gemilang ini. 









Wednesday 26 July 2017

SEND OFF KADET KE KEBANGSAAN

SELAMAT BERJUANG AINA ADYRIANA, AINI NAJWA DAN AISYAH SOFIA!!!

Tengah hari tadi, kami sempat mengadakan Majlis Send-Off ringkas untuk 3 kadet TKRS kami yang akan mewakili Negeri Terengganu ke Perkhemahan KRS TKRS Kebangsaan di Perlis. Selepas Nuruldiana dab Amirrudin pada pertengahan tahun lalu, kini giliran Aina, Aini dan Aisyah pula melakar sejarah baru di bumi permata. Mereka menjadikan kami sekolah dengan jumlah kadet teramai dari sekolah yang sama mewakili negeri. Mereka pada 2 minggu lepas telah pun muncul Johan Kawad Kaki TKRS Negeri Terengganu.

Sama-sama kita doakan kejayaan mereka, membawa nama Lubok Teras dipersada kebangsaan!

Monday 24 July 2017

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

Masanya telah tiba! Minggu ini (24-27 JULAI 2017) akan menyaksikan anak-anak kami menghadapi peperiksaan Percubaan UPSR. Peperiksaan percubaan amat penting buat anak-anak kami memandangkan beberapa tajaan dan biasiswa pendidikan mengambil kira keputusa percubaan sebagai tapisan pertama. Kami di SK Lubok Teras dengan ini memohon doa dari kalian untuk sama-sama mendoakan kejayaan anak-anak kami di sini.



Wednesday 19 July 2017

AINI NAJWA CIPTA SEJARAH MUNCUL JOHAN PUBLIC SPEAKING



Hari ini di Karnival Ko-Akademik Bahasa Inggeris Zon Setiu Timur, Aini Najwa binti Aznan telah mencipta sejarah baru apabila muncul Johan Public Speaking ZST. Aini yang membawakan ucapan bertajuk "Personal Safety" telah berjaya memukau juri-juri pertandingan yang memberikan markah dengan perbezaan yang begitu ketara berbanding peserta-peserta lain. Malahan, Aini Najwa juga muncul sebagai satu-satunya peserta yang boleh memberi pengucapan awam secara spontan dengan lengkap ketika sesi "impromptu".

Tahniah kami ucapkan kepada Aini Najwa dan keluarga beliau yang begitu menyokong usaha beliau selama ini. Tidak lupa juga kepada jurulatih beliau, Encik Hafiz Abdullah dan pembantu jurulatih, Encik Zulfadli Ghani. Semoga Aini akan terus cemerlang di peringkat yang lebih tinggi pula.





Sunday 16 July 2017

TKRS JOHAN KAWAD NEGERI DAN NAIB JOHAN KESELURUHAN

Kadet SK Lubok Teras yang dipimpin oleh Leftenan KRS Hafiz Abdullah bersama dengan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu. Pasukan SK Lubok Teras telah mencatatkan pencapaian yang paling cemerlang sepanjang penubuhan TKRS di sekolah dan berjaya membantu Daerah Setiu muncul Naib Johan keseluruhan.

Seramai 5 orang kadet SK Lubok Teras mewakili Daerah Setiu ke Perkhemahan KRS dan TKRS Negeri Terengganu. Perkhemahan selama 3 hari 2 malam itu telah diadakan pada 13 - 15 Julai 2017 bertempat di Kem Sri Gunung, SK Menerong, Hulu Terengganu.

Kadet SK Lubok Teras yang terpilih ialah:

Sarjan (TKRS) Aina Adyriana bt Abu Bakar, 
Sarjan (TKRS) Aini Najwa bt Aznan, 
Sarjan (TKRS) Aisyah Sofia bt Azman 
Sarjan (TKRS) Noraliana Syafika bt Abdullah
Koperal (TKRS) Muhammad Syahmi Hakim bin Mesri

Sarjan Aina telah diberi penghormatan untuk menjadi Ketua Platun TKRS Perempuan manakala Koperal Syahmi pula dilantik sebagai Ketua Platun TKRS Lelaki. Pasukan TKRS kita telah menyertai pelbagai aktiviti antaranya kawad kaki, gajet, masakan dan pandu arah. 

Kadet SKLT telah mebanggakan semua pihak apabila muncul Johan Kawad Kaki TKRS Perempuan, manakala TKRS Lelaki pula merangkul Naib Johan. Tidak cukup dengan itu, pasukan yang disertai oleh kadet kami turut merangkul tempat ketiga dalam gajet serta naib johan dalam masakan rimba.

Saat mendebarkan adalah pada malam kedua perkhemahan dimana seramai 40 kadet dari setiap platun telah diuji secara individu bagi memilih kadet yang layak untuk mewakili Negeri Terengganu ke Perkhemahan KRS dan TKRS Peringkat Kebangsaan. Kadet-kadet kita telah beraksi dengan begitu cemerlang walaupun berada di dalam keadaan letih dan tekanan. Hasilnya, Sarjan Aina, Sarjan Aini dan Sarjan Aisyah telah dipilih sebagai peserta yang akan mewakili Negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan. Mereka juga telah mencipta sejarah apabila SKLT muncul sebagai sekolah dengan bilangan kadet teramai yang akan ke peringkat kebangsaan.

PENCAPAIAN KESELURUHAN:

Johan Kawad Kaki Perempuan
Naib Johan Kawad Kaki Lelaki
Ketiga Gajet Perempuan
Naib Johan Gajet Lelaki
Naib Johan Keseluruhan

Riana, Aini dan Aisyah akan mewakili Negeri ke Kebangsaan
Sekolah dengan bilangan peserta teramai yang akan ke kebangsaan





















Thursday 13 July 2017

LATIHAN PUSAT TKRS KE PERKHEMAHAN NEGERI



Tahniah diucapkan kepada Koperal Muhammad Syahmi Hakim, Sarjan Aina Adyriana, Sarjan Aini Najwa, Sarjan Aisyah Sofia dan Sarjan Noraliana Syafika kerana telah terpilih untuk mewakili Daerah Setiu ke Perkhemahan TKRS KRS Peringkat Negeri Terengganu. Kelima-lima kadet ini telah menempa sejarah baru dalam penubuhan TKRS SK Lubok Teras memandangkan mereka merupakan jumlah teramai kadet SKLT yang pernah mewakili Daerah. 

Mereka berlima mula menjalani latihan pusat yang diadakan di Kem Pejabat Pendidikan Daerah Setiu selama 3 hari bermula 11 - 13 Julai 2017. 

Prestasi cemerlang kadet-kadet SK Lubok Teras juga telah menyebabkan mereka dipilih untuk memasuki kesemua pertandingan yang diadakan, berbanding dengan kadet dari sekolah lain. Malahan, Koperal Syahmi dan Sarjan Aina telah dilantik menjadi Ketua Platun TKS Lelaki dan Perempuan. Mereka berdua juga akan mengetuai pasukan kawad daerah sebagai Squad Leader platun masing-masing.

Semoga kadet-kadet kita akan memperoleh kejayaan di peringkat Negeri nanti. Terima kasih kepada mantan Tuan Guru Besar, Encik Zuhaidi bin Othman atas keprihatinan beliau datang dari jauh semata-mata untuk melawat anak-anak SKLT yang sedang menjalani latihan pusat ini.