We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Monday 30 October 2017

SKLT MUNCUL JOHAN KAWAD KAKI TKRS NEGERI TERENGGANU



Satu lagi kejayaan berjaya dicipta pada hari ini!. Kontinjen Setiu yang diwakili oleh 12 orang kadet SKLT telah berjaya muncul JOHAN KAWAD KAKI NEGERI TERENGGANU! Kontinjen TKRS Lelaki telah mendapat markah sebanyak 59.81% mendahului kontinjen di tempat kedua yang mendapat 59.80%. Manakala, Kontinjen TKRS Puteri mendapat markah yang cukup membanggakan, iaitu sebanyak 69.6% jauh meninggalkan pesaing di tempat kedua yang hanya mendapat 57.8%. Ini telah melayakkan kontinjen Setiu dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan untuk edisi kali ini.

Pertandingan Kawad Kaki KRS TKRS Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 29 Oktober 2017 di Dataran Limbungan, Besut berhampiran SK Permaisuri Nur Zahirah. Pertandingan ini telah disertai oleh kadet-kadet terbaik dari seluruh Negeri Terengganu.

Keadaan hujan yang lebat pada hari pertandingan tidak mematahkan semangat kontinjen Setiu untuk membuat yang terbaik. Kontinjen Putera diketuai oleh Sarjan Syahmi Hakim manakala Kontinjen Puteri pula diketuai oleh Sarjan Aina Adyriana. Sarjan Aina Adyriana juga merupakan ketua kontinjen Puteri TKRS Negeri Terengganu di perkhemahan TKRS Kebangsaan pada Ogos lepas.

Kadet-kadet SK Lubok Teras yang terlibat adalah:


  1. Sarjan TKRS Aina Adyriana binti Abu Bakar
  2. Sarjan TKRS Muhammad Syahmi Hakim bin Mesri
  3. Sarjan TKRS Aini Najwa binti Aznan
  4. Sarjan TKRS Nur Aisyah Sofia binti Azman
  5. Sarjan TKRS Siti Nuruldiana Alya binti Mohd Rosdi
  6. Sarjan TKRS Noraliana Syafika binti Abdullah
  7. Sarjan TKRS Wan Nurnatasha Atiqah bt Wan Ramli
  8. Sarjan TKRS Amirrudin bin Ali
  9. Sarjan TKRS Nur Iman Izzatti Asyiqin binti Aspawi
  10. Koperal TKRS Nur Izzati Balqis binti Izaman
  11. Koperal TKRS Nur Alisah Maisarah binti Sapie
  12. Koperal TKRS Nur Ain Farisya binti Abdullah







Saturday 28 October 2017

KADET SKLT TIDAK KENAL ERTI PENAT LELAH, TERUSKAN LATIHAN KAWAD



TIDAK MENGENAL ERTI PENAT ERTI LELAH, itulah yang dapat digambarkan kepada anda apabila bercakap mengenai kadet-kadet TKRS SK Lubok Teras. Selama 3 hari 2 malam berkampung di PPD Setiu, walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran, tiada langsung riak penat atau mahu putus asa di wajah mereka. Mereka tetap seperti biasa, menunjukkan semangat yang membara, mahu memenangi pertandingan kali ini.

Seramai 12 orang kadet SK Lubok Teras berkampung di PPD Setiu sejak Jumaat 27 Oktober 2017. Walaupun pada ketika itu, mereka baru sahaja selesai dengan Kejohanan Olahraga dan Sukan Tahunan di sekolah, namun mereka tetap bersemangat untuk menjalani latihan di tempat yang jauhnya 60km daripada sekolah mereka.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para sekretariat TKRS dan KRS Daerah Setiu atas kecaknaan anda semua menjaga kebajikan anak-anak kami sepanjang mereka berada di situ. Semoga kadet-kadet ini akan mengharumkan nama sekolah dan PPD Setiu di Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan di Besut pada hari Ahad ini.






INTAN LAKAR SEJARAH EMAS 200M MSST MIMI TERUS RENTAK CEMERLANG PERAK 100M MSST

Intan Shafika melakar sejarah baru dalam dunia olahraga di SK lubok Teras apabila muncul sebagai pemenang pingat Emas acara 200M di Karnival Pembangunan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu. Manakala, Nur Syamimie Munirah meneruskan rentak kecemerlangan beliau apabila sekali lagi berjaya mendapat pingat Perak dalam acara 100M.

Karnival Pembangunan ini telah diadakan pada 26-27 Oktober 2017 bertempat di Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas. Karnival yang dianjurkan oleh JPN Terengganu bersama pihak MSST ini bertujuan mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan pada tahun 2018.

Intan walaupun terpaksa berlari dalam hujan lebat tidak menghalang beliau untuk menonjolkan hasil latihan intensif selama ini. Beliau berjaya mencatatkan masa 29 saat untuk 200M yang merupakan rekod baharu SK Lubok Teras. Nur Syamimie pula terus memperbaiki rekod 100M beliau apabila berjaya mencatatkan masa 14.17 saat, perbezaan 0.10 saat berbanding catatan peribadi terbaik beliau.




Thursday 26 October 2017

LATIHAN BERSAMA RAJA PECUT ASIA TENGGARA


Atlet SK Lubok Teras, Nor Syamimie Munirah dan Intan Shafika hari ini berpeluang mendapat latihan bersama dengan Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan. Mereka berdua telah diberi peluang menyertai Kem Pecut Balapan dan Padang yang dikendalikan oleh Jurulatih Pecut Negara, Mohd Poad Md Kassim. Kem ini telah dianjurkan bersama oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu dan diadakan di Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas.

Apa yang menariknya, adik Nor Syamimie dan Intan Shafika berpeluang membuat latihan secara hands on bersebelahan atlet pecut negara yang lain seperti Badrol Hisyam dan Haiqal Hanafie. Semoga kem ini memberi manfaat jangka panjang kepada mereka berdua.









Monday 23 October 2017

TASHA LAKAR KEJUTAN, PERAK 400M P14 KALAHKAN SEK MENENGAH



Wan Nurnatasha Atiqah, atlet Premier SK Lubok Teras yang kini hampir menamatkan alam persekolahan rendahnya, berjaya melakar satu kejayaan yang cukup membanggakan apabila beliau berjaya mendapat Perak dalam acara 400M P14, menewaskan atlet-atlet Sekolah Menengah yang lain dan hanya kalah dengan atlet Sekolah Sukan Terengganu. Tidak cukup dengan itu, beliau turut mencatatkan rekod peribari terbaru beliau, 74saat. Wan Nurnatasha bertanding dalam kategori sekolah menengah di Karnival Pembangunan Balapan dan Padang MSSD Setiu 2017 yang diadakan di Trek Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas (SSTBN).

Manakala, 2 lagi atlet premier yang turut bertanding, Intan Shafika dan Nor Syamimie Munirah turut berjaya menepati ramalan apabila berjaya mendapat emas dalam 200M P11 dan 100M P11. Intan Shafika turut mencatatkan rekod peribadi terbaru beliau pada masa 31 saat.

Secara keseluruhanya, atlet SK Lubok Teras mencapat 2 Emas dan 1 Perak di Karnival Pembangunan Balapan dan Padang MSSD Setiu kali ini. Kejayaan ini telah menobatkan SK Lubok Teras sebagai Johan Keseluruhan Perempuan Sekolah Rendah bagi kejohanan kali ini.





Saturday 14 October 2017

HARI SUKAN NEGARA DI SK LUBOK TERAS

Hari Sukan Negara di SK Lubok Teras disambut dengan aktiviti Balapan dan Padang. Semua murid dari Tahun 1 - Tahun 6 menyertai aktiviti pada hari ini. Malahan, para ibu bapa dan bekas pelajar turut sama datang ke sekolah untuk menyertai aktiviti yang ada.

Aktiviti dimulakan dengan sesi memanaskan badan menggunakan cara "Dynamic Activation". Murid dibahagikan mengikut rumah masing-masing dengan setiap rumah diketuai oleh seorang atlet premier. Untuk sesi ini, markah turut diambil untuk melihat keseragaman dan disiplin rumah dalam membuat sesi memanaskan badan.

Acara seterusnya ialah Sukantara Tahap 1 100m dan 200m. Mata diberikan kepada murid yang berjaya melepasi masa sasaran. Turut diadakan pada hari ini ialah acara Relay 4x100m tahap 1, 4x200m tahap 1 serta 4x400m Campuran.

Hari ini juga digunakan oleh ibu bapa dan guru untuk menyiapkan tapak rumah sukan SUKTER 2017.







Wednesday 4 October 2017

BANK RAKYAT SUMBANG ZAKAT BERJUMLAH RM5000

Hari ini merupakan hari yang amat bertuah bagi kami apabila pihak Bank Rakyat telah sudi memberi sumbangan berjumlah RM5000 kepada murid-murid SK Lubok Teras. Sumbangan zakat ini merupakan yang pertama pernah diterima oleh pihak sekolah. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada BANK RAKYAT KUALA TERENGGANU di atas sumbangan zakat ini yang semestinya dapat memberi manfaat kepada anak-anak SK Lubok Teras

Jutaan terima kasih juga kepada mantan Guru Besar SKLT, Encik Zuhaidi Othman atas usaha beliau dalam mendapatkan sumbangan kali ini.