Thursday 16 August 2018

SKLT RANGKUL NAIB JOHAN PERTANDINGAN HIP IN MY SCHOOL PERINGKAT KEBANGSAAN

SK Lubok Teras hari ini melakar satu lagi sejarah apabila berjaya mendapat Naib Johan dalam Pertandingan "HIP IN MY SCHOOL: POSTER" Peringkat Kebangsaan. Pertandingan itu telah diadakan sempena Karnival Highly Immersive Programme for English Language (HIP) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama 3 hari di English Language Teaching Centre (ELTC), Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Pertandingan yang disertai oleh 17 buah sekolah daripada 17 buah Jabatan Pendidikan Negeri itu turut menampakkan Lubok Teras sebagai satu-satunya sekolah kurang murid yang dipilih mewakili negeri. SK Lubok Teras mempertaruhkan program yang tidak asing lagi di kalangan ramai iaitu "Movie Night" . Program itu telah berjaya memukau hati para hakim yang terdiri daripada 130 wakil-wakil dari seluruh Malaysia.

Tahniah kami ucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang bakti dalam melakar kejayaan ini.

Pengarah ELTC bersama Timbalan Pengarah ELTC serta wakil syarikat koperat bergambar bersama-sama poster "Movie Night" SK Lubok Teras.


0 comments:

Post a Comment