Thursday 9 August 2018

KADET SKLT KE SUNGAI PETANI, KEDAH


Selamat berjuang kami ucapkan kepada kadet-kadet SK Lubok Teras yang sudah pun bertolak ke Sungai Petani, Kedah. Mereka akan berada di sana selamat 4 hari 3 malam bagi menghadapi Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan. Pertandingan yang akan diadakan pada 10-11 Ogos 2018 itu akan mengumpulkan sejumlah pasukan badan-badan beruniform terbaik di Malaysia dan sama-sama berentap mencari kejuaraan dan berada pada kedudukan 3 terbaik negara.

Kadet-kadet SK Lubok Teras yang mewakili Negeri Terengganu ini telah pun bertolak pada jam 930pagi pada 8 Ogos 2018. Majlis pelepasan dilakukan sendiri oleh Tuan Guru Besar, Encik Mohd Jamka bin Harun di Kem PPD Setiu (Lama).

Kadet-kadet SK Lubok Teras menginap di Sekolah Latihan Asas Kepolisan, Sungai Petani dan diiringi oleh Encik Muhammad Hafiz yang juga Ketua Jurulatih. Selain itu, rombongan yang diketuai oleh Encik Razali Ismail, Penyelia Ko PPD Setiu ini turut dikuatkan lagi dengan kehadiran Tuan PT KRS, Kapten Fazmidar bt Abdullah, Sekretariat KRS, Puan Surayati dan Puan Roslida, Jurulatih KRS Negeri, Encik Wan Zakaria, Encik Haji Suhaimi, Encik Haji Fadhil serta Guru Pengiring, Encik Nizam, Cik Azura dan Encik Syarif. Mereka akan sama-sama menjaga kebajikan dan memastikan kadet-kadet SKLT dan kadet-kadet Negeri Terengganu ini berada dalam keadaan terbaik sebelum pertandingan.

Hari kedua di Sungai Petani menyaksikan latihan diadakan sejak jam 7:30 pagi lagi. Pasukan ini turut mendapat bantuan daripada 2 bekas pelajar SK Lubok Teras ini, iaitu Aina Adyriana dan Aisyah Sofia yang sekarang berada di SMK Pelong. Hari kedua juga menyaksikan mereka berada di Amanjaya Mall bagi membuat latihan di litar sebenar pada sebelah petang.


SELAMAT BERJUANG ANAK-ANAK LUBOK TERAS!
















0 comments:

Post a Comment