Wednesday 15 August 2018

SK LUBOK TERAS CIPTA SEJARAH MUNCUL NAIB JOHAN KAWAD KAKI KEBANGSAAN



Pasukan Tunas Kadet Remaj Sekolah SK Lubok Teras terus terbang tinggi membawa nama sekolah, daerah dan Negeri Terengganu. Kali ini, kadet-kadet Puteri SKLT telah berjaya mengalahkan 16 buah negeri lain apabila muncul Naib Johan dalam kategori TKRS Puteri.

Pasukan Puteri TKRS Negeri Terengganu telah beraksi cemerlang selama 11 mini persembahan. Walaupun terpaksa beraksi dalam keadaan basah kuyup akibat hujan lebat sebelumnya, ia tidak langsung mematahkan semangat puteri-puteri SKLT. Persembahan yang berjaya memukau ramai pihak itu hanya kalah dengan kontinjen tuan rumah, iaitu Kedah atas kelemahan teknikal dan perubahan syarat pada minit akhir.

Tidak cukup dengan itu, pasukan Kadet TKRS Putera juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya meraih tempat ke-4 keseluruhan.

Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan ini telah diadakan pada 8-11 Ogos 2018 bertempat di Amanjaya Mall, Sungai Petani Kedah. Pertandingan ini melibatkan kontinjen daripada seluruh negara dengan lebih daripada 8 kategori dipertandingkan. 

Tahniah kami ucapkan kepada kadet-kadet SK Lubok Teras atas kejayaan ini!.

JUTAAN TERIMA KASIH juga kami ucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama membantu dalam merealisasikan kejayaan ini, terutama kepada pihak Sekretariat KRS/TKRS Daerah Setiu, Pihak Kejurulatihan Sekretariat Negeri Terengganu, para jurulatih daerah dan negeri serta penyelia Ko-Kurikulum Daerah, Ustaz Razali Ismail, Guru Besar dan guru-guru SK Guntong Luar, SK Sungai Lerek, SK Permaisuri, SK Bari (Pantai) dan SK Kg Bukit atas sokongan dan bantuan yang tidak berbelah bagi.












0 comments:

Post a Comment