Thursday 2 August 2018

SKLT NAIB JOHAN AMALAN TERBAIK KAUNSELING PERINGKAT NEGERI TERENGGANU



2 Ogos 2018, SK Lubok Teras hari ini terus menampa nama di peringkat negeri apabila dinobatkan sebagai Naib Johan dalam pertandingan Amalan Terbaik Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Negeri Terengganu.

SK Lubok Teras yang diwakili oleh Encik Muhammad Hafiz telah mebentangkan amalan bertajuk "ACHIEVING THE IMPOSSIBLE: SKLT 6 YEARS TRANSFORMATION PROJECT". Program ini merupakan prorgam yang telah merubah SK Lubok Teras dari sebuah sekolah kecil biasa kepada sekolah yang semakin dikenali ramai sekarang. Pembentangan amalan terbaik SK Lubok Teras telah mendapat tepukan gemuruh daripada penonton, malahan menjadi satu-satunya pembentangan yang mendapat pujian daripada para hakim. 

Pertandingan ini telah menghimpunkan amalan-amalan terbaik dari seluruh Negeri Terengganu. SK Lubok Teras merupakan satu-satunya Sekolah Kurang Murid Gred B yang terpilih ke peringkat negeri. Tempat pertama telah dimenangi oleh SK Tengku Ampuan Intan manakala tempat ketiga pula oleh SK Sultan Sulaiman 1. Pertandingan yang berlangsung selama satu hari ini telah diadakan d Institut Latihan Perindustrian Gong Badak. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ngah bin Bidin, Ketua Sektor Pembangunan dan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Tahniah kami ucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mencapai kejayaan pada hari ini.







0 comments:

Post a Comment