Saturday 28 October 2017

KADET SKLT TIDAK KENAL ERTI PENAT LELAH, TERUSKAN LATIHAN KAWAD



TIDAK MENGENAL ERTI PENAT ERTI LELAH, itulah yang dapat digambarkan kepada anda apabila bercakap mengenai kadet-kadet TKRS SK Lubok Teras. Selama 3 hari 2 malam berkampung di PPD Setiu, walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran, tiada langsung riak penat atau mahu putus asa di wajah mereka. Mereka tetap seperti biasa, menunjukkan semangat yang membara, mahu memenangi pertandingan kali ini.

Seramai 12 orang kadet SK Lubok Teras berkampung di PPD Setiu sejak Jumaat 27 Oktober 2017. Walaupun pada ketika itu, mereka baru sahaja selesai dengan Kejohanan Olahraga dan Sukan Tahunan di sekolah, namun mereka tetap bersemangat untuk menjalani latihan di tempat yang jauhnya 60km daripada sekolah mereka.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para sekretariat TKRS dan KRS Daerah Setiu atas kecaknaan anda semua menjaga kebajikan anak-anak kami sepanjang mereka berada di situ. Semoga kadet-kadet ini akan mengharumkan nama sekolah dan PPD Setiu di Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan di Besut pada hari Ahad ini.






0 comments:

Post a Comment