Sunday 16 July 2017

TKRS JOHAN KAWAD NEGERI DAN NAIB JOHAN KESELURUHAN

Kadet SK Lubok Teras yang dipimpin oleh Leftenan KRS Hafiz Abdullah bersama dengan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu. Pasukan SK Lubok Teras telah mencatatkan pencapaian yang paling cemerlang sepanjang penubuhan TKRS di sekolah dan berjaya membantu Daerah Setiu muncul Naib Johan keseluruhan.

Seramai 5 orang kadet SK Lubok Teras mewakili Daerah Setiu ke Perkhemahan KRS dan TKRS Negeri Terengganu. Perkhemahan selama 3 hari 2 malam itu telah diadakan pada 13 - 15 Julai 2017 bertempat di Kem Sri Gunung, SK Menerong, Hulu Terengganu.

Kadet SK Lubok Teras yang terpilih ialah:

Sarjan (TKRS) Aina Adyriana bt Abu Bakar, 
Sarjan (TKRS) Aini Najwa bt Aznan, 
Sarjan (TKRS) Aisyah Sofia bt Azman 
Sarjan (TKRS) Noraliana Syafika bt Abdullah
Koperal (TKRS) Muhammad Syahmi Hakim bin Mesri

Sarjan Aina telah diberi penghormatan untuk menjadi Ketua Platun TKRS Perempuan manakala Koperal Syahmi pula dilantik sebagai Ketua Platun TKRS Lelaki. Pasukan TKRS kita telah menyertai pelbagai aktiviti antaranya kawad kaki, gajet, masakan dan pandu arah. 

Kadet SKLT telah mebanggakan semua pihak apabila muncul Johan Kawad Kaki TKRS Perempuan, manakala TKRS Lelaki pula merangkul Naib Johan. Tidak cukup dengan itu, pasukan yang disertai oleh kadet kami turut merangkul tempat ketiga dalam gajet serta naib johan dalam masakan rimba.

Saat mendebarkan adalah pada malam kedua perkhemahan dimana seramai 40 kadet dari setiap platun telah diuji secara individu bagi memilih kadet yang layak untuk mewakili Negeri Terengganu ke Perkhemahan KRS dan TKRS Peringkat Kebangsaan. Kadet-kadet kita telah beraksi dengan begitu cemerlang walaupun berada di dalam keadaan letih dan tekanan. Hasilnya, Sarjan Aina, Sarjan Aini dan Sarjan Aisyah telah dipilih sebagai peserta yang akan mewakili Negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan. Mereka juga telah mencipta sejarah apabila SKLT muncul sebagai sekolah dengan bilangan kadet teramai yang akan ke peringkat kebangsaan.

PENCAPAIAN KESELURUHAN:

Johan Kawad Kaki Perempuan
Naib Johan Kawad Kaki Lelaki
Ketiga Gajet Perempuan
Naib Johan Gajet Lelaki
Naib Johan Keseluruhan

Riana, Aini dan Aisyah akan mewakili Negeri ke Kebangsaan
Sekolah dengan bilangan peserta teramai yang akan ke kebangsaan





















0 comments:

Post a Comment