Thursday 13 July 2017

LATIHAN PUSAT TKRS KE PERKHEMAHAN NEGERI



Tahniah diucapkan kepada Koperal Muhammad Syahmi Hakim, Sarjan Aina Adyriana, Sarjan Aini Najwa, Sarjan Aisyah Sofia dan Sarjan Noraliana Syafika kerana telah terpilih untuk mewakili Daerah Setiu ke Perkhemahan TKRS KRS Peringkat Negeri Terengganu. Kelima-lima kadet ini telah menempa sejarah baru dalam penubuhan TKRS SK Lubok Teras memandangkan mereka merupakan jumlah teramai kadet SKLT yang pernah mewakili Daerah. 

Mereka berlima mula menjalani latihan pusat yang diadakan di Kem Pejabat Pendidikan Daerah Setiu selama 3 hari bermula 11 - 13 Julai 2017. 

Prestasi cemerlang kadet-kadet SK Lubok Teras juga telah menyebabkan mereka dipilih untuk memasuki kesemua pertandingan yang diadakan, berbanding dengan kadet dari sekolah lain. Malahan, Koperal Syahmi dan Sarjan Aina telah dilantik menjadi Ketua Platun TKS Lelaki dan Perempuan. Mereka berdua juga akan mengetuai pasukan kawad daerah sebagai Squad Leader platun masing-masing.

Semoga kadet-kadet kita akan memperoleh kejayaan di peringkat Negeri nanti. Terima kasih kepada mantan Tuan Guru Besar, Encik Zuhaidi bin Othman atas keprihatinan beliau datang dari jauh semata-mata untuk melawat anak-anak SKLT yang sedang menjalani latihan pusat ini.

























0 comments:

Post a Comment