Sunday 1 April 2018

LUBOK TERAS KEKALKAN PENGUASAAN DI KEJOHANAN OLAHRAGA MSST, BANTU SETIU MUNCUL JOHAN SEK RENDAH




SEKOLAH KURANG MURID BAWA PULANG 2 EMAS 2 PERAK 1 GANGSA DI KEJOHANAN OLAHRAGA MSS TERENGGANU!
SK Lubok Teras mengulangi kejayaan di pentas olahraga Negeri apabila berjaya membawa pulang 5 pingat MSST. Tidak cukup dengan iti, kontinjen Sekolah Rendah MSSD Setiu dinobatkan sebagai JOHAN KESELURUHAN SEKOLAH RENDAH buat kali kedua berturut-turut. Malahan, apa yang lebih membanggakan, Nor Syamimie Munirah dinobatkan sebagai atlet P12 terbaik Negeri Terengganu! Memenangi acara 100m (Perak) 200m (Emas) dan 4x200m (Emas) kelayakan beliau dinobatkan sebagai atlet terbaik dikalangan murid perempuan sekolah rendah Negeri Terengganu. 
Kami dengan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar, En Mohd Jamka bin Harun atas sokongan kuat selama ini dan juga sepanjang kejohanan berlangsung. Tidak dilupakan kepada barisan pentadbir dan para guru yang menjadi tulang belakang atas kejayaan ini. Jutaan penghargaan kami juha untuk guru, staff dan ibu bapa terutamanya PK Ko En Zairani Mansor, Ustaz Hisyam dan En Zulfadli yang sanggup datang SETIAP HARI memberikan sokongan kepada anak-anak SKLT. Juga kepada komuniti SKLT yang sama-sama bersemangat datang menyokong terutamanya YDP dan NYDP PIBG kita. Malahan, turut tidak dilupakan bekas-bekas guru SKLT, Encik Afnizam dan mantan GB Encik Zuhaidi Othman yang turut datang memberikan sokongan Dan tidak dilupakan, jutaan penghargaan untuk Jurulatih mereka, Encik Khairul Azman atas segala tunjuk ajar yang diberikan.
Semoga anak-anak ini akan terus berjaya di peringkat yang lebih tinggi pula.












Pencapaian SKLT dalam Kejohanan Olahraga Negeri Terengganu:
2 Emas 2 Perak 1 Gangsa
Peserta Terbaik P12 Nor Syamimie Munirah
Emas 200m P12 Nor Syamimie
Emas 4x200m P12
Perak 100m P12 Nor Syamimie
Perak 4x100m P12 Intan Shafika & Nor Syamimie
Gangsa 200m P12 Intan Shafika
Ke-5 80M Lari Berpagar P11 Nur Ain Farisya


KEBANGGAAN KAMI!!!
Koleksi pingat dan piala yang diperoleh oleh atlet kami semasa Kejohanan Olahraga MSS Terengganu 2018 .
Jika tidak salah perkiraan kami, SK Lubok Teras kekal sebagai sekolah rendah dengan bilangan pingat terbanyak untuk temasya kali ini!
Pingat dan piala ini akan dipamerkan di kantin sekolah pada minggu ini bagi memberi inspirasi kepada murid lain untuk turut sama berusaha mengecapi kejayaan.

0 comments:

Post a Comment