Friday 26 January 2018

PASUKAN P12, INTAN & MIMI KEKAL PENGUASAAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD SETIU


Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Setiu telah selamat dijalankan pada 25 Januari 2018. Kejohanan ini diadakan di tempat dan trek yang sama seperti tahun lepas, iaitu di SK LTKP Chalok Barat. 

Kejohanan kali ini menyaksikan Nur Syamimie Munirah dan Intan Shafika, dua orang atlet premier SKLT berjaya mengekalkan Johan dan Naib Johan individu bagi kategori P12. Nur Syamimie dan Intan Shafika masing-masing membuat catatan yang lebih baik berbanding pada tahun lepas. Nur Syamimie mencatatkan masa 21 minit 8 saat berbanding tahun lepas 22 minit 33 saat manakala Intan Shafika menamatkan larian pada 21 minit 11 saat berbanding 23 minit pada tahun 2017. Manakala, atlet pelapis utama SKLT, Nur Ain Farisya mendapat tempat ke-9 dengan catatan masa 23 minit 17 saat. Seorang lagi atlet pelapis utama SKLT, Nur Asyirah Nadihah @ Effa mencipta kejutan apabila berjaya mendapat tempat ke -10 dengan catatan masa 23 minit 19 saat. Ini merupakan pencapaian terbaik effa dan penampilan pertama beliau di kejohanan daerah. Dua lagi atlet P12 SKLT turut membuat Personal Best  apabila berjaya menamatkan larian pada tempat ke-22 (Nur Izzati Balqis) dan ke-23 (Alisah Maisarah).

Walaupun tanpa pasukan asal Running Team SKLT, pasukan P12 masih lagi berjaya mengekalkan Johan Keseluruhan Sekolah Rendah Kategori P12. Malahan, apa yang lebih membanggakan ialah, mata yang diperolehi oleh pasukan SKLT jauh berbeza dengan tempat kedua dan juga dengan johan pasukan L12 sekolah rendah. SKLT selalu Johan P12 mendapat 44 mata berbanding 145 mata yang diperolehi oleh Johan L12. 

Kejohanan kali ini turut menampilkan buat pertama kalinya atlet pembangunan SK Lubok Teras yang terdiri daripada murid-murid Tahun 1, 2, 3 dan 4. Walaupun gagal mendapatkan tempat yang terbaik, namun pendedahan ini penting bagi memberi pengalaman kepada atlet-atlet yang akan menggantikan tempat atlet utama satu hari nanti. Atlet pembangunan yang dipilih adalah, Ally Iskandar Fakrulloh (Tahun 4, 42), Asraf Iskandar Rosli (Tahun 1, 182), Amirul Najmain Aznan (Tahun 2, 183), Ahmad Faris Aqashah (Tahun 2, 225), Muhammad Danish Dinzly (Tahun 3, 226). 

Sekalung penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak atas kejayaan ini terutamanya Tuan GB, Encik Mohd Jamka bin Harun, Guru Penolong Kanan Ko, Encik Mohd Zairani bin Mansor, Pembantu Jurulatih, Encik Ahmad Zaini b Zalik dan Encik Zulfadli Ghani serta jurulatih luar merangkap PT Olahraga Daerah Setiu yang banyak membantu dalam aspek pembangunan atlet di SKLT, Encik Khairul Azman b Adenan.

Keputusan Penuh Atlet SKLT

JOHAN KESELURUHAN P12 - 44 Mata
  • Nur Syamimie Munirah - Johan
  • Intan Shafika - Naib Johan
  • Nur Ain Farisya - 9
  • Nur Asyirah Nadihah - 10
  • Nur Izzati Balqis - 22
  • Nur Alisah Maisarah - 23

L12 - Tempat ke 22/44 Sekolah
  • Ally Iskandar Fakrulloh - 42
  • Muhammad Saiful - 169
  • Asraf Iskandar - 182
  • Amirul Najmain - 183
  • Ahmad Faris Aqashah - 225
  • Danish Dinzly - 226



















0 comments:

Post a Comment