Friday 5 January 2018

MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN BERJALAN LANCAR

Minggu pertama sesi persekolahan 2018 berjalan dengan begitu lancar sekali. Hari pertama persekolahan, Isnin, 1 Januari 2018, kami telah pun menerima kunjungan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Kami juga menerima lawatan daripada Pegawai Perhubungan Sekolah PPD Setiu, Encik Rawaida.

Hari pertama dimulakan dengan murid-murid bersarapan pagi RMT dan juga makanan yang dibawa sendiri untuk murid yang tidak menerima RMT di kantin sekolah. Seterusnya, seperti biasa, pada jam 730 pagi aktiviti murid diteruskan lagi dengan tadarus Al-Quran. GPK Hem, Encik Marzuky turut mengambil kesempatan 10 minit sebelum kelas bermula untuk satu taklimat ringkas bersama murid.

Manakala, bagi murid Tahun 1 pula, tidak ada sebarang masalah timbul sepanjang minggu pertama persekolahan. Konsep "We Are a Family" yang diterapkan dikalangan murid-murid membolehkan adik-adik Tahun 1 ini begitu cepat sekali mengadaptasi diri mereka dengan budaya sekolah. Oleh itu, anda tidak akan dapat melihat ibu bapa murid Tahun 1 menemani anak-anak mereka sepanjang persekolahan seperti sekolah-sekolah lain. Anak-anak di Tahun 1 telah pun diajar berdikari dengan bantuan guru-guru serta senior-senior mereka.

Aktiviti waktu rehat juga berjalan seperti biasa dengan semenjak hari pertama lagi, murid-murid Tahun 6 telah pun mengadakan aktiviti seperti nyanyian, chanting, bacaan war cry sekolah dan lain-lain bersama murid-murid. Murid Tahun 6 dapat mengawal dan memastikan aktiviti-aktiviti ini berjalan dengan lancar.

Kelas KAFA juga telah pun bermula semenjak hari pertama lagi. Waktu tengah hari di SK Lubok Teras dimulakan dengan waktu makan tengah hari, seterusnya disambung pula dengan solat Zohor berjemaah. Murid-murid Tahun 2, 3, 4 dan 5 seterusnya memasuki kelas mengaji yang dikendalikan oleh ustaz dan ustazah KAFA sebelum sesi pembelajaran rasmi bermula jam 230 petang. Waktu pulang pula menyaksikan anak-anak seperti biasa menggunakan 15 mini terakhir untuk sesi pembersihan kelas, sebelum sama-sama mengerjakan solat Asar berjemaah,

Latihan Balapan dan Padang bagaimanapun tidka dapat dijalankan sepenuhnya pada minggu ini memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
















0 comments:

Post a Comment