Thursday 11 May 2017

KARNIVAL KESIHATAN KOSPEN


Pada Rabu, 10 Mei yang lepas, SKLT sekali lagi telah dipilih sebagai venue untuk Karnival Kesihatan Sepanjang Hayat anjuran Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Bukit Aman. Karnival ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai penjagaan kesihatan. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang karnival, antaranya senaman aerobik, sukaneka, cabutan bertuah, pemeriksaan kesihatan, pameran aedes dan denggi, penerangan mengenai tabung PTPTN SSPN-i serta pelancaran komuniti bebas asap rokok. 

Majlis telah dirasmikan oleh ADUN Langkap, YB Dato' Haji Sabri bin Hj Mohd Noor. Dalam ucapan perasmian beliau, beliau sempat menyelitkan pujian yang amat tinggi terhadap anak-anak SK Lubok Teras. Beliau mendedahkan bagaimana anak-anak SK Lubok Teras, walaupun jauh di pedalaman,namun diberi tunjuk ajar menggunakan silibus sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah premier. Hasilnya, beliau mengatakan anak-anak SKLT mempunyai daya keyakinan yang amat tinggi, berdisiplin dan tampak begitu hebat berbanding sekolah biasa. Pihak KOSPEN dan Pejabat Kesihatan turut melemparkan pujian atas disiplin yang tinggi ditunjukkan oleh murid-murid SKLT sepanjang karnival. 

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang disediakan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.



















0 comments:

Post a Comment