Thursday 2 March 2017

SEKOLAH KECIL MUNCUL JOHAN KESELURUHAN BALAPAN & PADANG MSSD SETIU

PENCAPAIAN LUAR BIASA!

SK LUBOK TERAS MUNCUL JOHAN KESELURUHAN, CATAT PENCAPAIAN LUAR BIASA DI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD SETIU,



Siti Nuruldiana Alya - Emas 100m, Emas Lompat Jauh (RBK)
Nur Syamimie Munirah - Emas 100m (RBK), Emas Lompat Jauh (RBK), Peserta Terbaik P11
Amirrudin Ali - Perak Lompat Jauh, Perak 80M Berpagar (RBK)
Wan Nurnatasha Atiqah - Emas 200m
Nur Iman Izzatti Asyiqin - Perak 200m
Intan Shafika - Perak 100m

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Setiu 2017 menyaksikan atlet SK Lubok Teras berjaya meraih 5 Emas, 4 Perak serta berjaya memecahkan 4 rekod kejohanan dan dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi kategori sekolah rendah. Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari di SMK Bukit Nenas itu menyaksikan seramai 6 atlet utama dan 4 atlet pelapis dihantar untuk menyertai pertandingan.

Emas pertama telah diperoleh oleh Atlet Premier sekolah, saudari Siti Nuruldiana Alya melalui acara Lompat Jauh Perempuan 12. Nuruldiana telah mengejutkan semua pihak apabila berjaya membuat lompatan dengan jarak 4.24m seterusnya mencipta rekod baru kejohanan MSSD. Manakala, di venue sebelah, adik Nur Syamimie Munirah memecahkan rekod lompat jauh yang dicipta oleh Nuruldiana pada tahun lepas dengan jarak 3.79m seterusnya merangkul emas kedua kontinjen.

Hari pertama juga menyaksikan Nuruldiana dan Nur Syamimie sekali lagi mencipta kejutan apabila berjaya merangkul emas ketiga dan keempat melalui acara 100M P11 dan 100M P12. Nur Syamimie juga berjaya mencipta rekod baru kejohanan dalam acara tersebut dengan catatan masa 15.12saat. Nuruldiana juga mengejutkan semua pihak melalui catatan masa 14.65 saat yang hampir menyamai rekod Azreen Nabila pada tahun 2012 iaitu 14.30 saat. Azreen Nabila merupakan atlet Malaysia yang diiktiraf sebagai pelari pecut terpantas di Asia Tenggara.

Amirrudin Ali juga tidak ketinggalan menyumbang pingat kepada kontinjen sekolah melalui acara Lompat Jauh dan 80M Berpagar. Beliau berjaya meraih pingat Perak dalam kedua-dua acara. Amirrudin juga telah berjaya mencipta sejarah baru apabila berjaya memecahkan rekod 23 tahun dalam acara 80M Lari Berpagar apabila mencatatkan masa 13.40 saat ketika saringan separuh akhir. Ini telah melayakkan beliau diiktiraf sebagai Peserta Terbaik L12 Kejohanan. Nur Syamimie pula diiktiraf sebagai Peserta Terbaik P11.

Hari kedua juga menyaksikan Wan Nurnatasha dan Nur Iman Izzatti mengagumkan ramai pihak apabila berjaya merangkul Emas dan Perak dalam acara 200m. Kedua-dua mereka berjaya menjarakkan diri dengan peserta ketiga dengan jarak yang amat signifikan.

Keseluruhan, kontinjen SK Lubok Teras telah mendapat pujian ramai pihak apabila berjaya mencipta sejarah baru di Setiu dengan menjadi SKM pertama di dalam sejarah Negeri Terengganu yang berjaya mendapat Johan Keseluruhan dalam Balapan dan Padang MSSD.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua atlet yang bertanding. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat, terutama Encik Khairul Azman, Jurulatih Separuh Masa dan juga PK Ko SK Kg Bukit yang telah banyak membantu atlet-atlet kami dalam latihan sebelum ini. Coach Khairul Azman juga merupakan jurulatih Amirrudin Ali dalam acara 80M Lari Berpagar.

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar, Encik Zuhaidi Othman atas sumbangan dana yang begitu banyak untuk program atlet kali ini, juga kepada Penyelia Sukan Daerah, Tuan Khalil atas sumbangan spike kepada anak-anak atlet kami, para ibu bapa dan penjaga atas sumbangan tenaga, wang, masa dan komitmen, para penyumbang Kelab Murid SKLT terutama saudara Amir Fadhli, saudara Anaqi Amran, saudari Izzah Farhani atas sumbangan kepada Program Pembangunan Atlet kami, para guru yang bekerjasama memastikan latihan dan kejohanan serta pengurusan atlet berjalan dengan lancar, PK Ko, Encik Zairani Mansor, dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak.

Semoga lebih banyak kejayaan akan diperoleh selepas ini.


Phorographer Cilik! SKLT ditugaskan untuk membuat dokumentasi kejohanan dan kami gunakan peluang ini untuk mengajar murid-murid serba sedikit mengenai fotography.

Nuruldiana selepas upacara penyampaian pingat acara 100m


Selesai hari pertama! Atlet Utama Sekolah, dari kiri, Nuruldiana Alya, Aini Najwa, Intan Shafika, Wan Nur Natasha dan Nur Syamimie

Chaperone/Pembantu Atlet/Pengurus Cilik sepanjang kejohanan. Mereka adalah tulang belakang kepada kejayaan kali ini. Terima kasih Aina Adyriana, Aini Najwa dan Aisyah Sofia.












1 comment: