Tuesday 21 February 2017

RUNNING TEAM MUNCUL JOHAN MERENTAS DESA, KUASAI TEMPAT 1-4 INDIVIDU


RUNNING TEAM LUBOK TERAS TERUS MENCIPTA SEJARAH!

Hari ini, pasukan Running Team SK Lubok Teras mengekalkan penguasaan mereka sebagai pelari long-distance terpantas di Daerah Setiu apabila berjaya menguasi empat tempat teratas di Kejohanan Merentas Desa MSSD Setiu 2017.

Kejohanan yang diadakan di SK LKTP Chalok Barat itu telah mendapat penyertaan daripada 44 buah sekolah rendah dari seluruh Daerah Setiu dengan bilangan penyertaan mencecah 176 peserta untuk kategori P12. Kejohanan telah dimulakan seawal jam 8:30 pagi dengan pelepasan dilakukan sendiri oleh Tuan Haji Kipayatu Allah bin Dato' Ahmad Said, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu.

Keempa-empat pelari SKLT, iaitu Nur Iman Izzatti, Wan Nurnatasha Atiqah, Intan Shafika dan Nur Syamimie Munirah telah bermula dengan baik sekali dan telah mendahului peserta-peserta lain semenjak awal pertandingan lagi.

20 Minit selepas dilepaskan, Nur Syamimie mendahului peserta lain dengan diikuti rapat oleh Intan Shafika, Nur Iman Izzatti dan Wan Nurnatasha Atiqah. Mereka berempat telah berjaya mengekalkan kedudukan itu sehingga ke penamat tanpa memberi peluang langsung kepada peserta lain untuk mendahului.

Dengan itu, pasukan SK Lubok Teras telah dinobatkan sebagai pasukan terbaik kategori P12 dan ramai pihak amat teruja dengan kejayaan ini. Semoga pasukan ini akan mencipta lebih banyak kejayaan pada tahun ini.

KEPUTUSAN KESELURUHAN:

JOHAN - NUR SYAMIMIE MUNIRAH BT IDHAM HALIMI
NAIB JOHAN - INTAN SHAFIKA BT ABDULLAH
KETIGA - NUR IMAN IZZATTI ASYIQIN BT ASPAWI
KEEMPAT - WAN NURNATASHA ATIQAH BT WAN RAMLI











0 comments:

Post a Comment