Monday 16 May 2016

HARI GURU DISAMBUT MERIAH

Sambutan Hari Guru 2016 disambut dengan begitu meriah sekali di SK Lubok Teras. Sambutan ini dikelolakan oleh AJK PIBG bersama ibu bapa penjaga dan juga AJK Kelab Murid SK Lubok Teras. 

Sambutan kali ini dimulakan dengan upacara menyambut guru di pintu pagar sekolah. Tradisi saban tahun ini dikelolakan sepenuhnya oleh AJK Kelab Murid kami. Acara seterusnya adalah Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin yang turut disertai oleh Encik Shansudin bin Ahmad, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Setiu. Dalam ucapan ringkas beliau, Encik Shansudin menyatakan rasa kagum beliau terhadap pencapaian cemerlang murid-murid SKLT semenjak akhir-akhir ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para guru atas usaha gigih memajukan anak-anak kampung.

Program seterusnya adalah Sukaneka Hari Guru yang disertai oleh guru-guru, ibu bapa, para pekerja swasta SKLT dan semua hadirin yang hadir. Sukaneka ini merupakan bukti betapa eratnya hubungan komuniti di SK Lubok Teras.

Acara kemuncak adalah sambutan di dewan SKLT. Dewan tahun ini dihias dengan begitu cantik sekali oleh AJK Kelab Murid. Acara dewan ini juga dikelolakan hampir 100% oleh AJK Kelab Murid SKLT.

Terima kasih ibu bapa, PIBG sekalian, menganjurkan sambutan Hari Guru untuk kami. Terima kasih atas banner di pintu pagar yang sangat cantik. Terima kasih atas gulai ayam kampung yang sangat sedap. 

Terima kasih Kelab Murid Lubok Teras yang sama-sama menganjurkan Sambutan Hari Guru. Terima kasih kerana sanggup stay di sekolah dari pagi sampai ke tengah malam menyiapkan dewan. Tak banyak rasanya sekolah rendah di Malaysia ni yang mana hiasan dewan hampir 100% hasil kerja murid, sambutan hari guru pula 70% dikendalikan oleh murid.

Terima kasih atas penghargaan yang begitu tinggi kepada kami. InshaAllah, anak-anak SKLT akan menjadi manusia hebat suatu hari nanti








0 comments:

Post a Comment