Tuesday 23 February 2016

PERARAKAN APRESIASI KO-KURIKULUM

Hari ini kami adakan Perarakan Apresiasi Ko-Kurikulum. Perarakan kami bukan perarakan biasa, tapi kami berkawad di kampung murid-murid ini. Kami gunakan peluang ini untuk masyarakat sekitar melihat sendiri kecemerlangan anak-anak mereka dalam badan beruniform.

Bukan setakat itu sahaja, kami adakan persembahan kawad kaki bagi menonjolkan kemahiran anak-anak ini. Malah, anak-anak ini juga telah menghabiskan masa selama satu jam bergotong-royong membersihkan Masjid Kampung Bukit Aman bersama-sama dengan ibu-bapa, JKKK dan penduduk sekitar. Matlamat kami, kami mahi aktiviti ko-kurikulum di sekolah dimasyarakatkan dan lebih banyak penglibatan oleh komuniti setempat, demi kecemerlangan anak-anak ini.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak terutamanya PIBG SK Lubok Teras dan juga Pengerusi J3K Kampung Bukit Aman yang telah memberikan kerjasama dengan baik sekali.

Tahukah anda, walaupun SKLT sebuah sekolah yang kecil, tetapi kami mempunyai bilangan kadet berpangkat Koperal teramai di daerah Setiu.








0 comments:

Post a Comment