Friday 5 February 2016

INTAN TERUS HARUM NAMA SEKOLAH

Hari ini adalah hari Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Terengganu. Selain daripada bertugas sebagai Urusetia Hadiah, SKLT juga ada wakil tersendiri, iaitu adik Intan Shafika yang merupakan Naib Johan Daerah. Adik Intan Shafika telah mengejutkan ramai pihak kerana walaupun baru berusia 10tahun, beliau telah berjaya merangkul tempat ke 12 daripada 48 peserta dari seluruh pelusuk negeri. Kejayaan ini juga telah memungkinkan Daerah Setiu untuk dinobatkan sebagai Tempat ke-3 Keseluruhan Merentas Desa Negeri Terengganu.

Siapa sangka, di awal tahun begini, SKLT sudah mampu mencipta nama di peringkat negeri. Kami yakin, dengan usaha dan semangat yang tinggi, lebih banyak kejayaan dan sejarah akan dapat dicipta pada tahun ini.

Tahniah kepada adik Intan Shafika dan semoga menjadi inspirasi kepada ahli keluarga yang lain di SK Lubok Teras.


Intan Shafika dan pasukan Setiu bergambar dengan Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu serta Ketu Pegawai Pendidikan Daerah Setiu ketika majlis penutup Kejohanan Merentas Des Peringkat Negeri Terengganu.

0 comments:

Post a Comment