Monday 4 January 2016

Murid Cemerlang 2015 Singgah di Sekolah

Saudari Aina Nabila dan Alia Nabila, dua pelajar cemerlang kami tahun lepas singgah ke sekolah untuk berjumpa dengan guru-guru memohon restu sebelum pergi mendaftar diri di sekolah masing-masing. Mereka berdua juga sempat mengadakan sesi soal jawab dan motivasi ringkas kepada adik-adik mereka di SK Lubok Teras.

Saudari Aina Nabila akan menyambung pelajarannya di SM Imtiaz Yayasan TerengganuSetiu manakala Alia Nabila akan ke SBP Integrasi Tun Abdul Razak (InSTAR) Pekan. Pada hari ini juga kami menerima khabar gembira apabila seorang lagi murid kami berjaya ditempatkan di sekolah kawalan Agama Negeri Terengganu. Ini menjadikan 40% daripada lepasan SK Lubok Teras 2015 berjaya menerima tawaran dari sekolah-sekolah kawalan.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya guru-guru SKLT lah yang sentiasa berusaha memastikan anak-anak didik mendapat pendidikan yang cemerlang di sekolah-sekolah terpilih apabila mereka tamat tahun 6. Ya, perjuangan kami tidak terhenti selepas keputusan UPSR, malahan, kami sentiasa bekerja memastikan lepasan SKLT akan mendapat tempat di sekolah-sekolah kawalan yang hebat. Oleh itu, tidak mustahil jika anda melihat guru-guru kami mengisi borang-borang pemohonan, membawa anak-anak murid ke temuduga dan ujian kemasukan serta sentiasa bersedia membantu mereka menyelesaikan hal-hal pesediaan kemasukan ke sekolah menengah dengan kerjasama erat ibu bapa mereka.

Inilah sekolah kami, walaupun kecil, namun harapan dan impian kami untuk anak-anak ini, amatlah besar.




0 comments:

Post a Comment