Friday 1 January 2016

1 Januari 1985

1 Januari 1985 - 1 Januari 2016. maka genaplah sudah 31 tahun SKLT ditubuhkan. 

Sekarang kita sudah pun memasuki tahun ke 32.

Jom kita imbas kembali, apa yang berlaku pada hari pertama pembukaan SK Lubok Teras, 31 tahun yang lepas. Catatan bersejarah ini telah ditulis oleh Guru Besar pertama SK Lubok Teras, En Abdul Rahman @ Jusoh Bin Chik.

1 Januari 1985

1. Hari ini sekolah mula dibuka. Semua guru-guru yang diarahkan bertukar ke sekolah ini telah hadir melaporkan diri, kecuali seorang.

2. Kerana sekolah ini sekolah baru, keadaan kawasannya adalah semak-samun dengan rumput lalang dan anak-anak kayu. Bagi mengatasi keadaan ini, pihak Ibu Bapa dari Kampung Bukit Aman dan Bukit Lawang yang anak-anak mereka bersekolah di sini telah keluar beramai-ramai bergotong-royong menebas kawasan sekolah yang berhampiran dengan bangunan sekolah sahaja. DI samping itu membawa kenduri doa selamat bagi sempena upacara pembukaan sekolah baru.

3. Sambutan dari ibu bapa sangatlah baik. Mereka terpaksa tinggalkan kerja seharian mereka untuk dating beramai-ramai bagi membersihkan kawasan sekolah dari semak-samun. Saya bagi pihak sekolah ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama dari ibu-bapa terutamanya atas daya usaha Ketua Kampung, Abu Bakar bin Said yang telah memainkan penting dalam menjayakan perkara ini.

4. Sekolah tidak belajar lagi kerana kerja membersihkan kawasan berlarutan sehingga jam 11 pagi dan selepas itu, dijalankan pendaftaran masuk murid-murid mengikut darjah-darjah masing-masing dan menyusun bilik darjah.


0 comments:

Post a Comment