Saturday 28 November 2015

Tokoh Ko-Kurikulum 2015: Nurizzati binti Izaman

Sedikit latar belakang penerima anugerah Tokoh Ko-Kuriukulum 2015 kami, adik Nurizzati binti Izaman.

Beliau dilahirkan pada 27 Februari 2003, dan merupakan anak sulung kepada pasangan En Izaman & Pn Nor Narawati. Teriak nangis permata sulung kedua mempelai ini kedengaran pada jam 1.35 petang di Hospital Besar Kuala Terengganu.

Anak comel ini asalnya begitu kecil jika dibandingkan dengan rakan-rakan seusianya, namun terus membesar menjadi seorang anak yang begitu aktif dalam bidang sukan dan kokurikulum. Beliau kerap kali dipilih mewakili sekolah dalam pelbagai bidang sukan dan badan beruniform. Beliau juga merupakan Kapten Pasukan Bola Jaring dan Bola Baling sekolah yang telah membawa pasukan sekolah mendapat Naib Johan Zon. Ketiadaan beliau dalam pasukan pada tahun hadapan akan menjadi satu kehilangan besar kepada pasukan ini. Selain daripada itu, beliau kerap menjadi wakil dalam acara larian seperti Merentas Desa Daerah, Larian Jambatan Sultan Mahmud, Kuartet 4x4 Sekolah dan lain-lain. Pada awal tahun ini, beliau berjaya membawa pasukan merentas desa perempuan memenangi tempat ketiga keseluruhan Kejohanan Merentas Desa Daerah, mengalahkan 40 sekolah yang lain.

Pada tahun ini, beliau mencipta sejarah apabila menjadi peserta pertama di sekolah dipilih mewakili daerah Setiu dalam badan beruniform. Beliau terus mengharumkan nama sekolah apabila mendapat Johan dalam Perkhemahan Badan Beruniform peringkat Negeri Terengganu dan kemudiannya menempa sejarah apabila dipilih mewakili Negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan seterusnya menjadi wakil pertama SK Lubok Teras di peringkat kebangsaan sepanjang 30 tahun penubuhan sekolah. Jasa dan bakti beliau telah melayakkan beliau dipilih sebagi salah seorang penerima Anugerah Ko-Kurikulum Daerah Setiu.

Memperkenalkan kepada ramai, penerima, Anugerah Tokoh Ko-Kuriklum Sekolah Kebangsaan Lubok Teras 2015, Nurizzati binti Izaman.

Sekalung penghargaan dan tahniah kami ucapkan kepada Encik Izaman bin Abdullah dan Puan Nor Narawati binti Mat Hassan atas pencapaian cemerlang anak ini. Terima kasih kerana telah banyak mengharumkan nama sekolah di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan.






1 comment: