Wednesday 25 March 2015

Nurizzati ke Kebangsaan

Pihak sekolah ingin menyampaikan sekalung penghargaan dan tahniah kepada Koperal (TKRS) Nurizzati binti Izaman atas pemilihan beliau untuk mewakili Negeri Terengganu ke Perkhemahan Badan Beruniform dan TKRS Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang.

Nurizzati dipilih selepas bersama-sama mewakili kontinjen Setiu dengan Nur Sahira di peringkat negeri baru-baru ini. Beliau juga telah berjaya mendapat Johan Ikatan peringkat negeri yang seterusnya menyaksikan kontinjen Setiu dipilih sebagai Johan Keseluruhan.

Pemergian Nurizzati ke peringkat Kebangsaan merupakan sejarah besar bagi Sekolah Kebangsaan Lubok Teras kerana ini merupakan kali pertama sepanjang sejarah penubuhan sekolah, kami berjaya menghantar wakil ke peringkat kebangsaan.

Satu majlis send-off kecil-kecilan telah diadakan pada hari ini oleh Kelab Murid SK Lubok Teras. Murid-murid mengambil peluang ini untuk memberi ucapan dan kad kata-kata semangat kepada Nurizzati.

Kami pihak sekolah ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Nurizzati dan diharapkan agar beliau dapat mengharumkan nama Terengganu dan juga nama sekolah di peringkat kebangsaan nanti.





0 comments:

Post a Comment