Sunday 2 September 2018

KM Dance Team "Princess" Terima Undangan Lagi

Pasukan Tarian Kelab Murid SK Lubok Teras atau lebih dikenali sebagai KM Dance Team "Princess" kali ini mendapat sekali lagi jemputan untuk memeriahkan majlis perkahwinan seorang anak penduduk Kampung Bukit Aman.

Untuk kali ini, pihak tuan rumah telah memilih pakej penuh yang merangkumi bunga maggar, pengiring penganting, pengapit, tarian serta sesi bergambar bersama princess-princess tarian. Majlis utama telah diadakan pada 31 Ogos di rumah pihak perempuan, manakala sesi bergambar bersama pengantin pula diadakan pada keesokkan harinya di sekitar Muzium Negeri Terengganu. 

Pasukan ini telah diuruskan sepenuhnya oleh Encik Hafiz Abdullah dan Puan Rosma Nabila serta dibantu oleh Puan Norhayati Mohamad. 

Terima kasih diucapkan kepada saudari Nurul Nadiah dan pasangan yang sudi menjemput pasukan kami untuk memeriahkan majlis perkahwinan dua mempelai ini. Kami mendaoakan agar pasangan ini dikurniakan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.

Diharapkan juga dengan adanya undangan sebegini dapat meningkatkan lagi keyakinan murid-murid SK Lubok Teras apabila berhadapan dengan orang luar.

















0 comments:

Post a Comment