Tuesday 13 February 2018

SOKONGAN KUAT KOMUNITI HASILKAN KEJAYAAN



Sesuatu yang mungkin sukar untuk dicari di semua sekolah, namun kami mampu melakukannya.
Hari ini anak-anak SK Lubok Teras sekali lagi melakar sejarah apabila muncul JUARA BERTAHAN dalam arena Bola Baling di peringkat zon. Sekolah dengan hanya 59 murid bersaiz kecil berjaya mengalahkan sekolah-sekolah yang lebih besar dan menjadi Johan 2 tahun berturut-turut. Mengharungi kesemua 7 perlawanan tanpa kalah, dengan 48 jaringan gol bukanlah highlight kali ini. Namun apa yang lebih membanggakan adalah melihat begitu hebatnya komuniti SK Lubok Teras bergabung tenaga menyokong anak-anak SKLT pada kali ini. Lihatlah betapa ramainya ibu bapa SK Lubok teras yang hadir ke SK Sungai Tong, sanggup meninggalkan tugasan harian mereka, mengambil cuti daripada bekerja semata-mata untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Malahan, ada juga yang mungkin anaknya belum lagi bermain dalam pasukan utama tetapi turut serta datang memberikan sokongan. Tidak terkecuali, bekas-bekas murid SKLT yang sebahagiannya turut menjalankan tugas sebagai pembantu jurulatih, mengorbankan masa cuti daripada pengajian mereka membantu adik-adik berlatih setiap hari.
Warga Kampung Bukit Aman dan Bukit Lawang sememangnya sangat hebat. Kami mungkin tidak pernah memenangi anugerah PIBG terbaik peringkat negeri atau kebangsaan, tetapi, bagi kami, inilah komuniti terbaik yang perlu diberikan contoh dalam dunia pendidikan di MALAYSIA!.

0 comments:

Post a Comment