Wednesday 25 January 2017

PAJSK di SK Lubok Teras



Pada 24 Januari yang lepas, kami telah mengadakan satu perjumpaan khas dengan murid-murid bagi membuat pengemaskinian fail rekod PAJSK mereka.

Di SK lubok Teras, kami sentiasa memastikan murid tahu prestasi semasa mereka, bukan setakat dalam bidang akademik, malahan juga dalam bidang ko-kurikulum. Guru kami menyediakan borang khas bagi pengisian PAJSK secara manual oleh murid-murid sendiri, supaya mereka tahu dimana kedudukan mereka dan apa yang perlu mereka buat untuk perbaiki prestasi mereka. Seperti mana yang ditekankan dalam konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah,  iaitu konsep "Tahu Prestasi Saya".

Setiap tahun juga, kami akan mengadakan perjumpaan khas bersama ibu bapa dalam kumpulan kecil bagi memberi penerangan mengenai PAJSK. Bukan setakat itu juga, kami turut menyediakan ruang untuk sama-sama berbincang dengan ibu bapa aspek mana yang anak-anak mereka akan kuasai, samada Unit Beruniform, Sukan dan Permainan atau Kelab dan Persatuan. Biasanya, kami akan memberi rekomendasi supaya setiap murid di SK Lubok Teras mempunyai dua aspek yang mereka boleh kuasai. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai PAJSK, bolehlah klik link di bawah.


0 comments:

Post a Comment