Pada 22-24 Oktober
2013 telah diadakan satu Perkhemahan Tahunan Tunas
Kadet Remaja Sekolah bertempat di Sekolah kebangsaan Lubok Teras, Setiu
Terengganu. Perkhemahan ini diadakan selama 3 hari 1 malam. Jumlah peserta
yang terlibat dalam perkhemahan ini adalah seramai 27 orang pelajar yang terdiri daripada 15
orang pelajar perempuan dan 12 orang pelajar lelaki yang merupakan pelajar
tahun 3, 4, 5 dan tahun 6. Jumlah guru yang terlibat pula adalah seramai
13 orang.
Rasional
dijalankan perkhemahan kali ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman
baru kepada para pelajar dalam menjalani aktiviti-aktiviti secara berdikari dan
berkumpulan disamping memantapkan mental dan fizikal pelajar seiring dengan
hasrat 6 Tunjang Kemenjadian Murid oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya
juga bertujuan untuk memberi peluang kepada murid yang layak bagi dinaikkan
pangkat ke Lans Koperal TKRS.
Berikut adalah
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh para pelajar sepanjang perkhemahan
diadakan.
HARI PERTAMA: SELASA (22 OKTOBER 2013)
Masa: 8:30pagi – 9:30pagi
Taklimat
dan Pemasangan Khemah
- Semua
pelajar yang terlibat dengan aktiviti perkhemahan berkumpul di dataran
perhimpunan sekolah bagi mendengar taklimat ringkas sebelum dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan kecil.
- Taklimat
itu telah diberi oleh Kem Komanden iaitu Encik Mohd Firdaus b Bakar dibantu
oleh penyelaras unit beruniform, En Muhammad Hafiz bin Abdullah. Pelajar telah
diberikan kumpulan kecil dan khemah satu bagi setiap kumpulan.
- Pelajar
kemudianya diberi taklimat cara-cara memasang khemah oleh En Marzuky b Mohd,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
- Pelajar
memasang khemah yang diberi dalam kumpulan masing-masing dengan dibantu oleh
guru-guru penasihat
Masa: 9:45pagi – 11:30pagi
Pembinaan
Tapak serta Kawasan Perkhemahan
- Pelajar
bergerak ke padang untuk membina tapak perkhemahan menggunakan bahan-bahan
semulajadi seperti rotan dan kayu.
- Guru
penasihat membantu pelajar membina dan membersihkan tapak kawasan perkhemahan.
- Pelajar
meletakkan khemah yang telah siap dipasang di kawasan perkhemahan
masing-masing.
Masa: 11:30 – 12:30
tengah hari
Pelajar
pulang ke rumah masing-masing bagi mengambil kelengkapan diri
Masa: 12:30 tengah
hari – 2:00 petang
Pendaftaran
dan Aktiviti Kerohanian
Masa: 2:30 petang –
3:30 petang
Pembentukkan
Identiti dan Ketatanegaraan
Masa: 3:30 petang –
4:30 petang
Bantu
Mula
· Masa: 4:30 petang – 5:00 petang
Solat
Asar dan Minum Petang
Masa: 5:00 petang – 6:15 petang
Latihan
Kawad
- Latihan
kawad dimulakan dengan taklimat ringkas oleh En Mohd Firdaus b Bakar.
- Latihan
yang dijalankan termasuklah asas pergerakkan serta berjalan.
- Pelajar
kemudian diberikan masa untuk berlatih dalam kumpulan kecil dengan dibantu oleh
guru-guru penasihat.
- Pada
akhir sesi, pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
HARI KEDUA: RABU (23 OKTOBER 2013)
Masa: 7:30pagi – 8:00pagi
Sarapan
Pagi dan Senaman
Masa: 8:10pagi – 10:30pagi
Latihan
Kawad
- Latihan
kawad diteruskan lagi dengan penakanan lebih diberikan kepada kawad berjalan.
- Pelajar
menghadapi banyak masalah dalam mencapai irama kawad yang kemas dan sempurna,
dan ini memaksa kepada latihan dalam kumpulan kecil.
- Kerjasama
yang sangat baik diberikan oleh semua guru dengan setiap kumpulan dilatih secara
one-on-one oleh guru-guru yang
bertugas.
- Majoriti
kumpulan perempuan dapat menguasai kawad dengan lebih baik berbanding kumpulan
pelajar lelaki.
Masa: 11:00pagi – 12:30tengah hari
Alam Sekitar dan Ikatan
·
Masa: 12:30 tengah hari – 2:00 petang
Makan tengah hari, Solat Zuhur dan
persiapan diri.
Masa: 2:30 petang – 4:30 petang
Keusahawanan dan Ikhtiar Hidup:
Menyediakan Makan Malam
- Pada
aktiviti kali ini, pelajar diberikan tugasan untuk menyediakan tiga jenis
masakan terdiri daripada dua lauk dan satu nasi.
- Aktiviti
ini dikendalikan oleh Puan Norahan binti Bidin serta dibantu oleh semua guru
yang bertugas.
- Pelajar
dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tanpa ada sebarang kejadian yang tidak
diingini.
- Keseluruhanya,
tahap disiplin dan kerjasama antara pelajar telah banyak meningkat seterusnya
menyumbang kepada kejayaan aktiviti ini.
- Pelajar
menyediakan hidangan berikut untuk empat orang: Nasi putih, Ikan Sardin, Telur
Dadar dan Air Teh.
Masa: 4:30 petang –
5:00 petang
Solat
Asar dan Minum Petang
Masa: 5:15 petang – 6:30 petang
Riadah – Perang Air
- Untuk
aktiviti ini, setiap kumpulan diberikan kuantiti tertentu plastik ais-krim dan
mereka perlu mengisi plastik-plastik ini dengan air.
- Aktiviti
ini dijalankan dengan format pertandingan one-on-one
iaitu dua kumpulan akan bersaing bagi merebut bendera untuk dipacak ke
tempat yang telah ditentukan.
- Plastik
ais-krim pula dijadikan senjata untuk mengeluarkan pihak lawan dari permainan.
- Secara
keseluruhanya, pelajar dapat memahami peraturan pertandingan dengan baik.
- Kelemahan
yang dapat dikesan ialah pelajar tidak berupaya untuk menyusun strategi yang
baik untuk menang.
- Aktiviti
ini baik untuk melatih pelajar berfikir jauh dan membuat perancangan yang baik
di masa hadapan.
Masa: 6:45 petang – 8:30 malam
Makan malam, Urus Diri, Solat Maghrib
dan Isyak, Persiapan Malam Kebudayaan
Masa: 8:45 malam – 10:00 malam
Malam Kebudayaan
- Setiap
kumpulan diberikan tugasan untuk menyediakan sebuah persembahan mengikut
tema/kategori yang telah ditetapkan.
- Persembahan
yang ada untuk malam tersebut adalah tarian, dikir barat, nyanyian dan sketsa.
- Keseluruhan
persembahan memuaskan dengan pujian wajar diberi kepada persembahan tarian dan
sketsa.
- Pelajar
kemudianya dijamu dengan nasi goreng dan ayam bakar sebagai minum malam.
Oleh
kerana cuaca yang tidak mengizinkan, khemah terpaksa dipindahkan ke dalam kelas
tahun 1 dan 2.
Pelajar
tidur dalam khemah yang diletakkan di dalam kelas.
HARI KETIGA: KHAMIS (24 OKTOBER 2013)
Masa
: 6.00 pagi – 8.30 pagi
- Seperti
biasa, para peserta dikejutkan pada jam 6.00 pagi dengan membunyikan siren
untuk menguruskan diri dan bersiap sedi untuk solat Subuh secara berjemaah dan
sesi tazkirah pagi yang akan disampaikan
oleh guru yang bertugas, En Wan Shamsukardi dan En Mohd Firdaus b Bakar.
- Selesai
sahaja tazkirah pagi, para peserta melakukan senaman ringan sebelum memakan
sarapan pagi yang telah disediakan.
Masa: 8:30pagi – 10:00pagi
Pertandingan
Kawad
·
Masa : 11:00 pagi –
12:30 tengah hari
Majlis Penutup dan Taraf
Perkhemahan
- Upacara
perasmian penutup dan acara penyampaian hadiah bagi kumpulan yang terbaik dan
lain-lain dijalankan pada jam 2.00 petang.
- Kumpulan
yang memenangi sebagai kumpulan terbaik adalah kumpulan 6. Hadiah disampaikan
oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, En Wan Ramli.
- Selepas
tamat upacara penyampaian hadiah, peserta
diberi taklimat akhir sebelum mengemas khemah. Taklimat diberikan oleh Kem
Komandan.
- Semua peserta dikehendaki melakukan
gotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan mengikut zon yang telah
ditetapkan.
PENCAPAIAN KESELURUHAN
Perkhemahan berjaya mencapai objektif
dengan jayanya. Perkhemahan kali ini juga menyaksikan 3 orang pelajar tahun 6
berjaya dinaikkan pangkat ke Lans Koperal TKRS. Pelajar tersebut adalah adik
Ummi Kalthum binti Deraman, Ketua Kumpulan 6, adik Siti Salina, Ketua Kumpulan
5 dan adik Izzah Athirah bt Mohd dari Kumpulan 4. Sila rujuk Lampiran B untuk
senarai penuh pemenang bagi semua pertandingan yang telah dijalankan.
KESIMPULAN
Diharapkan
perkhemahan seperti ini dapat lagi dijalankan pada masa-masa akan datang dengan
lebih baik.