Sunday, 27 December 2015

Taking Syllabus Outside of the Classroom

Realiti dunia sekarang mengkehendaki modal insan yang bukan sahaja pandai dalam bidang akademik tetapi juga mempunyai daya keyakinan yang tinggi, berupaya bekerjasama dalam kumpulan serta “soft-skills” yang mampu diaplikasikan dalam sesebuah organisasi.

Oleh itu, KPM sendiri telah menambah baik kurikulum pendidikan yang sedia ada dalam mencapai target ini. Dalam KSSR contohnya, keusahawanan telah dijadikan antara Elemen Merentas Kurikulum yang perlu diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Di SK Lubok Teras, kami mengambil apa yang disarankan oleh kementerian kepada setapak lebih jauh. Penubuhan Kelab Murid oleh murid-murid sendiri contohnya memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang keusahawanan yang dipelajari dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris pada dunia sebenar. Murid terlibat dalam mengorganisasikan jualan, tahu selok-belok peniagaan kecil seperti modal, keuntungan dan kos serta pandai memilih barangan untuk dikomersilkan. Murid juga diajar cara menguruskan kewangan secara efektif dan melabur untuk mengembangkan lagi kelab mereka.

Harapan kami adalah supaya murid-murid ini menjadi bukan setakat tenaga kerja yang baik, tetapi mampu menjadi usahawan dan berdiri di atas kaki sendiri.

Murid belajar untuk mengadakan jualan setakat kemampuan mereka serta menggunakan inter-personal skills bagi tujuan promosi dan meningkatkan hasil.

Melalui Kelab Murid, murid diajar untuk merekodkan setiap jualan mereka, menentukan harga jualan produk, mengira hasil pendapatan serta keuntungan

Pembelajaran di dalam kelas yang memfokuskan kepada murid menerbitkan produk mereka sendiri dan cuba untuk mengetengahkan produk kepada umum.

0 comments:

Post a Comment