We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Sunday 31 December 2017

AMIR DAN TASHA MUNCUL 2 MURID PERTAMA KE SEKOLAH SUKAN!



Amirrudin Ali, pemenang pingat Emas 80M Hurdle peringkat negeri dan juga Wan Nurnatasha Atiqah, pemenang pingat emas 200M MSSD muncul sebagai 2 murid pertama dalam sejarah SK Lubok Teras ke Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas. Mereka berdua yang sememangnya aktif dalam bidang sukan dan juga merupakan atlet premier sekolah mula mendaftarkan diri di SSTBN pada hari ini.

Pihak sekolah mengucapkan sekalung tahniah kepada Amir dan Tasha dan kami mendoakan agar mereka terus berjaya dalam bidang sukan! Kami juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada jurulatih luar mereka, Encik Khairul Azman dari SK Kampung Bukit yang telah banyak membantu melatih mereka sehingga ke tahap ini. Jasa dan pengorbanan Encik Khairul Azman tidak akan dapat warga SKLT lupakan.


Saturday 30 December 2017

3 MURID SKLT DITAWARKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH

TAHNIAH DIUCAPKAN kepada penerima-penerima tawaran pertama ke Sekolah Berasrama Penuh. Tiga daripada murid lepasan UPSR 2017 kami berjaya mendapat tempat di SBP dengan dua daripada mereka berjaya mendapat tempat di SBP Premier!. 
Ini merupakan bilangan tertinggi dalam sejarah sekolah kami murid yang menerima tawaran pertama ke SBP. Ini membuktikan sistem yang kami guna pakai berjaya menempatkan murid-murid lepasan sekolah kami di sekolah-sekolah terbaik di Malaysia.
Semoga ianya menjadi inspirasi kepada anak-anak SKLT yang lain.


Wednesday 20 December 2017

KEPUTUSAN PAJSK DAN SEGAK 2017


Berikut adalah keputusan PAJSK dan SEGAK bagi Tahun 2017 untuk murid Tahun 4, 5 & 6. PAJSK adalah Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Ko-Kurikulum manakala SEGAK adalah Standard Kecergasan Kebangsaan. PAJSK dinilai berdasarkan aktiviti ko-kurikulum murid sepanjang tahun 2017 manakal SEGAK dibuat dua kali setahun pada setiap semester persekolahan.








Friday 1 December 2017

SITI NURULDIANA ALYA, SERIKANDI SK LUBOK TERAS, TOKOH KO-KURIKULUM 2017

Anugerah Srikandi merupakan anugerah terbaru yang diwujudkan bagi mengiktiraf murid perempuan yang tidak pernah menunjukkan sikap putus asa dalam perjuangan memajukan diri. Anugerah khas ini hanya akan diberikan sekiranya ada murid yang berjaya mencapai tahap yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan dan tidak semestinya setiap tahun.

Penerima anugerah Srikandi pertama SK Lubok Teras ini merupakan seorang atlet yang telah mencipta fenomena baru dalam bidang balapan dan padang di sekolah. Murid ini juga merupakan seorang yang amat pandai dalamr mengatur dan menguruskan pelbagai acara di sekolah, malahan turut menjadi idola kepada adik-adik beliau. Sikap tidak berputus asa ketika pertandingan dan perlawanan beliau membuatkan kami merasakan, amat sesuai sekali beliau dijadikan contoh kepada generasi seterusnya. Berikut adalah sedikit profail mengenai Penerima Anugerah Serikandi SK Lubok Teras 2017, Siti Nuruldiana Alya bt Mohd Rosdi.

Jam 2.11 pagi, 9 Januari 2005, kedengaran tangisan kecil anak perempuan bongsu kepada pasangan Encik Mohd Rosdi dan Puan Nor Aini. Membesar dengan penuh kasih saying oleh kedua ibu dan abah beliau, anak ini membesar dengan baik sekali, menjadi antara murid yang paling aktif ketika di alam pra sekolah. 

Memasuki alam sekolah rendah, beliau menunjukkan minat yang amat mendalam dalam bidang nyanyian dan seni persembahan. Namun, tahun 2016 menyaksikan minat beliau itu diubah oleh kami dengan kami memperkenalkan bidang sukan kepada beliau. Ternyata, percaturan kami begitu menjadi, apabila beliau muncul, sebagai murid pertama dalam sejarah sekolah mendapat Pingat Emas di kejohanan peringkat daerah dan negeri. Dan sepanjang dua tahun bergelar atlet, beliau telah mencipta satu penandarasan baru dalam bidang olahraga di SK Lubok Teras. Sehingga kini, beliau telah mengumpul 8 pingat Emas, pernah mewakili negeri dalam 3 acara balapan dan padang serta menjadi pemecah rekod lompat jauh daerah sebanyak dua kali, menjadikan beliau, atlet yang paling berjaya dalam sejarah SK Lubok Teras. 

Tidak terhenti di situ, beliau juga amat berbakat dalam bidang kepimpinan sehingga dilantik sebagai Timbalan Ketua Pelajar, Pengerusi Persatuan Bahasa Inggeris serta Chief Executive Officer, Kelab Murid SKLT. Malahan, beliau juga antara kadet pertama yang mendapat pangkal koperal dan sarjan TKRS pada usia yang begitu muda.

Siti Nuruldiana Alya juga merupakan Timbalan Ketua Murid dan Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Kepimpinan beliau terbukti apabila banyak mengendalikan acara-acara sekolah dan selalu bertindak sebagai pengacara majlis samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Beliau juga banyak terlibat dengan program pembangunan pelapis SKLT dan pada 2017, merupakan Ketua Jurulatih Pasukan Action Song Tahap 1. Pasukan beliau telah berjaya memperoleh Naib Johan di pertandingan peringkat zon.






Thursday 30 November 2017

LUBOK TERAS SEKOLAH TERBAIK NEGERI UPSR 2017


CATAT 100% LULUS UNTUK KALI KEDUA BERTURUT-TURUT. 11% 6A, GPS TERBAIK DI DAERAH SETIU & NEGERI TERENGGANU.

Monday 27 November 2017

BANNER KEJAYAAN SK LUBOK TERAS 2017

Antara banner kejayaan yang dipamerkan di SK Lubok Teras. Kami masih lagi dalam usaha mencari penaja atau penyumbang yang boleh membantu kami membina tempat menggantung dan mempamerkan banner di pagar sekolah.









Friday 24 November 2017

AINI NAJWA PENERIMA ANUGERAH TOKOH MURID 2017



Anugerah Tokoh Murid merupakan antara anugerah tertinggi yang diberi pihak sekolah kepada murid-murid. Berbeza dengan sekolah biasa, kami mengamalkan pemilihan kualiti yang amat ketat untuk anugerah ini diberikan. Oleh sebab itulah, bukan setiap tahun anugerah tokoh ini diberi kepada murid. Hanya murid yang betul-betul layak sahaja akan diberi anugerah ini.

Bagi tahun 2017, kami telah bersetuju untuk memilih saudari Aini Najwa binti Aznan sebagai Tokoh Murid SK Lubok Teras. Berikut adalah serba sedikit mengenai beliau:

Dilahirkan pada 14 April 2005, jam 3:55 pagi, di Hospital Besar Kuala Terengganu, anak kepada pasangan Encik Aznan dan Puan Nazilawatie ini membesar dengan begitu kuat sekali. Beliau menjadi anak yang paling aktif antara adik-beradik perempuan beliau, malah suka memanjat sejak dari kecil lagi. Memasuki alam persekolahan rendah, bakat dan kebijaksanaan beliau telah kami kesan sejak minggu pertama lagi. Tidak pernah terlepas daripada mendapat tempat pertama dalam kelas, beliau juga sangat aktif dalam bidang ko-kurikulum. Pemain bola baling zon setiu timur ini juga merupakan Johan Public Speaking ZST, menjadi murid pertama dalam sejarah SK Lubok Teras pernah mendapat johan. Malahan, beliau juga turut mengharumkan nama sekolah apabila Berjaya mewakili Negeri Terengganu ke perkhemahan TKRS peringkat kebangsaan, dimana beliau Berjaya mendapat Naib Johan. Kebijaksanaan beliau dalam bidang akademik juga tidak dapat dinafikan lagi. Beliau adalah satu-satunya murid SKLT yang pernah mendapat 2 kali keputusan semua A dalam peperiksaan dalaman sebanyak dua kali. Malahan, beliau adalah murid yang paling konsisten dalam sejarah kami yang mana sentiasa mendapat markah 90 ke atas.

Tokoh Murid merupakan satu anugerah tinggi yang amat kami titik beratkan kualiti dalam pemilihan. Oleh sebab itulah, sudah beberapa tahun, tiada tokoh murid diberikan. Namun kini, muncul tahun 2017, kami melihat, adanya seorang anak permata, yang amat sesuai diberikan penghargaan ini. Beliau merupakan harapan kami, untuk bukan setakat menjadi contoh kepada generasi seterusnya, tetapi untuk menjadi manusia yang akan membawa perubahan kepada dunia ini. 















Thursday 23 November 2017

ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN GRADUASI MERIAH

Senarai Penerima Anugerah 2017:

Tokoh Murid : Aini Najwa bt Aznan
Anugerah Srikandi : Siti Nuruldiana Alya bt Mohd Rosdi

Kelas Terbaik Sepanjang Zaman: UPSR Class of 2017
Tokoh Ko-Kurikulum : Siti Nuruldiana Alya bt Mohd Rosdi
Tokoh Akademik : Aini Najwa bt Aznan
Tokoh Keprihatinan : Nur Aisyah Sofia bt Azman
Tokoh Kepimpinan : Aina Adyriana bt Abu Bakar
Anugerah Khas Murid Contoh Lelaki : Muhammad Syahmi Hakim bin Mesri
Anugerah Khas Hal Ehwal Murid : Noraliana Syafika bt Abdullah
Anugerah Khas Pencapaian Terbaik Sukan : Amirrudin bin Ali
Anugerah Khas Pencapaian Terbaik Sukan : Wan Nurnatasha Atiqah bt Wan Ramli

Johan Sistem Rumah 2017 : Rumah Temenggung
Pasukan Ko-Akademik Terbaik : Pasukan Action Song Tahap 1
Pasukan Sukan Terbaik : Bola Baling Perempuan

Antara gambar selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi 2017













Monday 20 November 2017

PAJSK SK LUBOK TERAS ANTARA TERBAIK DI NEGERI TERENGGANU


PAJSK TAHUN 6 CATAT 100% A, 6 DARIPADA 9 MENDAPAT 90% KE ATAS

Murid Tahun 6 2017 menepati ramalan apabila 100% atau 9/9 daripada mereka berjaya mendapat A dalam Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Ko-Kurikulum. Ini merupakan pencapaian yang amat membanggakan apatalah lagi 6 daripada mereka mencapatatkan markah 90% ke atas atau CGPA 9 ke atas.

Ini merupakan sesuatu yang tidak menghairankan memadangkan kesemua murid Tahun 6 2017 pernah mendapat Johan dalam pertandingan peringkat negeri dalam pelbagai bidang. Malahan, 5/9 pernah mewakili Negeri Terengganu dalam bidang sukan dan badan beruniform, manakal 3 daripada jumlah itu mendapat Naib Johan di peringkat Kebangsaan.

Nurul pernah beberapa kali mendapat Johan di peringkat negeri
dalam bidang sukan serta badan beruniform.
Markah tertinggi PAJSK 2017 diperolehi oleh Siti Nuruldiana Alya binti Mohd Rosdi, dengan markah 95.4%. Beliau merupakan Johan Negeri dalam bidang sukan olahraga sejak di Tahun 5 lagi dan pada tahun ini mewakili negeri Terengganu ke kejohanan balapan dan padang kebangsaan.

Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru atas pencapaian yang cukup cemerlang ini!.


Monday 13 November 2017

MURID TAHUN 6 ANJUR LATIHAN BOLA BALING PELAPIS

Murid Tahun 6 2017 terus memanfaatkan masa luang selepas UPSR, kali ini dengan mengadakan Latihan Bola Baling kepada murid-murid di Tahun 1 - 4. Latiha itu diadakan pada waktu petang dari jam 5:30 petang sehingga ke jam 7 malam.

Latihan ini turut diadakan bagi mengenalpasti bakat-bakat baru yang akan diserapkan ke pasukan utama sekolah, memandangkan SKLT akan kehilangan 9 pemain bola baling hebat apabila murid tahun 6 meninggalkan sekolah tidak lama lagi.




Wednesday 8 November 2017

LAWATAN KPPD KEMAMAN KE SK LUBOK TERAS

Pada 7 November 2017, kami telah menerima lawatan tidak rasmi dari Ketua Pegawai Pendidikan Marang, Encik Idris bin Bidin. Beliau yang datang seorang dengan hanya ditemani oleh pemandu jabatan beliau ingin mengetahui rahsia di sebalik kejayaan SK Lubok Teras dalam arena Balapan dan Padang. Beliau berkata, Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu sendiri yang mengesyorkan supaya beliau datang belajar dari SK Lubok Teras.

Pertemuan ringkas selama kira-kira satu jam itu membolehkan kami bertukar-tukar idea dengan beliau mengenai program latihan dan pembangunan yang kami kendalikan di sekolah.