We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Monday 26 March 2018

ALIF AIMAN RANGKUL NAIB JOHAN PERTANDINGAN BERCERITA KISAH AL-QURAN ZST

Tahniah Alif Aiman!!! NAIB JOHAN Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran peringkat Zon Setiu Timur!




Sunday 11 March 2018

SELAMAT BERJUANG ATLET BOLA BALING!

Majlis Naik Semangat ringkas yang kami adakan untuk atlet-atlet Bola Baling sekolah yang akan menghadapi Kejohanan Bola Baling Zon Setiu Timur 2018 pada 11 & 13 February 2018 bertempat di SK Sungai Tong. Doakan kejayaan mereka terutamanya pasukan perempuan yang akan turun sebagai Juara Bertahan!










Thursday 8 March 2018

LUBOK TERAS KUASAI KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SETIU



LUBOK TERAS RANGKUL 3 EMAS 2 PERAK 2 RBK dan PESERTA TERBAIK P12 di Kejohanan Olahraga MSSD Setiu.
Turut membanggakan, Nor Syamimie yang memecahkan rekod 100m P12 milik pelari pecut negara serta Intan Shafika yang memecahkan rekod 200m P12 milik pelari pecut negeri Terengganu.
Ain Farisya yang membuat kemunculan pertama pula berjaya menggondol 2 Perak dalam acara 100m P11 dan 80M Lari Berpagar P11. Dan apa yang lebih membanggakan, kesemua 6 atlet SK Lubok Teras berjaya melayakkan diri sehingga ke peringkat akhir!
Tahniah diucapkan kepada semua pihak!

PENCAPAIAN KESELURUHAN 
3 EMAS 2 PERAK - NAIB JOHAN KESELURUHAN
Nor Syamimie Munirah bt Idham Halimi
Emas 100m P12, 
Emas Lompat Jauh P12
Rekod Baru Kejohanan 100m P12

Intan Shafika bt Abdullah
Emas 200m P12, 
Rekod Baru Kejohanan 200M P12

Nur Ain Farisya bt Abdullah
Perak 80m Lari Berpagar P11
Perak 100m P11

Nur Izzati Balqis bt Izaman
Ke-5 100m P12





Wednesday 7 March 2018

MALAM PERSIAPAN SUKTER 2018

Kejohanan Olahraga dan Sukan Tahunan SK Lubok Teras (SUKTER) akan sampai ke kemuncaknya pada hari esok. Oleh itu, malam ini, SK Lubok Teras meriah dengan para ibu bapa dan warga kampung yang bersemangat menghias khemah rumah sukan anak masing-masing. Tradisi turun temurun ini merupakan salah satu tradisi yang paling besar di SK Lubok Teras. Saban tahun, kami memberi peluang kepada ibu bapa sendiri untuk menghias khemah rumah sukan anak-anak mereka dengan para guru hanya bertindak sebagai pemerhati. Tradisi ini telah berjaya menyatukan dua buah kampung iaitu Kg Bukit Aman dan Kg Bukit Lawang. Malahan, ianya telah mengeratkan lagi hubungan para guru dengan penduduk kampung di sini.



















SYAMIMIE PECAH REKOD PELARI NEGARA




THE NEXT AZREEN NABILA!!!
Siapa tidak kenal Azreen Nabila, pelari Malaysia anak Setiu yang pernah memenangi Emas di peringkat Asia Tenggara dalam acara 100m. Di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan, nama beliau banyak tercatat sebagai pemegang rekod terutama dalam acara 100m dan 200m.
Namun hari ini, rekod 100m P12 yang dipegang beliau sejak 2012, TELAH BERJAYA DIPECAHKAN oleh anak kecil dari Kampung Bukit Aman Bukit Lawang! Hari ini, Nor Syamimie Munirah, berjaya mencatatkan masa 14.1 saat seterusnya memadam rekod Azreen Nabila 14.3 saat!.
Pencapaian hebat oleh anak kecil ini tentunya bukan sesuatu yang mudah. Memecahkan rekod pelari NEGARA bukan sesuatu pencapaian yang kecil.
Jutaan penghargaan dan terima kasih dari saya terutama kpd barisan guru-guru SK Lubok Teras terutamanya tuan GB En Mohd Jamka Harun, PK Ko, En Mohd Zairani Mansor yang tidak putus-putus memberikan sokongan hebat kepada para atlet SKLT. Juga JUTAAN TERIMA KASIH dari kami untuk jurulatih Nor Syamimie, jurulatih hebat yang telah banyak mencipta sejarah dan membawa perubahan, Encik Khairul Azman! Juga kepada barisan pentadbiran dan kejurulatihan serta pengurusan olahraga di Setiu yang diketuai oleh Tuan Haji Rosmadi bin Nasir, jutaan terima kasih atas segala sokongan yang diberikan kepada sekolah kecil kami ini!.