Monday, 21 December 2015

Murid Kami di Rumah

Antara gambar murid-murid kami yang membantu kerja-kerja di rumah pada waktu cuti persekolaha ini.

Di SKLT, kami mahu melahirkan modal insan yang bukan sahaja hebat dari segi intelektual, tetapi juga berupaya menjadi anggota masyarakat yang berguna kepada keluarga dan komuniti. Sebab itulah kami banyak menerapkan nilai-nilai yang nampak kecil seperti amalan makan bersama, membersihkan tempat makan, sentiasa berusaha untuk membantu orang dan lain-lain. Apa yang kami harapkan adalah, nilai-nilai ini berterusan apabila murid-murid kami pulang ke rumah.

Oleh itu, kami juga amat menggalakkan murid-murid ini meringankan tulang membantu ibu-bapa di rumah ketika cuti persekolahan seperti ini. Harapan kami agar mereka menjadi modal insan yang bermanfaat kepada semua peringkat masyarakat suatu masa nanti.




0 comments:

Post a Comment